BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 26, 2007

Tarbiyah..

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT
3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:
a)Matlamat khusus
-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :
-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون ( الذاريات)

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar
كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (ال عمران 11 )

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya
وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا (البقرة 142 )

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini
وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير (الا نفال 39 )

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

Sunday, July 22, 2007

illa zilluhu

حديث أبو هريرة رضى الله عنه : عن النبي الله صلى الله عليه سلم قال سبعة يظلهم الله في يوم الظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشاء بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المسجد ورجلان تحبان في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل دكر الله خاليا ففاضت عيناه.

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Au Hurairah r.a katanya : Nabi s.a.w bersabda : Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan melainkan naunganNya. Golongan tersebut ialah Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya, seorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakkan kejahatan tetapi dia berkata : Aku takutkan kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanannya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalir air mata dari kedua matanya.

bila membaca hadis nie, penulis terfikir...adakah aku sebegitu..

Friday, July 20, 2007

Solat Idaman...

وجهت وجهي للذي فطر السموات و الأرض....إن صلاتي و نسكي و محياي و مماتي لله رب العالمين ...

“Aku hadapkan wajahku untuk Tuhan yang menjadikan langit dan bumi..”
“Sesungguhnya solatku, amal ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan pengatur sekelian alam..”


Perhatian!!! Yang dimaksudkan dengan ‘menghadap wajahku’ ialah menghadapkan wajah hati kepada Allah. Maksudnya, ketika solat itu bererti seluruh hati dan ingatan kta tertumpu pada Allah..

Semasa solat, kita selalu terfikir tentang urusan dunia yang belum selesai..Sebab itu, ditekankan adab-adab untuk menunaikan solat bermula dari saat kita mengambil wudhu’, jaga niat dan tertib dengan segala rukunnya..

Sahabat, memang sangat payah untuk kita mendapat khusyuk dalam solat..tapi bukankah Allah suka pada hambanya ang tekun dalam gerak kerjanya???? Maka demi mencapai redhaNYA, berusahalah untuk menjadi hambanya yang hatinya mengingati Allah tatkala kepala mencecah bumi..

SubhanaLLAH.. ditakrifkan juga bahawa solat ialah dialog hamba dengan Tuhannya..sahabat, mohon lah..rayulah padaNYA segala impian, harapanmu kepadaNYA.. kerana DIA sebaik-baik pemberi..

Jadikan solat sebagai agen re-energize diri dalam kehidupan seharian..setiap kali selesai solat, kita akan rasa kekuatan dan keyakinan untuk menyusun langkah mendepani urusan selanjutnya..kerana kita tahu bahawa kita di bawah kekuasaanNYA..

Kesimpulan-efektifkan solat kita..

Wednesday, July 18, 2007

Haidh- Anugerah Untuk Wanita..

Kerana aku adalah muslimah..aku berbangga dengan fitrah dan anugerah ini..
Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..
Ilmu wanita dan sememangnya perlu dirahsiakan..
Apa rasional penulis berbuat begini???
Untuk menyedarkan yang lena..untuk menjelaskan yang kabur..
Moga-moga usaha ini dapat menyuntik semangat muslimat untuk lebih mengenali dirinya..
Penulis sebenarnya terkesima tatkala Syeikh Nuruddin Al-Makki secara cermat dapat menjelaskan tentang Haidh..
Ringkasnya...
Hakikat haidh dari sudut bahasa dan syara’:
Para ulama Islam berpendapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada 3 :

1.darah haidh : darah yang keluar ketika seseorang berada dalam keadaan sihat
2.darah nifas : darah yang keluar selepas bersalin
3.darah istihadhah : darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas dan ia dikira sebagai darah penyakit.

Darah haidh mempunyai pengertian yang tersendiri dari sudut bahasa dan syara’ :
Dari sudut bahasa haidh beerti mengalir.Ia dinamakan haidh kerana ia mengalir pada waktu-waktunya yang tertentu.

Dari sudut syara’ ia beerti darah semulajadi yang keluar dari rahim wanita setelah sampai peringkat baligh ketika dalam keadaan sihat tanpa ada apa-apa sebab pada waktu-waktu yang tertentu.

Warna darah haidh dan ciri-ciri utamanya:
Darah haidh tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja. Kadangkala berlaku perubahan warna dari satu tahap ke satu tahap.
Menurut ulama’-ulama’ mazhab Syafie terdapat lima warna bagi darah haidh iaitu hitam, merah, warna antara keemasan dan merah, kuning dan keruh iaitu warna antara kuning dan putih.

Nabi Muhammad SAW ada menyifatkan haidh dengan beberapa sifat :
keadaannya yang pekat
ianya seperti kepanasan akibat kepanasannya
keluar dengan perlahan
bukan seperti cairan biasa
agak berbau dan warnanya merah kehitaman.

Bersambung…

Muslimah, dikau insan unik…

Thursday, July 12, 2007

Ish…Emm..Betul ke ni???

Sahabat-sahabat..suatu hari, penulis ditanya seorang adik…insan yang tidak banyak dosanya berbanding diri saya… Kak, ape itu dosa???..
So, penulis nak forwardkan soalan ini kepada pembaca…Ape yang dikatakan dosa???
Bagi penulis, setiap kita pernah berdosa..AstaghfiruLLAH..rasa menyesal???rasa kesal???sedih???itu adalah lumrah untuk insan..disini letaknya fungsi taubat..nampak mudah,kan???berdosa lantas terus bertaubat..kemudian berulang-ulang dosa tesebut tanpa rasa azam untuk menjauhinya..itu hamba yang muka tembok namanya..Asyik memohon ampun, tapi tidak mahu keluar dari kepompong dosanya..
Awas, sahabat-sahabat..jika sering diri kita melakukan dosa, tandanya ada masalah dengan amal ibadah kita..ada masalah pada niat kita, ada masalah sudut solat kita..Al Ankabut-45 ..Dari ayat sebelah, kita secara sendiri boleh menilai sejauh mana keberkesanan dan mujarabnya aura solat terhadap kehidupan kita..Fikir-fikirlah..

Berbalik kepada tajuk entri diatas…itulah keluhan yang terungkap apabila kita hampir kepada dosa..

Di dalam riwayat Imam Muslim daripada Nawas bin Saman (RadhiyaLLAHU ‘anhu) daripada Nabi SAW bersabda : Kebaikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa-apa yang ragu di dalam dirimu dan engkau benci bahawa melihatnya ke atas manusia..

Nah, inilah dosa!!!Ayat yang di ‘bold’ kan itu antara salah satu ta’rif tuntas lagi jelas dari Hadis..

Antara yang perlu dilakukan apabila kita berdosa..(ramai dah tahu..hanya dibawa disini untuk menyahut saranan Allah..fazakkir..fainnaz zikra tanfa’ul mu’minin..)

1.Istighfar
2.Solat taubat mohon diampunkan dosa..(Kaifiyat?-Solat sunat 2 rakaat, berniatkan sembahyang taubat, 2 rakaat kerana Allah..dibaca Al Fatihah pada kedua-dua rakaat + surah pilihan kita. Pada sujud terakhir, mohon sungguh-sunguh keampunan dari Allah dan yakin, Allah mendengar dan menerima taubat kita..)
3.Jika kita bersalah terhadap manusia, mohon maaf kepadanya..insyaALLAH, jika kena niat dan caranya kita akan dibantu Allah..
4.Berazam sepenuh hati untuk tidak melakukan dosa tersebut lagi..

Hanya kerana aku bukan muslimah biasa..terus mujahadah dan tetap tegar membawa mesej dakwah..bukan kerana sesiapa tapi kerana DIA..

Ya Allah, bukankah aku telah sampaikan...

Wanita solehah sebagai pejuang

JunduLLAH..golongan yang dijanjikan Syurga..golongan yang akan berjuang menegakkan kalimahNYA..Kita insan terpilih!!hati tetiba sayu..terkenang pada persoalan Nabi Musa pada golongan Hawariyun-Siapakah ansoruLLAH???Dengan sepenuh hati dan yakin; golongan hawariyun menjawab : Kamilah ansoruLLAH..Subhanallah..

Wanita muslimah yang bernafas dalam status mujahidah harus memahami dan menguasai secara benar erti perjuangan seorang muslimah…bukanlah dianggap mujahidah tatkala mata terlihat maksiat, tangan masih berpangku..hanya hati yang tidak merelakan maksiat itu berlaku..

Mujahidah Tidak pernah berasa puas menabur jasa untuk Islam selagi tidak tertegak khilafah atau Daulah Islamiyah..baginya keletihan adalah penawar dan satu kepuasan yang tak terhingga..

Antara kewajipan yang perlu diketahui oleh mujahidah:

1.pantang menyerah kalah
2.wala’ dan taat pada pimpinan
3.melatih diri dalam pelbagai keterampilan dan keahlian
4.Melazimi amal-amal soleh
5. Sentiasa bersikap waspada, kritis dan tidak mudah terpengaruh
6. Sentiasa tolong menolong dan bersikap ithar kepada yang alin
7. Memiliki perhitungan dan pertimbangan yang matang sebelum mengambil keputusan dan bertindak
8.Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk mencapai MardhatiLLAH sahaja
9.Memiliki kesabaran dan kestabilan jiwa dalam menghadapi pasang-surutnya fitnah dan cubaan

Kesimpulan...

Dalam penat berdakwah, dalam letih kita mencatur dakwah...sedarlah bahawa, kita tetap bersama Allah..mohonlah bantuan dan mengadulah segala-galanya kepadaAllah..

DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...

Monday, July 2, 2007

Membina kekuatan diri..

Tahukah anda??? Dalam diri kita ada tenaga yang tersimpan dan perlu digilap..sangat hebat kuasanya..kadang-kadang kita kurang cakna dengan anugerah ini..Pada zahirnya, kita memang kurang senang dengan ‘tekanan’..tapi, ketahuilah bahawa bersamanya ada hikmah…just search for it!!!

Di sini, saya bawa 2 situasi yang berbeza tapi memerlukan perbuatan yang sama…

Situasi
1. Dikejar anjing gila
2. Dikejar kanak-kanak.

Perbuatan
Berlari..

Dapatkah anda bayangkan bagaimana gerak langkah kaki anda pada kedua-dua situasi???
Bila dikejar anjing gila-langkah yang dibuka berjuta-juta langkah..sekuat hati..sepantas mampu..hanya kerana apa???tidak mahu digigit anjing..cukuplah kita merana digigit nyamuk setiap malam..(hehehe..)

Bila dikejar kanak-kanak – kita berlari sambil ketawa..riang ria..kerana apa???kita tahu yang kanak-kanak tersebut tidak mungkin dapat mengejar kita..pada masa itu, kitalah juara!!

Kesimpulan

Di atas hanya contoh situasi..Penulis yakin, setiap orang ada kisah tenatng tekanan yang pernah dialami..Pandanglah tekanan @ dugaan @ cabaran @ masalah itu pada sudut positif. Nescaya anda akan lebih mencintai hidup ini..dan tahu erti syukur..Friends,Life is all about tests..

Kadang-kadang tekanan dapat membuat kita lebih mengenali diri kita. Lebih mengetahui kelebihan diri..Juga dengan tekanan seseorang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa..sesuatu yang sangat bermanfaat untuk dirinya..

Hanya sekadar renungan untuk diri saya..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.. Al Baqarah -216

AlhamduliLLAH ala kulli hal..