BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 29, 2011

SISIPAN SEMANGAT DARI BUMI SYAM

Mengenang permukiman indah di Bumi Syria sesuatu nikmat yang tak putus disyukuri.Ya, kini kaki ini berpijak di Bumi Malaysia, namun kehangatan Matahari dan kedinginan salji Bumi Syam masih terasa dan akan terus menjadi asbab untuk aku menjadi musafir ilmu.

Dalam kesedihan melalui hari-hari terakhir, hati semakin sayang untuk meninggalkan Bumi berkat ini. Persiapan mental dan jiwa paling uama ketika dalam zon ini.Duhai diri,perjuangan perlu diteruskan. Syria-Tanah yang pernah dikunjungi RasuluLLAH SAW suatu ketika dulu. Masyarakatnya yang sangat-sangat menghidupkan sunnah. Memberi salam ketika bertemu, bermanis muka, mendoakan kesejahteraan saudaranya, dan menzahirkan budaya berkasih sayang.Sungguh,tika ini, hati muda ini merindui Syam dan seisinya..





AlhamduliLLAH, kesempatan menjadi tetamu Syam taqriban 7 bulan, membuat hati muda ini telah dimiliki.Kekasih yang paling ideal untuknya. Al Quran dan Bahasa Arab menjadi kekasih hati ketika disana. Semakin hari, semakin mengenalinya.Semakin saying. Begitu rapat.Terasa benar, kemanisan mencintainya. Segalanya ahla. Namun, masih banyak usaha yang perlu dibuat untuk menjadi rafiq kepada 2 khazanah terulung Islam ini.
Al Quran dan Bahasa Arab
Anisah (Ustazah) Al Quran pernah berpesan, lazimilah Al Quran. Dari situ, kamu akan merasai kemanisan menjadi sahabatnya. Dengan melaziminya, kamu akan mudah untuk mendapat makhraj dan memberikan sifat huruf-hurufnya. Demikian itu,bacaan kamu menjadi semakin baik .Terus dengan, cuba menghafaz mukjizat ini secara perlahan-lahan. Anisah Muna, seawal 6 pagi, temu janji kita bermula.Menjadi anak didikanmu membuatkan diri ini terasa begitu kerdil dan insaf.Selalu benar, mata mengalirkan air mata yang memang cuba ditahan ketika aku di hadapanmu. Kesibukkan dengan keluarga,kerjaya dan tanggungjawab yang lain, tidak mematahkan semangatmu untuk mengajar Al Quran kepada mahasiswa Malaysia di sana. Tanpa bayaran.Hatta, hadiah pun susah untuk diterima.Kami diihtiram sebagai tetamu. Segelas minuman memang tersedia buat anak muridnya. Lampu terpasang cerah,kipas berputar megah.Sofa dan permaidani disusun indah. Dia tidak menagih lyra Suriyy (matawang Syria) anda. Segalanya hanya mengharap ganjaran dariNYA.Sebaik-baik Pengurnia.Hanya yang lazim disebut,
“Al Quran ini milik Allah. Maka syukuri kepadaNYA dan aku ikhlas mengajarmu, Ya Azizati” .Allah..Allah..


Menjadi thalibah ilm di Bumi Syam menjadikan kami 1 golongan sangat-sangat dirai. .Syariah,Dakwah,Usuluddin,Bahasa Arab antara kuliyyah yang menjadi pilihan mahasiswa kita di sana. Benarlah bahawa, Bumi Syria ini, bumi berkat. Pengalaman menjadi pelajar Kursus Bahasa Arab (lil ajanib) di Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro membuatkan aku semakin percaya bahawa, tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Menjadi sahabat kepada Turkistan,Turki,Perancis,Algeria, Somalia dan mereka semuaa,kebanyakkannya tiada asas langsung dalam Bahasa Arab. Tetapi berkat kesabaran diri,berkat kegigihan Anisah dan berkat Bumi Damsyiq itu, dalam tempoh yang singkat, mereka dapat menguasai Bahasa Arab itu sedikit demi sedikit. SubhanaLLAH..Benarlah, ‘kun fa yakun’…



To be continue,insyaALLAH

Thursday, April 7, 2011

PROSES SEBUAH KEHIDUPAN

MARATIB CINTA

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)




Kesimpulan, cinta manusia itu ada peringkatnya. Jadi sama-sama kita daki tetangga itu berhati-hati,ye :)

DIARI CINTA SEORANG MANUSIA

Bila bercakap soal jodoh,semuanya mempunyai impian masing-masing. Cantik, bergaya, bijak, manis senyumannya, kaya.Bagi jiwa muharrik pula, mengimpikan isteri yang mampu menjaga anak-anaknya ketika dia keluar berjuang, isteri yang memahami tanggungjawab dia sebagai seorang pejuang. Bagi muharrikah, mengimpikan suami yang murabbi sifatnya,suami yang menguatkan dia dalam perjuangan, suami yang bertolak ansur dan ringan tulang. Manusia,manusia…Letih!!
Jodoh,rezeki,ajal dan maut itu urusan Allah. Termaktub sejak azali lagi.Jodoh secara dasarnya dalam Islam,memiliki 1 formula dan prinsip - lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Namun,sesekali, mungkin diuji mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Permaisuri Asiyah yang Firaun adalah suaminya. WaLLAHUa'lam.

JODOH ITU URUSAN YANG PENUH MISTERI

Pada usia muda,perasaan mahu dikasihi, mahu perhatian, mahu teman berkongsi rasa begitu tinggi. Itu,gelora jiwa muda.Yang pasti,saya semakin melepasi zaman itu. Ya Allah,jauhkan lah kami dari perasaan sebegitu. Pimpinlah hati ini ke jalan yang Engkau redhai.
Berhati-hati dengan fitnah,angan-angan,cita-cita yang melangit dan bisikan syaitan. Setakat pengamatan, masalah ini sering mengganggu fokus,ghairah seorang penuntut ilmu,pemuda dan pemudi Islam dalam mengejar impian kehidupan sementara ini.
Akurlah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan pastinya merupakan perkara yang amat sukar sekali.Penulis menulis berdasarkan kata-kata nasihat yang ditadah dari ‘murabbiyah’ yang dihormati.
Jiwa yang muda itu, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal.Fisioterapi terbaik untuk hati sakit itu ialah mujahadah. Langkah-langkahnya ialah: Pertama- kenali kelemahan diri dan jauhinya.Kedua- memperbanyakkan ibadah kepada Allah.Memelihara ibadah wajib, menambah ibadah sunat. Ketiga- memohon supaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan bimbingan kepada kita.
Wahai hati, peluang hidup dan bernafas dalam usia muda,sihat anggota,segar minda ini,adalah anugerah.Gunakan ia sebaik yang mungkin.Sibukkan diri dengan ibadah,ilmu dan amal.Bumi Allah terlalu sarat dengan hikmah dan ilmu.Maka kutiplah selagi upaya :)

KISAH YANG MENUNTUT REDHA

Terkadang,kita mendengar kisah seorang lelaki akan dijodohkan dengan seorang wanita.Kedua-duanya baik dari segi agama,kesihatan,nasab,sekufu dan kewangan yang stabil.Tamam,kan? Namun, usaha menyatu mereka tidak berjaya.Kenapa?Mudah jawapannya, dan banyak kemungkinannya. Mungkin, belum masa yang sesuai untuk mereka mendirikan rumah tangga, mungkin ilmu rumah tangga mereka masih kurang,mungkin mereka belum bersedia..mungkin,mungkin,mungkin…dan biarlah dengan segala kemungkinan itu. Tapi pada saya, urusan jodoh itu terlalu misteri. Hanya Allah yang tahu.Jadi apa kata, serahkan pada Allah sahaja urusan ini ? :) Taqdir mengatasi tadbir.Berbalik pada kes tadi,saya menyimpulkan,mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula. Khair,insyaALLAH.Redha dan bahagia fiddarain,insyaALLAH.Tamat.


CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL
1 – Walidain
2- Saudara mara
3- Sahabat-sahabat
4- Perjuangan
5- Saudara seIslam

FOKUS CINTA SEORANG PEMBURU ILMU
1-Al Quran
2-Bahasa Arab
3-Ilmu yang mendekatkan diri kepada hakikat hamba yang Bertuhan.

Benarlah,proses kehidupan itu merumitkan bagi orang yang selalu memberatkannya.Asasnya, “Selepas kesusahan itu ada kesenangan. Dan sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu akan ada kemudahan” Surah Al-Insyirah : 5&6


Belajar untuk sentiasa optimis dan redha.Jom,teruskan hidup untuk akhirat yang cemerlang.