BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 3, 2013

MAHU GLAMOUR DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT????

السلام عليكم و رحمة الله بركاته

 Sedikit perkongsian setelah agak lama tidak menulis di siraj-islamie. 

*Gambar di atas,saya bersama Ukht Farah Asyikin ketika menjadi moderator dalam Slot Sembang Santai Muslimat bersama Farah Asyikin. Slot ni antara beberapa slot yang dirangka untuk menjayakan Karnival Kedah Sejahtera, anjuran PAS Kawasan Pokok Sena pada 30,31 Januari dan 1 Februari 2013 lepas.

Sepanjang mengendalikan forum, saya dapati beberapa perkara yang boleh dijadikan i'brah untuk saya, selaku hamba Allah di bumi persinggahan ini. Dengan ikhlas menulis buat yang sudi membaca :) 

Sebelum itu,suka untuk memperkenalkan Ukht Farah Asyikin Zulkifli. Berumur 33 tahun. Melalui pengalaman hijrah yang cukup menarik untuk dikogsikan, memilih menjadi full-timer di jalan dakwah. Kisah silamnya yang merupakan artis dan selebriti sebelum ini. Biarpun hanya sekejap singgah di dunia itu, segala keserabutan,kekusutan dan kegelisahan terasa.AlhamduliLLAH, pada 2 Februari 2012, Allah memilih beliau untuk meniti jalan redhaNYA.Memimpin bahagia menuju syurga, insyaALLAH.Dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ini (Februari) bersama jodoh pilihan Allah hasil istikharah.Mubarak muqaddam!!! Moga berbahagia,ya.

Ok,berikut beberapa perkongsian ilmu Kak Farah pada petang Jumaat lepas. (ada juga beberapa tambahan dari saya) :

1) Konsep Hidayah Allah yang diluar jangkaan makhluk.
Mendengar kisah hati ukhti ini diketuk hidayahNYA, memang diluar jangkauan dan bayangan realiti manusiawi. Bayangan diri dimamah api menjulang, dentuman guruh dan hujan lebat yang luar biasa hilang ketika akhir doa taubat,ketenangan yang dirasai selepas solat itulah anugerah Allah kepada beliau sebagai pemangkin penghijrahan hidup menuju redha Allah..Saya menunduk akur bahawa hidayah itu akan jadi mampu milik bila diizinkanNYA.Siapa boleh jamin dia bersama hidayah Allah sampai mati? Oleh itu, wahai hamba, teruslah berdoa supaya kita sentiasa mendapat hidayah Allah dalam menguruskan kehidupan. Moga kehidupan ini benar-benar mengikut acuan Islam.
Mencermati firman Allah SWT yang bermaksud :
" Tunjukilah kami jalan yang lurus". ( QS al-Fatihah ayat 6 )

2) Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Dalam sesi sembang santai ini, Kak Farah tak jemu menceritakan segala nikmat yang Allah beri kepadanya.Bukan untuk berbangga.Tapi sebagai tanda akur bahawa Allah Maha Memberi. Satu persatu nikmat, rezeki datang mendekati beliau selepas penghijrahan. Yang pasti, nikmat itu lebih bernilai dari dunia glemernya dulu.Nekad dengan pilihannya, dia meninggalkan segalanya kerana Allah.Hasilnya,segala hajat terbuku di hati, cepat benar dimakbulkan Allah. 1 kisah yang beliau kongsikan - ketika duduk iktikaf di masjid, dia berkira-kira untuk dapatkan buku doa harian RasuluLLAH SAW.Kemudian,di ruang masjid yang sama,datang seorang hamba Allah,duduk bersembang dan sebelum berpisah, beliau menghadiahkan Farah 1 buku yang kandungannya tentang doa harian RasuluLLAH SAW..SubhanaLLAH, seolah-olah itu anugerah secara langsung dari Allah!!! Ya,Allah benar-benar hampir. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.



3) Allah bersama sangkaan hambaNYA
Menegaskan bahawa, kita perlu optimis dengan Allah. Kata Kak Farah, selepas penghijrahan beliau berulang alik dari KL-Pahang untuk menuntut di sebuah pondok di Pahang.Sekalipun tidak terasa letih kerana dia percaya yang Allah akan memudahkan usahanya.Mubarak,akak..Saya tabik spring la!!!


4) Hidup ini memerlukan mujahadah dan pengorbanan
Melihatkan kepada Kak Farah yang sangat bersederhana baik dari segi penampilan dan percakapan beliau membuatkan saya senang mengajukan soalan kepada beliau.Beliau sangat meraikan soalan,pandai mengambil tumpuan sidang hadhirat dan merendah diri. Tercermin kesedihan di wajah ketika menceritakan zaman silamnya. Namun, kembali bersinar wajahnya menceritakan sakit,payah beliau bermujadah dan berkorban untuk mencapai ketenangan hati. Benar,dunia ini penjara buat mukmin.Jika sebelum ini, beliau memandang masalah sebagai masalah, sekarang beliau mampu melihat dengan iman, segala masalah baginya ada hikmah.SubhanaLLAH, iman itu  menentukan sisi pandang insan.



5) Masuk SyurgaNYA hanya dengan rahmatNYA
Akhirnya, Kak Farah memohon kepada sidang hadhirat untuk turut mendoakannya masuk ke syurga.Syurga Allah itu terlalu tingi dan mahal.Kita masuk syurga bukan disebabkan amal yang banyak semata-mata.Namun, asasnya ialah kita masuk SyurgaNYA dengan rahmat Allah.. Beliau juga menyatakan kebimbangan andai RasuluLLAH SAW tidak mengenalinya di padang mahsyar nanti.Kebimbangan kita serupa,kanda..Jom, perbanyakkan selawat. Sollu A'la- anNabi



6) Dakwah itu tanggungjawab,cakna itu perlu,istiqamah itu rahsia yang diketahui selepas mati
Kak Farah banyak memberi nasihat supaya tidak cepat bersangka buruk pada remaja-remaja yang bermasalah kerana mereka ini mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari kita. Kitalah yang bertanggungjawab berdakwah dan islahkan mereka.Kak Farah ada berkongsi pengalaman beliau mengyertai ziarah ke Gaza. Beliau menceritakan saudara kita disana sangat tinggi syukurnya,redhanya dengan ujian yang menimpa..Kullu liLLAH :)

Di akhir liqa, atas permintaan seorang peminat, Kak Farah sempat membuat 'show' khusus untuk sidang hadhirat,muslimat di dalam dewan (semua perempuan) dengan menyampaikan 1 lagu unsur kerohanian yang bertajuk - حسبنا الله.Pada saat kami bersalaman,dia berbisik supaya doakan dia glemer di kalangan penduduk langit! Ameen..

AlhamduliLLAH,Sudah selesai tugas saya menjadi moderator pada hari itu.Maaf salah silap dan sebarang kelemahan.Terima kasih didedikasikan kepada Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin kerana memberi peluang kepada saya :)

Perjalanan pulang ke rumah,hati ini bermuhasabah...

Teringat pada kata-kata negarawan Islami; Tok Guru Hj Hadi Awang merangkap Presiden PAS apabila ditanya tentang istiqamah.Jawab beliau, apabila dia dah mati baru boleh tahu samada dia istiqamah atau tidak.Kalamuka sohih!
~Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas agamaMU, ketaatan kepadaMU dan terus beribadah kepadaMU..~




Moga coretan singkat mampu memberi kesan yang lama dalam hati saya dan semua.Wahai Allah, jadikan kami dari golongan yang terpilih, Ameen..