BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 25, 2007




سورة الفاتحة

1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
2. Segala puji-pujian terpulang kepad Allah Tuhan yang memelihara semesta
'alam.
3. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

4. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan.
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas mereka
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orangorang
yang sesat.




Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula
al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah
Ta'ala:
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian,
separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku
apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata:
(alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku"
apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah
memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagung-agungkan-Ku dan apabila hamba
itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-
Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,"
apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta
'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk
hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku." Setelah
maksud ayat-ayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa
hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia
(kebesaran) surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap
Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang
disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.

SadaqaLLAHul'azim..



Kenapa muslimah sering dikaitkan dengan 'Mawar'.. anda penah membaca novel hasil nukilan Al Ukht Fatimah Syarha bertajuk 'Seindah Mawar Berduri'??? Penulis yakin, kepada yang telah membacanya, akan dapat membuat kesimpulan tersendiri..




Sehebat mana pun diagungkan wanita itu, jika tidak mengambil istifadah dan tadabbur dari kejadian sekuntum mawar, maka tika itulah dia sangat rugi..kerana pada sekuntum mawar adalah cerminan seorang muslimah..duri yang melingkari batangnya ibarat hijab yang melitupi muslimah..haruman mawar yang mempesona kita kiaskan pada akhlak muslimah yang beradab dan tertib..cantiknya mawar pada kelopaknya, kita tamsilkan pada tenang dan sejuk mata memandang muslimah itu..

SubhanaLLAH.. Laqad Khalaqnal Insana Fi Ahsani Takwin..





2 - 3. “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia mengadakan jalan
keluar untuknya dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka
sangkakannya dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah Dia akan memberi
pertolongan yang cukup kepadanya. Sesungguhnya Allah berkuasa
melaksanakan segala urusan-Nya.”
(Surah at-Talaq)


Allah Ar Razzaq..yakinlah pada kurniaanNYA..rezeki itu ada dimana-mana..hanya tinggal samada kita berusaha mendapatkannya atau tidak..berusahalah untuk diri sendiri..

optimis dengan ketentuanNYA..

mohon diriku dan sahabat-sahabatku dipertemukan dengan 'rezeki' yang terbaik, Ameen..

Monday, December 24, 2007

Pengorbanan...



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
sehening pagi mulia, sebening mata si lembu muda..pada hakikat pengorbanan, terdapat kemanisan iman..

Islam begitu sinonim dengan 'PENGORBANAN'.. pada fasa kemunculan Islam..kaum muhajirin berhijrah ke Madinah..Atas semangat dan ruh ukhwah Islamiyah, golongan Ansar mengorbankan segala harta benda yang dimiliki hanya kerana meraikan saudara mereka yang menumpang kasih di negeri orang..

Akhirnya, ayuh!!!sama-sama kita refleksikan makna pengorbanan dalam kehidupan..bagi penulis, masih banyak yang perlu penulis korbankan untuk mendapat keredhaanNYA..

Sama-sama kita doakan kita menjadi muslimah yang menjadi perbualan penduduk di langit..dan qudwah kepada penduduk di bumi...

Muslimah Solehah =)

Sunday, November 25, 2007

REZEKI...




Inilah yang dikatakan rezeki..Di celahan batu pun, sepohon pokok renek boleh tumbuh. Itu tanda disana ada YANG MENTADBIR ALAM..

Bila bercakap tentang rezeki, ia adalah suatu kurniaan yang tidak dapat bisusn oleh tenaga dan daya manusia.. Ia adalah caturan dari Allah..kadang-kadang mudah benar kita diberi rezeki...kadang-kadang susah dan lambat banget untuk kita nikmati...Itu lumrah dan sunnah alam..

Dalam At Tanzil ada disebut...Jika kamu bersyukur akan ditambah rezekimu...Nah, sahabat-sahabat...betapa kecil syukur kita jika nak dibandingkan dengan nikmat kurniaanNYA..

Jadi sebelum terlewat..sama-sama,kita banyakkan tasbih, tahmid dan takbir kepadaNYA..

REZEKI DARINYA TANDA KITA DIKASIHINYA...Radhitu BiLLAHI Rabba..

Friday, November 23, 2007

As Syahidah- Zainab Al Ghazali...




Sedikit perkongsian dengan sahabat2 muslimat especially…ttg kegagahan muslimah tarbawi sepanjang zaman..Beliau ialah Mujahidah Zainab Al Ghazali Al Jubaili.. Seperti yang kita sedia maklum dan ma’ruf, tentang penderitaan yang dihadapi..mental dan fizikal..Tatkala terus dilenyek dan dihentak secara zalim, Presiden Jamal Naser sanggup mengeluarkan arahan “ Zainab mesti dikenakan dengan seksaan kepada seorang lelaki”..Walaupun begitu,Ummi (panggilan ahli Ikhwan pada Zainab) tetap redha dan tenang menerimanya..Zainab pada ketika itu, sudah terlupa pada seksaan yang dikenakan ke atasnya… Beliau sibuk dan masyghul dengan pengabdian kepadaNYA..Tuhan yang Maha Pelindung…

Penulis sangat terkesan pada kisah perjuangan beliau. Pada tika dia dihumban ke dalam penjara, kawasan yang tiada ’kehidupan’ di situ, beliau tetap teguh dan yakin dengan panji-panji perjuangannya..Peluang bertemu dengan RasuluLLAH SAW menjadikan kakinya thabat di jalanNYA..lidahnya tetap dengan kenyataan bahawa dia mahupun Hasan Al Hudaibi ataupun Syed Qutb tidak pernah ada perancangan untuk membunuh Perdana Menteri Jamal Naser..hanya Jamal Naser yang zalim itu takut dengan keadilan yang dibawa mereka..

Zainab dijanjikan dengan kemewahan dunia..dijanjikan dengan jawatan Menteri Kebajikan, turut diberikan sumbangan untuk menggerakkan Jemaah Muslimat HANYA JIKA dia mengakui semua tuduhan yang disabitkan ke atasnya.. Zainab Al Ghazali seorang srikandi yang sangat bijak dan teliti dalam percaturannya..Beliau rela diseksa dari menanggung dosa menzalimi perkara yang haq..bukanlah dia merancang cubaan membunuh itu, walhal tiada sesiapa dari anggota Ikhwan merancang perkara itu..semuanya adalah tipudaya dan bayang-bayang yang sendiri dicipita oleh oihak berkuasa yang zalim..Hanya yang dilakukan Zainab ialah daurah ilmiah di rumahnya.. mewaqafkan rumah sebagai medan ahli Ikhwan mencanai ilmu..apakah salah amalan yang dinaungi malaikat ini, duhai sahabat?

Tentang perkahwinan beliau dengan seorang ulama terkenal, Ummi menerangkan hamasah beliau pada suaminya dan memohon suaminya redha dengan jalan yang beliau pilih.. Bagi beliau ; Perkahwinan adalah urusan hidup yang datang dan pergi..

Zainab Al Ghazali banyak menginfa’kan dirinya pada jalanNYA..semangat cintakan Islam dan nahdhahnya membuatkan Zainab menjadi aspirasi semua muslimat untuk terus berjuang dan menjadi teman seperjuangan muslimin di dunia ini..

SYURGA MILIK KITA..AMEEN..

Thursday, July 26, 2007

Tarbiyah..

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT
3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:
a)Matlamat khusus
-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :
-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون ( الذاريات)

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar
كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (ال عمران 11 )

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya
وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا (البقرة 142 )

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini
وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير (الا نفال 39 )

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

Sunday, July 22, 2007

illa zilluhu

حديث أبو هريرة رضى الله عنه : عن النبي الله صلى الله عليه سلم قال سبعة يظلهم الله في يوم الظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشاء بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المسجد ورجلان تحبان في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل دكر الله خاليا ففاضت عيناه.

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Au Hurairah r.a katanya : Nabi s.a.w bersabda : Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan melainkan naunganNya. Golongan tersebut ialah Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya, seorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakkan kejahatan tetapi dia berkata : Aku takutkan kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanannya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalir air mata dari kedua matanya.

bila membaca hadis nie, penulis terfikir...adakah aku sebegitu..

Friday, July 20, 2007

Solat Idaman...

وجهت وجهي للذي فطر السموات و الأرض....إن صلاتي و نسكي و محياي و مماتي لله رب العالمين ...

“Aku hadapkan wajahku untuk Tuhan yang menjadikan langit dan bumi..”
“Sesungguhnya solatku, amal ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan pengatur sekelian alam..”


Perhatian!!! Yang dimaksudkan dengan ‘menghadap wajahku’ ialah menghadapkan wajah hati kepada Allah. Maksudnya, ketika solat itu bererti seluruh hati dan ingatan kta tertumpu pada Allah..

Semasa solat, kita selalu terfikir tentang urusan dunia yang belum selesai..Sebab itu, ditekankan adab-adab untuk menunaikan solat bermula dari saat kita mengambil wudhu’, jaga niat dan tertib dengan segala rukunnya..

Sahabat, memang sangat payah untuk kita mendapat khusyuk dalam solat..tapi bukankah Allah suka pada hambanya ang tekun dalam gerak kerjanya???? Maka demi mencapai redhaNYA, berusahalah untuk menjadi hambanya yang hatinya mengingati Allah tatkala kepala mencecah bumi..

SubhanaLLAH.. ditakrifkan juga bahawa solat ialah dialog hamba dengan Tuhannya..sahabat, mohon lah..rayulah padaNYA segala impian, harapanmu kepadaNYA.. kerana DIA sebaik-baik pemberi..

Jadikan solat sebagai agen re-energize diri dalam kehidupan seharian..setiap kali selesai solat, kita akan rasa kekuatan dan keyakinan untuk menyusun langkah mendepani urusan selanjutnya..kerana kita tahu bahawa kita di bawah kekuasaanNYA..

Kesimpulan-efektifkan solat kita..

Wednesday, July 18, 2007

Haidh- Anugerah Untuk Wanita..

Kerana aku adalah muslimah..aku berbangga dengan fitrah dan anugerah ini..
Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..
Ilmu wanita dan sememangnya perlu dirahsiakan..
Apa rasional penulis berbuat begini???
Untuk menyedarkan yang lena..untuk menjelaskan yang kabur..
Moga-moga usaha ini dapat menyuntik semangat muslimat untuk lebih mengenali dirinya..
Penulis sebenarnya terkesima tatkala Syeikh Nuruddin Al-Makki secara cermat dapat menjelaskan tentang Haidh..
Ringkasnya...
Hakikat haidh dari sudut bahasa dan syara’:
Para ulama Islam berpendapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada 3 :

1.darah haidh : darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat
2.darah nifas : darah yang keluar selepas bersalin
3.darah istihadhah : darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas dan ia dikira sebagai darah penyakit.

Darah haidh mempunyai pengertian yang tersendiri dari sudut bahasa dan syara’ :
Dari sudut bahasa haidh beerti mengalir.Ia dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktunya yang tertentu.

Dari sudut syara’ ia beerti darah semulajadi yang keluar dari rahim wanita setelah sampai peringkat baligh ketika dalam keadaan sihat tanpa ada apa-apa sebab pada waktu-waktu yang tertentu.

Warna darah haidh dan ciri-ciri utamanya:
Darah haidh tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja. Kadangkala berlaku perubahan warna dari satu tahap ke satu tahap.
Menurut ulama’-ulama’ mazhab Syafie terdapat lima warna bagi darah haidh iaitu hitam, merah, warna antara keemasan dan merah, kuning dan keruh iaitu warna antara kuning dan putih.

Nabi Muhammad SAW ada menyifatkan haidh dengan beberapa sifat :
keadaannya yang pekat
ianya seperti kepanasan akibat kepanasannya
keluar dengan perlahan
bukan seperti cairan biasa
agak berbau dan warnanya merah kehitaman.

Bersambung…

Muslimah, dikau insan unik…

Thursday, July 12, 2007

Ish…Emm..Betul ke ni???

Sahabat-sahabat..suatu hari, penulis ditanya seorang adik…insan yang tidak banyak dosanya berbanding diri saya… Kak, ape itu dosa???..
So, penulis nak forwardkan soalan ini kepada pembaca…Ape yang dikatakan dosa???
Bagi penulis, setiap kita pernah berdosa..AstaghfiruLLAH..rasa menyesal???rasa kesal???sedih???itu adalah lumrah untuk insan..disini letaknya fungsi taubat..nampak mudah,kan???berdosa lantas terus bertaubat..kemudian berulang-ulang dosa tesebut tanpa rasa azam untuk menjauhinya..itu hamba yang muka tembok namanya..Asyik memohon ampun, tapi tidak mahu keluar dari kepompong dosanya..
Awas, sahabat-sahabat..jika sering diri kita melakukan dosa, tandanya ada masalah dengan amal ibadah kita..ada masalah pada niat kita, ada masalah sudut solat kita..Al Ankabut-45 ..Dari ayat sebelah, kita secara sendiri boleh menilai sejauh mana keberkesanan dan mujarabnya aura solat terhadap kehidupan kita..Fikir-fikirlah..

Berbalik kepada tajuk entri diatas…itulah keluhan yang terungkap apabila kita hampir kepada dosa..

Di dalam riwayat Imam Muslim daripada Nawas bin Saman (RadhiyaLLAHU ‘anhu) daripada Nabi SAW bersabda : Kebaikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa-apa yang ragu di dalam dirimu dan engkau benci bahawa melihatnya ke atas manusia..

Nah, inilah dosa!!!Ayat yang di ‘bold’ kan itu antara salah satu ta’rif tuntas lagi jelas dari Hadis..

Antara yang perlu dilakukan apabila kita berdosa..(ramai dah tahu..hanya dibawa disini untuk menyahut saranan Allah..fazakkir..fainnaz zikra tanfa’ul mu’minin..)

1.Istighfar
2.Solat taubat mohon diampunkan dosa..(Kaifiyat?-Solat sunat 2 rakaat, berniatkan sembahyang taubat, 2 rakaat kerana Allah..dibaca Al Fatihah pada kedua-dua rakaat + surah pilihan kita. Pada sujud terakhir, mohon sungguh-sunguh keampunan dari Allah dan yakin, Allah mendengar dan menerima taubat kita..)
3.Jika kita bersalah terhadap manusia, mohon maaf kepadanya..insyaALLAH, jika kena niat dan caranya kita akan dibantu Allah..
4.Berazam sepenuh hati untuk tidak melakukan dosa tersebut lagi..

Hanya kerana aku bukan muslimah biasa..terus mujahadah dan tetap tegar membawa mesej dakwah..bukan kerana sesiapa tapi kerana DIA..

Ya Allah, bukankah aku telah sampaikan...

Wanita solehah sebagai pejuang

JunduLLAH..golongan yang dijanjikan Syurga..golongan yang akan berjuang menegakkan kalimahNYA..Kita insan terpilih!!hati tetiba sayu..terkenang pada persoalan Nabi Musa pada golongan Hawariyun-Siapakah ansoruLLAH???Dengan sepenuh hati dan yakin; golongan hawariyun menjawab : Kamilah ansoruLLAH..Subhanallah..

Wanita muslimah yang bernafas dalam status mujahidah harus memahami dan menguasai secara benar erti perjuangan seorang muslimah…bukanlah dianggap mujahidah tatkala mata terlihat maksiat, tangan masih berpangku..hanya hati yang tidak merelakan maksiat itu berlaku..

Mujahidah Tidak pernah berasa puas menabur jasa untuk Islam selagi tidak tertegak khilafah atau Daulah Islamiyah..baginya keletihan adalah penawar dan satu kepuasan yang tak terhingga..

Antara kewajipan yang perlu diketahui oleh mujahidah:

1.pantang menyerah kalah
2.wala’ dan taat pada pimpinan
3.melatih diri dalam pelbagai keterampilan dan keahlian
4.Melazimi amal-amal soleh
5. Sentiasa bersikap waspada, kritis dan tidak mudah terpengaruh
6. Sentiasa tolong menolong dan bersikap ithar kepada yang alin
7. Memiliki perhitungan dan pertimbangan yang matang sebelum mengambil keputusan dan bertindak
8.Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk mencapai MardhatiLLAH sahaja
9.Memiliki kesabaran dan kestabilan jiwa dalam menghadapi pasang-surutnya fitnah dan cubaan

Kesimpulan...

Dalam penat berdakwah, dalam letih kita mencatur dakwah...sedarlah bahawa, kita tetap bersama Allah..mohonlah bantuan dan mengadulah segala-galanya kepadaAllah..

DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...

Monday, July 2, 2007

Membina kekuatan diri..

Tahukah anda??? Dalam diri kita ada tenaga yang tersimpan dan perlu digilap..sangat hebat kuasanya..kadang-kadang kita kurang cakna dengan anugerah ini..Pada zahirnya, kita memang kurang senang dengan ‘tekanan’..tapi, ketahuilah bahawa bersamanya ada hikmah…just search for it!!!

Di sini, saya bawa 2 situasi yang berbeza tapi memerlukan perbuatan yang sama…

Situasi
1. Dikejar anjing gila
2. Dikejar kanak-kanak.

Perbuatan
Berlari..

Dapatkah anda bayangkan bagaimana gerak langkah kaki anda pada kedua-dua situasi???
Bila dikejar anjing gila-langkah yang dibuka berjuta-juta langkah..sekuat hati..sepantas mampu..hanya kerana apa???tidak mahu digigit anjing..cukuplah kita merana digigit nyamuk setiap malam..(hehehe..)

Bila dikejar kanak-kanak – kita berlari sambil ketawa..riang ria..kerana apa???kita tahu yang kanak-kanak tersebut tidak mungkin dapat mengejar kita..pada masa itu, kitalah juara!!

Kesimpulan

Di atas hanya contoh situasi..Penulis yakin, setiap orang ada kisah tenatng tekanan yang pernah dialami..Pandanglah tekanan @ dugaan @ cabaran @ masalah itu pada sudut positif. Nescaya anda akan lebih mencintai hidup ini..dan tahu erti syukur..Friends,Life is all about tests..

Kadang-kadang tekanan dapat membuat kita lebih mengenali diri kita. Lebih mengetahui kelebihan diri..Juga dengan tekanan seseorang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa..sesuatu yang sangat bermanfaat untuk dirinya..

Hanya sekadar renungan untuk diri saya..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.. Al Baqarah -216

AlhamduliLLAH ala kulli hal..

Wednesday, June 27, 2007

Jameelah...Beauty...Kecantikan...

Kecantikan menjadi isu dan bahan perbualan harian hampir semua wanita…Tapi tahukah anda yang kecantikan sebenar anda adalah kecantikan yang lahir dari dalam diri anda… inner beauty means beautiful…

Antara yang boleh dikongsi untuk merasai kecantikan azali ialah..

Hati yang tenang..
Hati yang sibuk dengan zikruLLAH,<Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang> hati yang rindu pada alunan ayatuLLAH..hati yang melahirkan niat-niat ikhlas untuk mencapai redhaNYA..hati yang tertunggu-tunggu hadirnya malam untuk bermunajat dan menangis sendu padaNYA...

Percaya pada diri sediri..
Hadirnya kita di muka bumi ini secara terbaik...RasuluLLAH pernah bersabda : (IhfaziLLAH..Yahfazka..)Maknanya-Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu..Oleh itu, berazamlah untuk melakukan sesuatu kemudian bertawakallah..dari situ, anda akan memperoleh keyakinan diri bersendikan keredhaanNYA..

Sihat dan cerdas..
Pepatah Arab ada menyebut.. ((Al Aqlus salim fil jismis salim..))Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat..Amalkan pemakanan yang sihat dan betul..(nantikan cara-cara makan secara Sunnah dalam entri akan datang, insyaALLAH)
Tambahan lagi, lakukan senaman agar badan sentiasa segar dan aktif..Tambahkan pengatahuan menerusi bahan bacaan dan media elektronik..contoh : The Secret Beauty from East (TV3)

Kebersihan..
Kebersihan amat penting..Perkara asas dalam ibadat,kita diwajibkan membersihkan diri dari sebarang kotoran..Disini indahnya Islam..Dikenalinya muslim itu bilamana sebelum solat,dia berwudhu’.. dalam percakapanya benar belaka, pandangan dan pendengarannya hanya mendengar perkara yang perlu dan cukup untuk bekalan musafirnya di dunia…dari sini, kita simpulkan bahawa susuk Muslim itu memang ‘bersih’…

Akhirnya..senyuman..
Sedekahkan senyuman anda pada yang selayaknya..Senyuman dijadikan sebagai penyeri wajah..Sesungguhnya anda tidak mampu membantu semua orang yang anda temui…tetapi cukuplah anda berikan kelapangan dan ketenangnan kepada mereka dengan bermanis muka dan berakhlak mulia…

Penulis yakin, masing-masing ada tips kecantikan yang tersendiri…Lantas dijadikan tajuk entri saya kali ini untuh kembangkan pengetahuan dan berkongsi amalan sesame kita…Ayuh, wanita…serlahkan kebaikkan ciptaan Allah…berlaku adillah untuk diri anda…kerana dirimu begitu bernilai…

"Allahummaj'al fi wajhi nuura"...(Ya Allah jadikanlah pada wajahku cahaya..)doa untuk amalan sume!!

Tuesday, June 26, 2007

Daging Yang Berkuasa!!!

Sabda RasuluLLAH SAW << Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah , iaitulah HATI.>>

Berdasarkan hadis di atas, ulama’ sufi telah merumuskan bahawa :
Hati adalah raja dalam kerajaan jasad manusia..Akal adalah menteri manakala seluruh anggota adalah rakyat jelatanya.Buruk baik rakyatnya dilihat dari pimpinan rajanya..

Sahabat-sahabat, mana satu pilihan kita???
1. daging yang berkuasa
2. daging yang lemah tak bermaya???


Semua terletak pada kemahuan kita..beruntunglah orang yang hatinya diterajui akal yang bijak dan patuh..sengsaralah hati yang dikuasai lemah iman dan kuatnya nafsu..

‘…kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang ada di dalam dada’ (Al Hajj 46)

Sahabat, ayuh kita pandang dengan pandangan yang teliti..pandangan dengan mata hati..kenapa kita sering tersalah sangka???kenapa kita selalu tersalah anggap???kerana kita abaikan fungsi mata hati..jagalah hati..kita akan dapat memandang dengan hakikat pemandang..

Hati adalah tempat jatuhnya pandangan dan nilaian Allah pada seseorang..hati tempat terlintasnya niat..
Masakan hati yang sakit dapat melahirkan niat yang sihat??? mustahil,bukan??? jangan risau..setiap masalah ada terapinya..ada penawarnya..hati yang sihat khabarnya dipenuhi dengan zikruLLAH dan ayatuLLAH..sokmonya dipenuhi dengan niat untuk mencapai mardhatiLLAH..selalunya, dihiasi dengan gelombang mahmudah..

Bajai hati kita..biar ia kembali berkuasa dalam redhaNYA..

1.Taat pada Allah
2.Beramal dengan Al Quran dan Sunnah
3.Perbaiki niat dan diri
4.Ingat mati
5.Banyakkan istighfar..AstaghfiruLLAH..
6.Sentiasa bersyukur..alhamduliLLAH..
7.Segala-gala yang anda rasa perlu..

Muslimah solehah hatinya sa’adah..
The thousand mysteries around us would not trouble but interest us
if only we had cheerful and healthy hearts..

Monday, June 25, 2007

Pemuda ibarat taman...

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu berkata:Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak sesekali menyeru Tuhan selain Dia, sesunguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran (Al Kahfi 13-14)

Ketika ini penulis seorang remaja...sangat teruja dengan kehidupan dunia..dan Alhamdulillah dengan berkat pimpinan kasih yang diredhai, ibu bapa mendidikku sebaiknya..lantas menjadikan akhirat tetap menjadi matlamat abadi..segala amalan duduk da bangunku..aku cuba sedaya upaya untuk eksklusifkan ia hanya untuk capai redha Allah..

Berbalik kepada ayat di atas..seruan secara sekata ditujukan kepada sahabat-sahabat seperjuanganku...kita golongan harapan untuk bangun dan izzahkan Islam...golongan muda..kudrat yang masih berkuasa..
Seringkali dipersoal..sejauh mana sumbangan kita???sejauh mana kejayaan kita???mohon maaf.pada penulis, itu adalah soalan dari orang yang kurang sabar.Tinggalkan sebentar soalan itu...hanyasanya..yang paling penting-usaha kita???setakat mana???inilah soalan yang membuka peluang untuk golongan muda setia menabur jasa!!!selagi muda,selagi upaya...kerahkan tenagamu, ke arah kebenaran dan kebangkitan.

Kita sering dikalahkan???hatta sekarang Islam masih mundur di bawah???sahabat-sahabat, apakah kita kurang yakin atau terlupa pada seruan At Tanzil:
...dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia.. (Ali Imran 140)

Suka diingatkan disini bahawa..kemenangan Islam bukannya seperti kemenangan hujan turun ke muka bumi seperti yang pernah dinukilkan oleh Syed Qutb...bahkan kemenangan dan kebangkitan Islam menuntut kepada ketaatan ummat melaksanakan arahan dan permintaan Allah, Rabbul Izzati..

kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.. (Alam Nasyrah 5)


Golongan muda ibarat taman...andai ditanam pada taman itu pohon rendang,ia kan menjadi tempat berteduh...andai ditumbuhi disitu pohon semalu, ia akan melukakan kaki pejalannya..dan sekiranya ditanam dengan pohon kayu rendang lagi lebat berbuah, maka beruntunglah tuan taman...begitu juga kita..andai golongan muda banyak manfaatnya, untunglah tuan kita iaitu Islam..

Kita ditarbiyah untuk mentarbiyah!!!