BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 19, 2010

SekULARisme

Situasi
Pendidikan – Mahasiswa dibentuk dan didoktrin dengan perlu memperoleh keputusan yang cemerlang setiap semester.Pelbagai biasiswa dan tajaan diberikan kepada mereka.Mahasiswa perlu ada nilai ilmu,intelektualisme,daya saing dan sebagainya.Seterusnya menjawat jawatan yang menjamin kehidupan dunia.Malangnya, satu aspek yang sering dipandang ringan oleh kita tentang pembinaan syaksiah dan peribadi Muslim dalam diri mahasiswa Muslim semestinya.Sangat kurang dititik beratkan.Penulis mengambil hikmah menulis ini berdasarkan pemerhatian rawak sepanjang berada di university satu ketika dulu.Budaya pergaulan bebas lelaki dan perempuan,keprihatinan terhadap isu ummah setempat mahupun antarabangsa masih di tahap yang mendukacitakan.
Ekonomi– Budaya riba dalam sistem ekonomi kita.Istilah saduran yang digunapakai dalam masyarakat kita sedikit sebanyak membantu kepada berkembang-biak budaya ini.Istilah ‘faedah’ ‘bunga’ yang digunakan membuatkan pengguna rasa selamat dengannya.Cuba di’asli’kan dengan makna sebenarnya iaitu- mudharat atau bahaya. Sudah tentu termenung panjang kita untuk membuat pinjaman sebagai contohnya

Punca dan biodatanya
Puncanya ialah sekularisme.Sistem jahiliyah.Kesan sekularisasi sangat jelas dalam bidang pendidikan negara.Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting  untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab menyerap elemen ini dalam susur galur [endidikan Tanah Melayu.Hasilnya,lahir Melayu suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Tulisan Jawi di anaktirikan.

Itu di bidang pendidikan.Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Melayu dilatu dengan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan.Begitu sekali i’tiqad iqtisadiyah kita.Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Harta diburu. Berkepuk-kepuk dikumpul.Kekayaan mengaburi mata dan melangkau senstiviti terhadap golongan yang lemah.Tindas menindas dan tipu menjadi amalan masyarakat. Jihad ekonomi Islam yang adil sangat telah sinonim dengan bait lagu Tan Sri P.Ramlee ‘Di mana kan ku cari ganti’.

Dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai.Buktinya merenung hikmah hijrahnya Rasul saw dalam mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan. Bagaimana anda memandang merdekanya Malaysia?Bagaimana sifat politik kita?Dengan jelas,saya katakana ianya ialah politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Kesan
Bahana ini menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu ‘ananniah’-individualistik, materialistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan,pangkat dan sebagainya.Pemahaman ini berjaya mengajar kita supaya pandai menjuzu’kan hidup mengikut citarasa tersendiri.Bukan berpandukan syariat.Fahaman Sekularisme memang amat berbahaya kepada akidah Muslim. Sedangkan hidup di dunia itu adalah semata bekalan kita untuk kehidupan akhirat.

Sekularisasi cukup alergik dengan elemen ruhiyah ,sufisme,ketuhanan, keagamaan kerana nescaya akan kalah sistem ini bila berdepan dengan kebenaran dan keadilan tersebut.Manusia yang berada dalam kepuknya akan menjadi manusia rakus dengan dunia,individualistic,meterialistik,tidak bermoral.

Jadi,siapa yang salah?Orang barat? Sistem ini? Pengamalnya?Atau yang menulis artikel ini?Bukan masa mencari pesalah.Lagipun,sudah terang-terang pesalahnya.Sediakan alternatif. Seruan kepada ‘economist muslim’,pimpin kami,masyarakat muslim. Ayuh,sama-sama kita bertaubat untuk segala kekurangan dan kelemahan kita di hadapanNYA

*Moga penggunaan dinar emas segera dikuatkuasakan

Wednesday, July 14, 2010

إنما تجزون ماكنتم تعملون - التحريم :7

BismiLLAH…
Ya Allah,ku panjatkan jutaan kesyukuran padaMU ya Allah..AlhamduliLLAH….
Dalam sendu dhaif mengenang kan QaharMU..
Gerun dan takutkan siksaMU..Ya Allah,betapa aku lemah mentadbir urusan diriku sendiri,Aku memerlukanMU Ya Allah..


Segala nikmat yang kau beri adalah hikmat kehidupanku..Beberapa ujian yang kau titipkan merupakan tanda kifarah untuk sejarah dosaku..NerakaMU tak tertanggung Ya Allah..A’uzubiLLAH min zalik..
Perancangan penuh taqwim hidup aku tidak akan terlaksana melainkan dengan izinMU Ya Allah..AllahuAkbar.

Maka kadang-kadang, aku dapat apa yang dihajati..Sesekali tertangguh lambat dan mungkin hanya tinggal harapan diri lemah ini..Dan padahal suatu hari nanti,ditunjukkan jelas hikmah setiap ketentuan dariNYA..SubhanaLLAH
Jadi haruslah aku memujuk diri agar bersyukur dengan setiap detik travelog hamba ini..Wajiblah aku membentuk hati ini terus yakin dan beriman sepenuh hati denganNYA..La ilaha illaLLAH
Dalam travelog ini ada saat gembira,minit sedih dan jam bahagia dan mungkin sengsara..Dan dari pandangan luarnya,itulah jam kehidupan ..Sentiasa berputar menghasilkan masa tak yang tidak berulang…AstaghfiruLLAH
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku...
Kepada walidain,maafkan diri lemah ini..
Kepada kakak dan adik,maafkan diri lemah ini..
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, maafkan diri lemah ini..
Kepada kamu,awak,nta,nti,dia..maafkan diri lemah ini..