BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 30, 2008

TAHNIAH, TAKZIAH..

Buat pedoman sahabat2 seperjuangan terutamanya muslimat..
Bersama Ustazah Nuridah ketika ditaklifkan sebagai Ketua Muslimat dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-47.

Ketika ditanya, apakah ustazah sudah menjangkakan kemenangan ini? Jawab beliau, "Saya tenangkan diri, saya banyakkan zikrullah dari malam hingga di atas pentas, mulut saya tidak berhenti berzikir.

Apakah harapan ustazah ? “Saya hendak apabila saya pegang jawatan ini saya lebih rapat dengan Allah. Sebab Allah yang pegang hati kita," ujar Ustazah Nuridah.

Benar, dengan taklif yang kita miliki, sebenarnya dan sepatutnya akan menjadikan kita semakin hampir denganNYA.Kenapa? Dia Yang Maha Berkuasa. Dia Yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita.

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menerajui sesuatu,bakal menggalas amanah, bertenanglah,kalian pilihanNYA melalui persetujuan musyawarah.
Kuat dan terus yakin dan harap padaNYA. Allahu waliyyuna.HasbunaLLAH wa ni'mal wakil..

SAMA-SAMA KITA LAZIMI QUNUT NAZILAH!



Maksud doa:

"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka... Amin..."

Monday, November 3, 2008

Al Ulama' warasatul Anbiya'

Malaysiakini.com,Nov 3, 08 3:16pm
Elaun guru agama di S'gor dinaikkan ke RM1,000

Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurut Bernama, Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah, di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.

Abdul Khalid berkata sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, para guru SRA dan KAFA mungkin diberikan kemahiran yang lebih, seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan Jais dan kerajaan negeri.

......................

Dari saya, tahniah kerajaan Selangor! Usaha begini perlu diteladani oleh negeri-negeri yang lain.
Bukan isu berapa banyak yang diberikan sebagai insentif.Tetapi sejauh mana 'suasana' begini memberi impak pada aspek kemanusiaan dan kebajikan. Keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA)jelas menunjukkan sikap kerajaan Selangor yang cakna dan ambil berat terhadap perkembangan ilmu. Terutamanya ilmu agama Islam.
Jika dilihat dari sudut sejarah,Peradaban Eropah begitu pesat dan cepat membangun selepas zaman kegelapannya kerana adanya sokongan dan galakkan dari pihak Gereja kepada para penganutnya untuk menuntut ilmu, membuat kajian ilmiah tentang khazanah-khazanah ilmu orang Islam.
Di sini memberitakan kepada kita bahawa tahap sokongan dan perhatian dan prihatin kepada golongan yang memartabatkan ilmu perlu ditingkatkan kerana bukan semua orang boleh 'memberi' kerana tidak semua 'mempunyai'..Orang yang tidak mempunyai ilmu, tidak boleh memberi ilmu..

Persoalan yang ditimbulkan dalam Al Quran - Adakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui?

Bermakna, orang yang mengetahui (baca : ulama) mempunyai 'darjat, maqam' yang tinggi dalam hireaki susunan masyarakat kita.

Siapakah ulama? orang yang mengetahui,menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Tapi, di Malaysia, ulama sinonim dengan tok-tok imam, mufti-mufti, penasihat agama dsb. Seperti kalimah ini khusus dan terhad 'keanggotaanya'. Tetapi pada saya, ibubapa saya juga ulama'. Kenapa? kerana mereka mengajarkan saya ilmu kehidupan. Hanya sekadar pendapat.

Kenapa dikatakan ulama itu pewaris Anbiya? Kerana dari ulama' kita dapat segala yang pernah ditablighkan (disampaikan)oleh Anbiya terdahulu..

Sama-sama kita memuliakan ilmu,orang yang memberikan ilmu dan golongan seperti saya;golongan yang menuntut ilmu..

Terus semarakkan ruh - Ballighu 'anni walau ayat.

Sunday, November 2, 2008

Jadilah seperti kelip-kelip =)


Kenapa saya pilih untuk meng’iktibarkan’ kelip-kelip dalam entri saya kali ini?
Kerana :
Pertama - tertarik dengan kelip-kelip yang padanya ada cahaya.Cahayanya sangat indah.Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.
Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.
Kedua - cahaya yang ada pada kelip-kelip memberi arah dan sangat membantu kelip-kelip dalam pergerakan dan hidupnya (terbang).
Ketiga – tertarik juga dengan sekelompok kelip-kelip yang berterbangan. Di situ ada ‘kuasa’ cahaya. Kelompok kelip-kelip itu mampu memberi cahaya yang lebih kuat di kawasan yang dilewati, berbanding cahaya dari seekor kelip-kelip.
keempat, kelima dan keenam....seterusnya.(tak tersenarai hikmah kejadian kelip-kelip)
Praktikal
Langkah 1:Sediakan 2 balang kaca,6 ekor kelip-kelip.
Langkah 2 :Masukkan pada balang yang pertama hanya seekor kelip-kelip.Dan masukkan pada baling yang kedua,masukkan baki kelip-kelip yang ada.
Langkah 3:Lakukan eksperimen di waktu malam. Dan perhatikan, botol mana yang paling banyak cahaya yang dihasilkan? Saya yakin, anda pasti tahu jawapannya . =). Selamat mencuba!

..Kelip-kelip meneruskan ‘penerbanganan’, kehidupannya berpandukan cahaya yang dianugerahkan padanya..
Begitu juga kita..manusia,hamba,anak,mahasiswa dan sesiapa sahaja yang melafazkan kalimah syahadah..Al Quran dan Sunnah diberikan ,ditinggalkan, dibekalkan kepada kita sebagai ‘al-huda’ dalam kehidupan..Dari kedua-duanya kita akan terima pengajaran,nasihat,motivasi,petunjuk dalam kerjabuat harian.
Semakin subur kedua-dua ‘warisan’ ini dalam hati, kita menjadi semakin kuat.Kita semakin hebat.Kehidupan akan lebih berkat..
Dari individu muslim, kita mengikat hati kita dengan individu muslim yang lain..individu yang hidup hatinya..membina kekuatan sesama kita..membina kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan yang diwariskan oleh RasuluLLAH SAW kepada ummat akhir zaman.Dan tatkala itu,hati-hati kita akan bersatu,membentuk kekuatan yang luarbiasa! Sangat berrtenanga! Tenaga yang mampu menjanakan sistem Amar Ma’ruf Nahi Munkar . Seterusnya menjadikan kita khalifah yang ada kesedaran.

Kepada kelip-kelip, saya dan anda, teruskan bersyukur..gunakan segala ‘kuasa’,anugerahNYA kepada kita..Dan sentiasa cari peluang untuk cipta kekuatan dari anugerah yang dimiliki.

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.

*kepada adik-adik usrahku, terus ‘berkelip’ eh.. biar ‘botol’ kita bercahaya..=)

Sunday, October 26, 2008


Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "Hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan."
Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

Hadis di atas menerangkan kepada kita tentang nilai masa dalam kehidupan kita. Semakin hari, terasa semakin cepat masa berlalu.Benarlah, ‘Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tuesday, October 7, 2008

MAAT TAUFIQ WAN NAJAH UNTUK SEMUA JUNDI…

Kaki yang melangkah gagah di jalan dakwah..turut melangkah gagah di atas pentas ilmiah..Selamat menempuhi Final Exam kepada adik-adik akak di Kampus Nilai dan PJ..Kami( Gombak & Kuantan ) akan menyusul kemudian..KITA TERBAIK!!

UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH =)

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH

Susah tapi boleh,insyaALLAH.

Riwayat Muslim :
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Islam telah menjulang tinggi martabat kaum wanita. Setiap yang kita lakukan sama ganjarannya dengan lelaki.

“Sesiapa yang mengerjakan amal kebajikan baik lelaki atau perempuan sedangkan mereka adalah beriman nescaya Kami hidupkan mereka dengan kehidupan yang baik dan Kami berikan kepadanya balasan dengan pahala dari usaha yang telah mereka lakukan” (An Nahl - 97) .

Siapakah wanita solehah?
1. Taat dan patuh kepada Allah
2. Mendirikan solat,berpuasa dan melakukan segala amal fardhu
3. Mendahulukan ketetapan Allah mendahului ketetapan yang lain
4. Tidak berdandan atau berhias seperti wanita jahiliyah
5. Pandai menjaga diri,menghindarkan diri dari segala tipudaya
6. Menyerahkan segala urusan hidup kepada Allah.
7. ……

Adakah kita tersenarai dalam insan yang ada sifat di atas???
Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri wanita solehah.Di atas hanya sekelumit cuma.. Apa yang saya mahu ‘pacakkan’ disini ialah, memang susah hendak nak jadi wanita solehah..tapi boleh jadi jika kita kuat berusaha..
ini yang dikatakan susah tapi, boleh,insyaALLAH..=)

EID MUBARAK!

Sumber as-sakinahku di hari raya..

*Dalam gambar nie-Ayah, Mak, Kak dan adikku



Siraj mengucapkan,Eid mubarak..
Selamat Hari Raya..
Minal a'idin wal Faizin..
Maaf zahir dan batin, sume..
Ilalliqa' ya Ramadhan..
Moga 'layak' untuk bertemumu kembali..
Apa yang penting, Ramdhan meninggalkan kita kerana hakikat alam berputar..
Begitu juga kita..maka beranikan diri anda untuk islahkan diri sempena Syawal yang mulia..

* Syukran, ayah. Atas pemberian 'Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah - Dato' Dr. Mohd.Fadzilah Kamsah& Ahmad Fadzli Yusof.

'Buatlah keputusan,Berubah dan berhijrahlah untuk lebih dekat denganNYA..'

Ayah dan Emak..


Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihihiku ketika aku kecil dahulu..

Sedikit tinta ringkas tentang 2 insan yang berdiri teguh di sebalik langkah kakiku, gerakan anggotaku, lontaran kata-kataku..Emak dan Ayah..

Haji Aziz bin Dun, seorang insan yang sangat aku kagumi..Insan yang memberi kepadaku 'cahaya kemuliaan'sebagai Muslimah. Ayahanda yang banyak bersusah payah untuk melengkapkan kehendakku. Ruang sempit ini, aku berbesar hati dan berbangga untuk memperkenalkan insan yang istimewa lagi berharga dalam hidupku ini selepas Allah, Iman dan Islam.

Haji Aziz,ayahandaku dilahirkan pada 17 Julai 1953 di Bukit Jenun, Kedah.Anak lelaki tunggal dari 3 adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga peneroka tanah. Atukku sibuk membuka(meneroka) tanah di Sik. Jadi,masa kanak-kanak ayah banyak bersama mak cik-mak cik beliau berbanding dengan ayah sendiri. Ayahandaku mendapat pendidikan sempurna dari sekolah rendah sehingga menengah. Seterusnya bekerja dengan Felcra sebagai kerani sehingga sekarang.Setelah 10 tahun berkhidmat di Felcra ibu pejabat, ayah sekarang sebagai ekskutif di Felcra Bukit Tampoi, berhampiran dengan kebun keluargaku. Terbaik=)

Emak,Hajah Rodzeyah binti Abdul Mutalib, seorang insan yang aku banyak terhutang budi dan nyawa dengannya. SubhanaLLAH, sangat agung pengorbananmu, bonda..Seraut wajah bujur sirih, putih,tak lekang dengan senyuman itulah ibunda kesayanganku. Penangan ‘kangkung masak kicap mak’ tetap jadi my favourite food sampai mati =)
Mak. Itu panggilan kami pada insan yang penuh kasih sayang ini. Yang banyak memberi kesenagan kepada kami adik beradik. Yang banyak mendidik, banyak memberi nasihat, banyak melayan kerenah dan kenakalan kami adik beradik terutamanya aku.huhu..
Emak dilahirkan pada 19 Mac 1955 di Jalan Kilang Ais, Alor Star. Dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Anak ke 3 dari 11 orang. Keluarga senang. Tokayah aku bekerja dengan kerajaan ketika itu. Mendapat pendidikan dari sekolah rendah dan menengah. Pada awal kariernya,emak bekerja sebagai kerani di Jabatan Pertanian Kedah. Seterusnya, dinaikkan pangkat sampai sekarang emak bertugas di Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Wisma Darul Aman. Sepejabat dengan YB Azizan , Menteri Besar Kedah.=)

Mak,ayah…k.ngah nak jadi anak solehah..nak jadi permata hati kalian..
Nasihat untuk sahabat-sahabat, sentiasalah bersembang dengan walidain..tanya apa salah kita, mintak diorang ampunkan..apa kekurangan kita, mintak diorang beritahu dan kita kena perbetulkan,minta bimbingan..Alangkah hebat dan berkat hidup kita bersama restu dan redha diorang. Itu bukti cinta tanpa syarat =)

Sahabat-sahabat, tanggungjawab kita untuk buat ayah dan emak tahu yang mereka memang sangat berharga untuk kita..Lahirkan kasih sayang dari setiap kata-kata, perbuatan, lirikan mata. Air muka, senyuman dan sebagainya…

SubhanaLLAH…Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur atas nikmat ni..AlhamduliLLAH..

Awal pagi 28 Ramadhan bersama emak..

Setelah selesai bersahur, kakak, ayah dan adik bersiap sedia untuk menyambut Subuh. Sorang demi seorang meninggalkan dapur.Ayah di ruang tamu, adik di bilik.Hanya tinggal emak dan aku di dapur. Hari ini hari kedua aku di rumah. Hati sayu mengenangkan waktu mustajab doa berlalu sedetik demi sedetik tanpa aku duduk atas sejadah seperti kebiasaanku semasa Ramadhan di UIAM. Tetiba terlintas, lebih baik sambil mengemas dapur, aku bacakan doa kemudian emak ‘ameen’kan.. Menarik,bukan??
Aku : Mak, k.ngah baca doa, mak ameenkan eh..
Mak : ok. Cepat baca doa.

Aku mengambil peluang untuk berdoa dan ungkapkan doa yang sangat-sangat aku perlukan. Puas emak ameenkan. Sekejap aku sebut dalam bahasa Arab. Sekejap dalam bahasa Melayu. Aku doakan untuk semua.Termasuk yang telah meninggalkanku.
Akhirnya, emak pulak bersuara : Moga K.Ngah dikurniakan suami soleh.
Tergamam.Tapi mulutku terus melafazkan 'ameen'..=)

Pagi itu dan pagi-pagi seterusnya, aku dan emak terus 'berdoa' walaupun di ceruk dapur..Mungkin boleh dipraktikkan oleh teman-teman.Muslimat terutamanya.Cuma kena jaga adab-adabnya lah eh.(cth : menutup aurat)Sesungguhnya Allah Itu Maha Mendengar..

Ramai sahabat-sahabat memberitahuku bilamana balik ke kampung, 'manhaj ruhiyyah' berubah sedikit untuk meraikan suasana di rumah. Benar, aku turut mengalaminya. Tapi,terpulang kepada kita bagaimana kita nak ‘suit’kan suasana tanpa mengurangkan kerja buat, amalan istiqamah kita. Cubalah ye. Dan aku berjaya,alhamduliLLAH.

Pada entri yang lain, Siraj akan kongsikan saat-saat mustajab doa,insyaALLAH. =)

IstajibiLLAHumma du’aana,Ya Allah .

Friday, September 26, 2008

SyafakiLLAH..*Syukran sume =)


"Bila kejayaan sudah digenggaman.."- nada dering handphoneku berbunyi.nasyid Mirwana.
'1 message received'.-(Kak, syafakillah,jangan lupa makan ubat, eh) - from my junior.Tangan menaip laju -(Syukran dik,cyg adik.wslm)

Sakit, demam itu sebenarnya adalah kifarah dosa..Itu 'tazkirah' yang aku terima dari seorang sahabat.Ya,sangat setuju.Moga-moga ringan azab di hari Perhitungan nanti,Ameen.
AlhamduliLLAH,sakit,demam dan segala musibah itu datang dari Allah. Dan itu adalah ujian buat kita.Kelebihan kita sebagai muslim, orang yang ada pegangan hidup, kita akan yakin dan sedar bahawa disana ada 'Yang Maha Kuasa' mencatur kehidupan kita.Ketahuilah sahabat bahawa sakit, demam dan segala musibah yang menimpa kita bersamanya terselit 1 rahsia dan mesej dari Pencipta.Setiap yang dicipta, setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini ada sebab tercipta dan terjadinya.Selidiklah, dan carilah hikmah tersebut.

Dalam sakit, dalam demam sebenarnya tersimpan 1 tarbiyah, tersimpan 1 didikan, tersimpan 1 rahsia, tertanam 1 sifat sabar, tabah, dan cekal dalam diri kita. Dan akhirnya, dari keadaan begini, kita sebenarnya semakin hampir denganNYA.Tawakkal kita teruji disini. Keimanan kita pada Qada dan Qadar dapat dibuktikan disini..
Maka beruntunglah pada golongan yang sabar dan hanya Allah menjadi pergantungannya.

HasbunaLLAH wa ni'mal wakil..

*AlhamduliLLAH, Syukran atas doa dan nasihat ntum, sahabat-sahabatku.
BarakaLLAHufikum..
26 Ramadhan.
Ramadhan Kareem.

Dari Penasihat Peribadiku..TQ =)


Wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,

Wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bansa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

*Berbanggalah kerana kita adalah muslimah.AlhamduliLLAH.=)*

Tuesday, September 23, 2008

Dari Sahabat untuk sahabat - Mahasiswi sebagai Agen dan Pencetus Perubahan Dalam Kalangan Wanita


*Syukran atas keizinan penulis untuk berkongsi hasil penulisannya di sini. Artikel dibawah telah disiarkan dalam Akhbar Siyasah.Tahniah, sahabatku.

Mahasiswi merupakan golongan terpelajar dan golongan yang terpilih untuk memperdalam ilmu di kolej-kolej, kampus-kampus, universiti-universiti dan apa jua gelaran institut-institut pengajian yang dapat disama ertikan dengan gedung menimba ilmu di seluruh pelosok dunia ini. Mahasiswi sebenarnya secara tidak langsung telah menggalas satu amanah yang sangat besar, yang terpikul di atas pundak mereka iaitu mereka harus menyampaikan dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah mereka timba dan mereka perolehi demi untuk kepentingan masyarakat amnya dan wanita khasnya.
Kesedaran dan tanggungjawab bahawa isu wanita harus dibela perlulah ditanam dan disemai dalam diri semua mahasiswi. Isu-isu wanita seperti hak penjagaan anak, hak mendapat harta pusaka, hak mendapat harta sepencarian, perceraian, penderaan oleh suami, wanita dirogol, dibunuh, kanak-kanak perempuan diculik dan pelbagai lagi isu dan hak wanita yang perlu diambil perhatian dan dipandang serius perlulah dicakna oleh setiap mahasiswi. Hal ini disebabkan tidak terdapatnya golongan yang mampu membela dan menuntut hak-hak wanita yang terabai melainkan golongan mahasiswi sendiri.
Tidak dinafikan terdapat badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang tampil untuk membela hak-hak wanita, contohnya Sisters In Islam (SIS). SIS dilihat sangat gah dan hebat dengan namanya yang islamik dan tindakan-tindakannya yang agresif, yang kononnya membela hak wanita. Akan tetapi, tidakkah disedari bahawa di sebalik keindahan nama SIS yang mencerminkan keislaman dan kewibawaan dalam membela hak-hak wanita sebenarnya telah memalit kotoran kepada Islam sendiri apabila mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang indah dan fleksibel.
Tindakan golongan sebegini wajib disekat dan dihentikan agar Islam tidak dipermainkan dan dipijak-pijak oleh mereka yang buta hidayah serta berlagak tahu dan arif tentang hukum-hukum Islam. Maka, siapakah yang layak menentang golongan ini jika bukan mahasiswi sekalian? Jelas di sini betapa pentingnya peranan mahasiswi sebagai golongan intelektual dan cendekiawan dalam membela dan mencetus arus perubahan kepada kaum wanita di negara ini. Mahasiswi tidak hanya cakna dengan isu kemahasiswaan bahkan isu-isu wanita turut dijadikan agenda utama dalam perbincangan mereka kerana mahasiswi juga adalah wanita!
Dalam usaha untuk merealisasikan mahasiswi sebagai agen pencetus perubahan dalam kalangan wanita, perlulah mahasiswi itu sendiri mempersiapkan diri mereka ke arah itu. Kepekaan kepada isu yang berlaku di sekeliling mereka, penguasaan dalam bidang penulisan, pengucapan awam dan multi media amatlah penting dan merupakan kriteria-kriteria utama yang perlu dikuasai oleh setiap mahasiswi. Memetik kata-kata Naib Presiden Gamis, Saudari Rafidah Salleh dalam tulisannya yang bertajuk ‘Muslimat dan Elemen “MP3” ‘, beliau menyeru para siswi agar menguasai elemen “MP3” iaitu Multi media, Public speaking, Penulisan dan Peka isu. Begitu menarik sekali formula ini, pendek tetapi membawa maksud yang sangat besar dan mendalam kepada mereka yang bergelar mahasiswi. Beliau sendiri merupakan ikon MP3 yang terbaik dan wajar dicontohi oleh semua mahasiswi di seluruh kampus di negara ini.
Justeru, peranan mahasiswi sebagai juru bicara ummah terutamanya kepada golongan wanita tidak boleh dipandang enteng dan remeh. Wanita merupakan aset penting negara kerana bilangan wanita yang ramai pada akhir zaman ini memberikan keistimewaan kepada mereka dalam pelbagai perkara bahkan pemilihan tampuk kepimpinan negara juga ditentukan melalui undi daripada wanita. Wanita adalah insan istimewa yang diciptakan Allah Ta’ala dengan kekuatan emosi dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran melebihi kaum lelaki. Terkadang kaum lelaki amat susah untuk mendalami dan memahami seorang wanita kerana hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Allah SWT memuliakan kaum wanita sehingga banyak sekali hal-hal wanita disebut di dalam Al-Qur’an tidak seperti mana kaum lelaki yang hal mereka lebih banyak disebut secara umum. Bergembiralah anda kerana menjadi seorang wanita dan bertambah lagi kegembiraan anda jika anda adalah seorang mahasiswi atau dalam erti kata lain adalah seorang wanita yang masih muda, yang masih kuat lagi kuat kudrat dan akal fikirannya untuk memberi sumbangan masa, tenaga dan buah fikiran untuk agama yang sangat-sangat kita cintai, ISLAM.


Koordinator PERSADA,
Nurhafizah Yaacob
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Kuantan, Pahang.

Thursday, September 11, 2008

PART 1: KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..Al Fatihah..


080908 –Al Fatihah ..Tarikh pemergian seorang sahabat seperjuangku.Allahyarhamah Kekanda Siti Hajar Izham..'sifu' yang kata-katanya memberi didikan dan kesan kepadaku, kakak yang marahnya mendidikku,teman yang pujiannya padaku hanya pada yang perlu,insan yang terasa keikhlasan dalam mendidikku..sahabat yang mudah aku berkongsi segala-galanya..perkenalan hanya singkat, tetapi aku yakin penuh berkat..
2 minggu sebelum meninggalkanku- arwah selalu datang bertemuku.Kerana aku membantunya umtuk menguruskan urusan ‘extand sem’nya.
Tika bertemu, jelas terpancar wajah yang menahan kesakitan..dan jelas lagi tersirna ketabahan dalam dirinya untuk menempuhi ujian dari Allah ini..
K.Hajar, sehari sebelum pemergiannya- K,Hajar masih bertanya khabarku dan memohon maaf kerana tidak dapat membantuku dalam perjuangan ini..moga Allah merahmati arwah.

Malam pemergian K.Hajar.11 malam-ketika khusyuk diriku menghafaz bait syair Ibn Rumi, aku menerima panggilan dari sahabat qaribku, Rabiatul Aribah tentang berita pemergian Kekanda Siti Hajar..InnaliLLAH..Al Fatihah..dengan 11 buah kereta,aku bersama sahabat-sahabat UIAM bergerak menuju ke rumah arwah..
Sesampai di rumah arwah, aku mencari Ibunda kepada mujahidah ini, Mak Cik An. SubhanaLLAH, ketika bersalaman,tanganku ditarik dan aku dipeluk erat oleh Mak Cik…tangisan yang tertahan dari tadi turun laju dari mataku..Kekuatan yang aku bina sepanjang perjalanan tadi langsung terusik..Mak Cik terduduk dan terus memegang tanganku sambil menceritakan saat-saat terakhir arwah sebentar tadi..husnul khatimah-aku kira,Ameen..Air mata terus mengalir..Aku diminta menemani arwah. Sepanjang malam, aku berada disisinya..menyedekahkan segala yang terbaik dan termampu..bersama sahabatku, Huda Nordin *syukran,sahabat..

Pagi 090908- Pagi Selasa yang cerah.Aku semakin kuat dan tabah dari semalam.Ramai yang datang menziarahi jenazah. Dari pelbagai lapisan masyarakat..baik dari ahli keluarganya, jiran tetangga,sahabat handai, aktivis politik (Dr. Hatta,Dr. Mariah, K.Mas-Nisa,Muslimat PAS Wilayah, kawasan. Untuk pengetahuan, ayah arwah terlibat aktif dalam PAS Selangor)..SubhanaLLAH..rumah bergema dengan bacaan surah Yasin dan Al Quran..Aku tetap setia berada di sebelahnya.Sesekali mengesat air mata..Sesekali mengangkat tangan berdoa..Sesekali tangan sibuk menaip mesej membalas mesej sahabat-sahabat yang bertanya..
11pagi- jenazah dibawa ke Tabung Haji Kelana Jaya, untuk dimandikan seterusnya dikafankan.
12.30 tengah hari- jenazah diusung ke dalam masjid untuk disembahyangkan selepas fardhu Zuhur. Berimamkan ayahnya sendiri..SubhanaLLAH
1.45 petang- jenazah dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alah.
2.30 petang- Redup cerah petang Selasa,9 Ramadhan 1429H,jenazah Al Ukht Siti Hajar Izham selamat disemadikan.segalanya lancar dan mudah..Itu tanda pemergian seorang yang berkat hidup dunianya..AlhamduliLLAH..tenang K.Hajar bertemu Rabbi..

Untuk saat, minit dan jam seterusnya-aku dengan urusan aku,arwah dengan ‘urusan’nya sendiri, mereka yang mengiringi jenazah dengan urusan mereka tersendiri..terpulang pada aku untuk mencorak jalanku, terpulang pada aku untuk menghiasi hidupku..Yang pasti, Ramadhan kali ini, sangat-sangat bermakna untukku..Aku percaya, bahawa mati itu rahsia Allah..
AstaghfiruLLAH, SubhanaLLAH, AlhamduliLLAH, AllahuAkbar!!!
Terus bangkit beribadah dan berjuang..
K.Jat, tunggu Tie di ‘sana’..Ameen..
Al Fatihah.Moga Kak Jat tenang dalam rahmatNYA

PART 2: KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..Al Fatihah..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana taqdir yang maha esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang esa

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat utk hambamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi ruh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai juga fatihah terus kukirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatkku kau teman sejati..

Al Fatihah untuk Al Ukht Siti Hajar Izham..
Senyum mujahidah bertemu Rabbi

Saturday, September 6, 2008

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam Qadar*Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?*Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan*Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan* Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar* Al Qadr


Selamat berpuasa, sahabat-sahabatku..
Sama-sama kita mentarbiyah diri dalam Madrasah Ramadhan..
Sekolah yang mengajar kita erti dan nilai 'letih dan sabar'
Dan akhirnya, hanya yang cemerlang akan merasai kemanisan dididik disini..

AlhamduliLLAH,pada Ramadhan kali ini, Siraj telah mencoret 'agenda' seterusnya dalam hidupnya..

Semoga bahagia dalam redhaNYA..

Friday, September 5, 2008

Palestin...


Israel yang terbentuk 60 tahun dulu, Palestin sudah cukup terluka…tidak hanya engan kaum lelaki yang menjadi mangsanya kebutaan senjata canggih Israel laknatuLLAH..malah wanita,kanak-kanak turut menjadi sasaran..benarlah, mereka memang ibarat haiwan..

Zionis terus membedil rumah sakit, perumahan awam, penduduik awam dan pendek kata, segala yang terlintas di runcing mata mereka, segalanya diseksa dan akhirnya ditembak..alangkah zalimnya mereka..

Muslimat…apakah ada ruang untuk dikau pertahankan bumi Palestin??? Sahabat seaqidahku…




Srikandi Andaleeb Takafka, 20 , dari Baitulaham.Pada keheningan 12 April 2002,Beliau meletupkan dirinya dengan bom disekeliling pinggangnya di sebuah perhentian bas Baitulmaqdis.Lima orang cedera dan 104 yang lain cedera.



Hanadi Tayseer Jaradat,29, seorang peguam pula mempunyai sebabnya tersendiri yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya…agenda yang tersimpan sebagai rahsia dirinya..Pada Jun 2003, dotaqdirkan adik dan abang sepupunya telah mati dibunuh tentera di Jenin.Peguam muda ini meletupkan dirinya di sebuah restoran di Haifah pada 4 Oktober 2003 dan 19 orang Yahudi maut dan 50 yang lain cedera.

Tindakan zalim zionis yang menyebabkan Palestiniyah begitu berani berjuang untuk membebaskan tanah air mereka..14 juta rakyat Palstin menderita dengan kehidupan terbuang di kampung sendiri serta berdepan dengan masalah penyakit dan kekurangan makanan berzat lagi berkhasiat.

Dunia menganggap perjuangan meletupkan diri sebagai perbuatan yang menganiaya diri, tidak wajar dan zalim.Mungkin bagi Palestinian,ini adalah 1 cara untuk menggerunkan musuh Dn memporakkan kesatuan kuasa mereka. Dan sebenarnya, mereka telah jatuh cinta dengan mati berbanding kehidupan dunia yang fana dan sementara ini..Syurga Allah menjadi sumbu mereka dalam kegelapan zalim Zionis..sedarlah wahai Kafir LaknatuLLAH,
“sesungguhnya kami tidak mati…keran Syuhada; itu kekal menghuni SyurgaNYA..”

Syukran Jazilan Mak dan Ayah..


Mak dan Ayah..segala kehendak,impian dan harapan K.Ngah tak pernah kalian hampakan.. Terima Kasih tak terhingga..
Andai ada pahala terbaik dan amal kebaikkan dalam hidup ini, K.Ngah sedekahkan sebahagiannya kepada Mak dan Ayah..
Ya Allah, Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku..dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku,..berkatilah umur mereka..murahkanlah rezeki mereka dan masukkanlah mereka dalam syurgaMU
Mak,Ayah…Moga kita terus dalam redhaNYA di dunia dan akan bertemu dalam syurgaNYA..
K.Ngah sayang Mak dan Ayah..

Friday, August 29, 2008

SAAT CINTA BERTASBIH- TRIBUT UNTUK T.G. NIK AZIZ NIK MAT


Penulis buku ini ialah Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif dan Rossem.Buku ini mempunyai 26 bab..Saya sangat terkesan dengan figure yang
dibincangkan dalam buku ini..mesti dihadham oleh anak-anak muda dari negeri Cik Siti Wan Kembang,khususnya…Negeri Serambi Mekah menjadi negeri model untuk 5 buah negeri yang ditadbir oleh PR..
Kelantan terus dalam rahmatnya…Kelantan Darul Naim.

Between the 2:




Firstly :An Event
Encourages decisions
Motivates people
Is a calendar issues
Challenges people
Is easy

Secondly :A Process
Encourages development
Matures people
Is a culture issue
Is difficult
Changes people

If I need to take steps forward, then I’ll attend an event. If I want to improve, then I’ll engage in a process and stick with it! – John C. Maxwell.

For me, Tarbiyah is process.The power of tarbiyah..From nobody to somebody.. From nothing to something..From jahil to a’lim.. From simple life to special life..From hero to be a warrior.. All these U can get when U are in the progress of tarbiyah!

I’ll waqaf my lifetime in His way..,insyaALLAH.
Siraj and all sahabat, seeru a’la barakatiLLAH..

KEMBALI...

Wahai tuhan Yang Maha Pemurah,
Terangi lah ku dengan nur imanMu
hanya engkau tempat aku berserah
mohon maghfirah didalam syahdu



wahai tuhan Yang Maha Pengasih
ampunilah segala dosaku
laksana buih di laut memutih
hanyut ditelan gelombang nafsu
hari-hari yang telah aku lalui,
ingin kutinggalkan terus bersemadi
ingin aku kembali kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi



bebaskanlah diriku
dari dibelenggu dosa noda nafsu durjana
terimalah taubatku ya Allah
pimpinlah daku ke jalan redhaMu
moga sinarMu terangi hidupku didalam kegelapan
aku kan kmbali mu Rabbi
menghadapmu ya Rabbul ‘Izzati
segala ketentuanku pasrahkan di hujung penghayatan
ingin aku kembali kepada fitrah insani
tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi
bebaskanlah diriku dari dibelenggu
dosa noda nafsu durjana..



wahai tuhan Yang Maha Pengasih
ampunilah segala dosaku
laksana buih di laut memutih
hanyut ditelan gelombang nafsu..
wahai tuhan Yang Maha Pemurah..

Wednesday, August 6, 2008

Waktu-waktu yang digalakkan beristighfar.


AstaghfiruLLAH...

Ketika selesai beribadat..selepas solat, selepas menunaikan ibadat haji..
Ketika waktu sahur
Ketika selesai menghadiri satu majlis
Ketika selesaikan kebumikan mayat…
Sebelum tidur

Istighfar penghapus dosa..

In Ahsantum, Ahsantum Li Anfusikum.

Pada 1 malam,sahabat karibku telah menghantar 1 mesej yang sangat terkesan padaku : Janganlah kamu iri hati dengan waktu luang orang sekelilingmu..yang tidak melakukan sebarang kerja..tapi berbahagialah dengan masa sibukmu yang terisi dengan kerja-kerja yang bermanfaat untuk Islam..

Sibuk ? pada usia sebegini muda, penulis rasa ‘malu’ untuk menggunakan perkataan ini dalam diari hidup. Cukup sekadar sinonimkan ia dengan ‘banyak kerja’ sahaja..

Letih? Itu perkara biasa bagi sesiapa yang melakukan aktiviti..tinggal lagi bezanya pada imbalan dan balasan terhadap penat dan letih itu..samada kerana menginfaqkan diri pada jalanNYA atau sebaliknya.

Tertekan ? pada penulis, dalam Islam tiada kalimah stress. Kerana Allah memberikan kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.Oleh kerana mengejar impian dan harapan yang tidak bersandarkan tawakkal padaNYA, membuatkan kita selalu rasa tertekan,tidak puas hati dalam kehidupan. Sama-sama bina sifat qanaah.

Tapi percayalah bahawa segalanya ada balasan..tak salah jika kita sibuk, letih, penat ,tertekan terlebih dulu di dunia..setuju??

Sahabatku, biarpun masih terlalu muda di jalan ini, izinkan penulis memberikan pendapat..penulis percaya hanya kerana pasakkan kefahaman yang kukuh dan jelas menjadi benteng dan motivasi untuk diri mujahid untuk terus istiqamah dan tidak putus asa berjuang dan bernafas di jalan ini. Penulis ikhlas membuat pengakuan bahawa jika tidak berderap langkah kakiku di jalan ini, penulis –nothing. Jalan ini mengajar penulis melihat jalan yang lebih luas dan kehadapan. Dan silsilah itu menuju Yaum Al Akhirah. Jalan ini membuatkan penulis berubah. Jalan ini membuatkan penulis jadi multi-tasking person. Jalan ini membuat penulis redha dan syukur dengan kehidupan.

Hanya kerana aku bukan muslimah biasa…aku infaqkan diri kepadaNYA..
Aku membenarkan dan mempercayai bahawa –in ahsantum, ahsantum lianfusikum..

Saturday, July 19, 2008

GUNUNG DAN KITA..




SubhanaLLAH..

Dalam hidup ini..

Impian kita tinggi menggunug..
Harapan kita, saujana mata memandang...

Tapi ketahuilah bahawa..dunia hanya sementara..rebutlah 5 sebelum 5..kejar dunia untuk sampai ke Akhirat..

Fathi Yakan- Muslim perlu bijak dan kreatif mencari peluang..


Jadilah seperti gunung, gagah memasak bumi, tapi tetap tak leka berzikir padaNYA..

subhanaLLAH, AlhamduliLLAH, ALLAHUakbar!!!

Thursday, July 17, 2008

Setelah 30 tahun bersahabat…

Zahid Syaqiq Al Bakhli bertanya kepada Hatim: “Setelah 30 tahun bersahabat denganku apkah yang engkau peroleh?”
Hatim menjawab : Aku memperoleh 8 perkara dan faedah dan ia sangat cukup bagiku.
Zahid As Syaqiq bertanya kembali : Apakah faedah-faedah itu?
Hakim :

Yang pertama, aku dapati semua kejadian mempunyai kekasih yang dia cintai.Sesetengah dari mereka menemani tika sakit smapai mati, dan sesetengahnya pula sehingga pinggiran kubur..kemudian semua meniggalkannya seorang diri.Maka aku berfikir dan kata : Sebaik-baik teman dan kekasih seseorang itu ialah AMAL SALIH. Maka aku jadikan ia sebagai temanku untuk ku jadikan siraj atau cahaya yang menyinari quburku dan tidak mungkin meninggalkanku.

Yang kedua, aku memerhatikan bahawa makhluk terlalu mengikut hawa nafsunya. Seterusnya aku memerhati ayatuLLAH
(( و أما من خاف مقام ربه و نهى النفس عن الهوى* فإن الجنة هي المأوى))
Aku yakin bahawa AL QURAN sebenar-benar sahabat. Maka aku turut bersungguh melawan nafsuku dan aku tidak memanjakannya sehingga aku memusatkan ketaatan padaNYA.

Yang ketiga,setiap orang berusaha untuk mengumpulkan harta dunia. Dan aku meneliti pada ayat Rabbul Alamin –(( ما عندكم ينفد و ما عند الله باق))
Maka aku memilih untuk memberi segala-galanya kerana Allah Taala untuk ku jadikan tabung aku disisi Allah..


Untuk faedah-faedah yang seterusnya…saya akan sambung lagi nanti, insyaALLAH..

Sekadar persoalan..sejauh mna sifat qanaah kita???

FI ZATIL YAUM…FI HAZAL YAUM…FI YAUMIL MUSTAQBAL..

Once upon a time..

Baby girl…
Aku tak perlu bekerja untuk dapat sesuatu..
Mak Ayah ada..
Bunyi sikit jer..’mata dan tangan’ diorang sampai..
Best..JazakumuLLAH,mak n ayah..

Kanak-kanak rebina..“Cikgu kami suruh lukis buah tadi..”
“Eleh,cikgu kami siap bagi kami jigsaw puzzle tadi..gambaq tweety..comey, ooo..”
“Hangpa, petang nie,tunggu kami na..kita p ngaji Quran sekali naa..”
‘jom kita men aci ligan,nak??”

Masa peringkat umur ini..waktu petang paling best sebab ada ‘temujanji’ dengan geng kat padang =)..tapi waktu pagi paling tak best..kenapa? Sebab nak kena bangun ke tabika (KEMAS tu..)..

Sekolah RendahAlhamduliLLAH, tarbiyah ayah untuk anaknya yang nakal nie..
Ayah :ngah pakai tudung g sekolah,na..comey sikit..
Aku :haa??panas la sat lagi,ayah..
Mak :sat ja pun..ayah p amik awal,na..bleh..ngah pandai dia..

Benarlah,segala-galanya bermula di rumah..moga-moga sifat murabbi walidaini terus mengalir dalam diri..

Sekolah menengahDisini..segal-galanya bermula..aku,dia dan semua..
Disini kenal erti usrah,tamrin,liqa dsb..
Disini..komunikasi dengan walidain agak kurang berlaku..walidain bekerja..saya belajar...
Bukan itu tanda kesalahan..tapi itu tanda ada 1 kebenaran..kebenaran bahawa ‘wala taziru waziratan wizra ukhra’…’kullu nafsin bima kasabat rahinah’..segalanya terpulang pada kita..aku lah nakhoda hidupku..Ayah banyak mengajar aku membuat keputusan sendiri..disitu,aku belajar erti berdikari..Mak menjadi pemerhati dan penasihat peribadiku..dari situ, aku terpimpin..
Waktu banyak dihabiskan dengan sahabat-sahabat..
Masa diisi sepenuhnya dengan kawan-kawan..competitive environment..semuanya hidup seperti berpuak-puak..yang amal ibadat mula terjaga dan sempurna..kerana aku dah ada ilmu..itupun baru sekelumit cuma…
Seterusnya..mula terdidik dengan suasana ‘bekerja dalam belajar’..kerjanya tiada gaji..tapi kadang-kadang di’anti’..biasalah..terlibat dengan kerja-kerja amal nie, mana ada yang mudah.. terus bekerja…terus belajar..

CUDIPT..
AlhamduliLLAH, berkat doa,usaha dan amal hasanat sewaktu sek men dulu, aku terpilih ke sini.. training ground untuk aku dan sahabat2…

Sehingga hari ini..aku terus dipilihNYA untuk bekerja dalam jalan nie..imbalannya tidak sempat aku nikmati di dunia,mungkin…tapi harap-harapnya, dapat dijadikan cagaran di akhirat nanti, insyaALLAH..

SEKARANG DAN KEMUDIANNYA..

Doakan saya!!!
Moga terus dalam redhaNYA..
Banyak lagi peringkat yang saya perlu lalui..

…beyt muslim, masyarakat muslim,daulah, khilafah….

Sama-sama kita pastikan di setiap peringkat, kita mampu buat dan dapat yang terbaik kerana… Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas.. =)

Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah..

PAS FOR ALL =)

Sebelum PRU12
PAS FOR ALL -Apakah yang kamu faham bila kali pertama membacanya???
Ye ke PAS untuk semua??? Ini respon yang saya terima ketika ‘berkempen’ di sekitar Ulu Kelang pada Mac yang lepas…
Semuanya ragu-ragu dengan terma di atas.

Kenapa semua orang seperti ragu-ragu ???
PAS untuk orang Islam sahaja, ke??
PAS untuk sek-sek Klate Jah???
PAS milik ulama jer???


PAS adalah satu-satunya parti politik yang membumikan Islam dalam perencanaannya. Manusia bersifat fitrah. Seperti itu juga dengan Islam..Ianya fitrah.Agama yang penuh keadilan, agama yang mengangkat nilai kemanusiaan, agama yang menjadikan akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan, Agama yang sesuai fi ayyizaman wa fi ayyimakan…
Tapi bila ditelusuri pentas politik Malaya sejak diberi kemerdekaan, tiada satu wadah atau ‘suara Islam’ muncul untuk islahkan masyarakat. Jadi atas kesedaran inilah Parti Islam SeMalaysia (PAS) ditubuhkan..

Selepas PRU12
Kemenangan calon PAS bagi Parlimen P111 Kota Raja, Selangor, Dr Mariah Mahmud. Majoriti kemenangannya cukup besar, 20751 undi. Dengan komposisi pengundi Melayu yang tidak sampai 50% (47.8%-Melayu, 23.2%-Cina, 28.3%-India) maka sudah tentu kemenangan ini bukan disebabkan sokongan dari pengundi Melayu semata-mata bahkan dari pengundi India dan Cina.Nah bukankah ini yang dikatakan PAS FOR ALL???
Banyak contoh lain..tetapi cukuplah 1 dan selebihnya, pembaca beleklah sendiri di dalam buku-buku analisa PRU12 yang berserakan d jual,antaranya – Makkal Sakhti 2008,Riduan Mohamad Nor..

Selamat....

Saturday, July 12, 2008

Selamat Berjuang…

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An‘am: 153)

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)

Akhirnya..
Allah adalah matlamat kami.
Rasul adalah ikutan kami.
Al-Quran adalah panduan kami.
Jihad adalah jalan kami.
Mati syahid adalah cita-cita kami.

Monday, June 16, 2008

KERAHSIAAN DAN HATI-HATI...

Apa yang dikatakan rahsia????
Sesuatu yang perlu dijaga secara baik,teliti dan tekun..

Berhati-hati?
Kita melakukannya, secara cermat dan tertib..

Situasi..

1)bagaimanakah perlakuan anda apabila membawa kotak kosong?
2)bagaimanakah keadaan anda ketika membawa kotak kosong yang berisi segelas air yang tidak tertutup di dalamnya?

TINDAKAN SAYA..

Pada keadaan pertama, saya mungkin membawa kotak itu secara tidak berhati-hati..mungkin hanya menggunakan sebelah tangan..
tetapi..
pada kondisi kedua, saya akan memegang kotak itu dengan cermat dan berhati-hati bimbang air di dalamnya tertumpah..

PERJUANGAN ISLAM PERLUKAN KERAHSIAAN DAN BERHATI-HATI..

Begitu juga kita pendokong ISLAM.. perlu ada sikap rahsia dan berhati-hati dalam menyebarkan syiar ISLAM..Kita perlu berahsia dengan golongan-golongan yang mahu memusnahkan ISLAM..Kita perlu berwaspada dengan golongan-golongan yang hidupnya ibarat 'gunting dalam lipatan'..

Sahabat-sahabat...peristiwa Uhud banyak mengajar kita erti berhati-hati..terus tegar menjadi golongan pemanah..jangan kita terpedaya dengan habuan dunia...

AKHIRUL KALAM...

Siiru tanzim wa a'la niyatudDakwah..