BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 26, 2008

SyafakiLLAH..*Syukran sume =)


"Bila kejayaan sudah digenggaman.."- nada dering handphoneku berbunyi.nasyid Mirwana.
'1 message received'.-(Kak, syafakillah,jangan lupa makan ubat, eh) - from my junior.Tangan menaip laju -(Syukran dik,cyg adik.wslm)

Sakit, demam itu sebenarnya adalah kifarah dosa..Itu 'tazkirah' yang aku terima dari seorang sahabat.Ya,sangat setuju.Moga-moga ringan azab di hari Perhitungan nanti,Ameen.
AlhamduliLLAH,sakit,demam dan segala musibah itu datang dari Allah. Dan itu adalah ujian buat kita.Kelebihan kita sebagai muslim, orang yang ada pegangan hidup, kita akan yakin dan sedar bahawa disana ada 'Yang Maha Kuasa' mencatur kehidupan kita.Ketahuilah sahabat bahawa sakit, demam dan segala musibah yang menimpa kita bersamanya terselit 1 rahsia dan mesej dari Pencipta.Setiap yang dicipta, setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini ada sebab tercipta dan terjadinya.Selidiklah, dan carilah hikmah tersebut.

Dalam sakit, dalam demam sebenarnya tersimpan 1 tarbiyah, tersimpan 1 didikan, tersimpan 1 rahsia, tertanam 1 sifat sabar, tabah, dan cekal dalam diri kita. Dan akhirnya, dari keadaan begini, kita sebenarnya semakin hampir denganNYA.Tawakkal kita teruji disini. Keimanan kita pada Qada dan Qadar dapat dibuktikan disini..
Maka beruntunglah pada golongan yang sabar dan hanya Allah menjadi pergantungannya.

HasbunaLLAH wa ni'mal wakil..

*AlhamduliLLAH, Syukran atas doa dan nasihat ntum, sahabat-sahabatku.
BarakaLLAHufikum..
26 Ramadhan.
Ramadhan Kareem.

Dari Penasihat Peribadiku..TQ =)


Wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,

Wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bansa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

*Berbanggalah kerana kita adalah muslimah.AlhamduliLLAH.=)*

Tuesday, September 23, 2008

Dari Sahabat untuk sahabat - Mahasiswi sebagai Agen dan Pencetus Perubahan Dalam Kalangan Wanita


*Syukran atas keizinan penulis untuk berkongsi hasil penulisannya di sini. Artikel dibawah telah disiarkan dalam Akhbar Siyasah.Tahniah, sahabatku.

Mahasiswi merupakan golongan terpelajar dan golongan yang terpilih untuk memperdalam ilmu di kolej-kolej, kampus-kampus, universiti-universiti dan apa jua gelaran institut-institut pengajian yang dapat disama ertikan dengan gedung menimba ilmu di seluruh pelosok dunia ini. Mahasiswi sebenarnya secara tidak langsung telah menggalas satu amanah yang sangat besar, yang terpikul di atas pundak mereka iaitu mereka harus menyampaikan dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah mereka timba dan mereka perolehi demi untuk kepentingan masyarakat amnya dan wanita khasnya.
Kesedaran dan tanggungjawab bahawa isu wanita harus dibela perlulah ditanam dan disemai dalam diri semua mahasiswi. Isu-isu wanita seperti hak penjagaan anak, hak mendapat harta pusaka, hak mendapat harta sepencarian, perceraian, penderaan oleh suami, wanita dirogol, dibunuh, kanak-kanak perempuan diculik dan pelbagai lagi isu dan hak wanita yang perlu diambil perhatian dan dipandang serius perlulah dicakna oleh setiap mahasiswi. Hal ini disebabkan tidak terdapatnya golongan yang mampu membela dan menuntut hak-hak wanita yang terabai melainkan golongan mahasiswi sendiri.
Tidak dinafikan terdapat badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang tampil untuk membela hak-hak wanita, contohnya Sisters In Islam (SIS). SIS dilihat sangat gah dan hebat dengan namanya yang islamik dan tindakan-tindakannya yang agresif, yang kononnya membela hak wanita. Akan tetapi, tidakkah disedari bahawa di sebalik keindahan nama SIS yang mencerminkan keislaman dan kewibawaan dalam membela hak-hak wanita sebenarnya telah memalit kotoran kepada Islam sendiri apabila mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang indah dan fleksibel.
Tindakan golongan sebegini wajib disekat dan dihentikan agar Islam tidak dipermainkan dan dipijak-pijak oleh mereka yang buta hidayah serta berlagak tahu dan arif tentang hukum-hukum Islam. Maka, siapakah yang layak menentang golongan ini jika bukan mahasiswi sekalian? Jelas di sini betapa pentingnya peranan mahasiswi sebagai golongan intelektual dan cendekiawan dalam membela dan mencetus arus perubahan kepada kaum wanita di negara ini. Mahasiswi tidak hanya cakna dengan isu kemahasiswaan bahkan isu-isu wanita turut dijadikan agenda utama dalam perbincangan mereka kerana mahasiswi juga adalah wanita!
Dalam usaha untuk merealisasikan mahasiswi sebagai agen pencetus perubahan dalam kalangan wanita, perlulah mahasiswi itu sendiri mempersiapkan diri mereka ke arah itu. Kepekaan kepada isu yang berlaku di sekeliling mereka, penguasaan dalam bidang penulisan, pengucapan awam dan multi media amatlah penting dan merupakan kriteria-kriteria utama yang perlu dikuasai oleh setiap mahasiswi. Memetik kata-kata Naib Presiden Gamis, Saudari Rafidah Salleh dalam tulisannya yang bertajuk ‘Muslimat dan Elemen “MP3” ‘, beliau menyeru para siswi agar menguasai elemen “MP3” iaitu Multi media, Public speaking, Penulisan dan Peka isu. Begitu menarik sekali formula ini, pendek tetapi membawa maksud yang sangat besar dan mendalam kepada mereka yang bergelar mahasiswi. Beliau sendiri merupakan ikon MP3 yang terbaik dan wajar dicontohi oleh semua mahasiswi di seluruh kampus di negara ini.
Justeru, peranan mahasiswi sebagai juru bicara ummah terutamanya kepada golongan wanita tidak boleh dipandang enteng dan remeh. Wanita merupakan aset penting negara kerana bilangan wanita yang ramai pada akhir zaman ini memberikan keistimewaan kepada mereka dalam pelbagai perkara bahkan pemilihan tampuk kepimpinan negara juga ditentukan melalui undi daripada wanita. Wanita adalah insan istimewa yang diciptakan Allah Ta’ala dengan kekuatan emosi dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran melebihi kaum lelaki. Terkadang kaum lelaki amat susah untuk mendalami dan memahami seorang wanita kerana hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Allah SWT memuliakan kaum wanita sehingga banyak sekali hal-hal wanita disebut di dalam Al-Qur’an tidak seperti mana kaum lelaki yang hal mereka lebih banyak disebut secara umum. Bergembiralah anda kerana menjadi seorang wanita dan bertambah lagi kegembiraan anda jika anda adalah seorang mahasiswi atau dalam erti kata lain adalah seorang wanita yang masih muda, yang masih kuat lagi kuat kudrat dan akal fikirannya untuk memberi sumbangan masa, tenaga dan buah fikiran untuk agama yang sangat-sangat kita cintai, ISLAM.


Koordinator PERSADA,
Nurhafizah Yaacob
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Kuantan, Pahang.

Thursday, September 11, 2008

PART 1: KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..Al Fatihah..


080908 –Al Fatihah ..Tarikh pemergian seorang sahabat seperjuangku.Allahyarhamah Kekanda Siti Hajar Izham..'sifu' yang kata-katanya memberi didikan dan kesan kepadaku, kakak yang marahnya mendidikku,teman yang pujiannya padaku hanya pada yang perlu,insan yang terasa keikhlasan dalam mendidikku..sahabat yang mudah aku berkongsi segala-galanya..perkenalan hanya singkat, tetapi aku yakin penuh berkat..
2 minggu sebelum meninggalkanku- arwah selalu datang bertemuku.Kerana aku membantunya umtuk menguruskan urusan ‘extand sem’nya.
Tika bertemu, jelas terpancar wajah yang menahan kesakitan..dan jelas lagi tersirna ketabahan dalam dirinya untuk menempuhi ujian dari Allah ini..
K.Hajar, sehari sebelum pemergiannya- K,Hajar masih bertanya khabarku dan memohon maaf kerana tidak dapat membantuku dalam perjuangan ini..moga Allah merahmati arwah.

Malam pemergian K.Hajar.11 malam-ketika khusyuk diriku menghafaz bait syair Ibn Rumi, aku menerima panggilan dari sahabat qaribku, Rabiatul Aribah tentang berita pemergian Kekanda Siti Hajar..InnaliLLAH..Al Fatihah..dengan 11 buah kereta,aku bersama sahabat-sahabat UIAM bergerak menuju ke rumah arwah..
Sesampai di rumah arwah, aku mencari Ibunda kepada mujahidah ini, Mak Cik An. SubhanaLLAH, ketika bersalaman,tanganku ditarik dan aku dipeluk erat oleh Mak Cik…tangisan yang tertahan dari tadi turun laju dari mataku..Kekuatan yang aku bina sepanjang perjalanan tadi langsung terusik..Mak Cik terduduk dan terus memegang tanganku sambil menceritakan saat-saat terakhir arwah sebentar tadi..husnul khatimah-aku kira,Ameen..Air mata terus mengalir..Aku diminta menemani arwah. Sepanjang malam, aku berada disisinya..menyedekahkan segala yang terbaik dan termampu..bersama sahabatku, Huda Nordin *syukran,sahabat..

Pagi 090908- Pagi Selasa yang cerah.Aku semakin kuat dan tabah dari semalam.Ramai yang datang menziarahi jenazah. Dari pelbagai lapisan masyarakat..baik dari ahli keluarganya, jiran tetangga,sahabat handai, aktivis politik (Dr. Hatta,Dr. Mariah, K.Mas-Nisa,Muslimat PAS Wilayah, kawasan. Untuk pengetahuan, ayah arwah terlibat aktif dalam PAS Selangor)..SubhanaLLAH..rumah bergema dengan bacaan surah Yasin dan Al Quran..Aku tetap setia berada di sebelahnya.Sesekali mengesat air mata..Sesekali mengangkat tangan berdoa..Sesekali tangan sibuk menaip mesej membalas mesej sahabat-sahabat yang bertanya..
11pagi- jenazah dibawa ke Tabung Haji Kelana Jaya, untuk dimandikan seterusnya dikafankan.
12.30 tengah hari- jenazah diusung ke dalam masjid untuk disembahyangkan selepas fardhu Zuhur. Berimamkan ayahnya sendiri..SubhanaLLAH
1.45 petang- jenazah dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alah.
2.30 petang- Redup cerah petang Selasa,9 Ramadhan 1429H,jenazah Al Ukht Siti Hajar Izham selamat disemadikan.segalanya lancar dan mudah..Itu tanda pemergian seorang yang berkat hidup dunianya..AlhamduliLLAH..tenang K.Hajar bertemu Rabbi..

Untuk saat, minit dan jam seterusnya-aku dengan urusan aku,arwah dengan ‘urusan’nya sendiri, mereka yang mengiringi jenazah dengan urusan mereka tersendiri..terpulang pada aku untuk mencorak jalanku, terpulang pada aku untuk menghiasi hidupku..Yang pasti, Ramadhan kali ini, sangat-sangat bermakna untukku..Aku percaya, bahawa mati itu rahsia Allah..
AstaghfiruLLAH, SubhanaLLAH, AlhamduliLLAH, AllahuAkbar!!!
Terus bangkit beribadah dan berjuang..
K.Jat, tunggu Tie di ‘sana’..Ameen..
Al Fatihah.Moga Kak Jat tenang dalam rahmatNYA

PART 2: KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..Al Fatihah..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana taqdir yang maha esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang esa

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat utk hambamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi ruh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai juga fatihah terus kukirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatkku kau teman sejati..

Al Fatihah untuk Al Ukht Siti Hajar Izham..
Senyum mujahidah bertemu Rabbi

Saturday, September 6, 2008

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam Qadar*Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?*Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan*Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan* Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar* Al Qadr


Selamat berpuasa, sahabat-sahabatku..
Sama-sama kita mentarbiyah diri dalam Madrasah Ramadhan..
Sekolah yang mengajar kita erti dan nilai 'letih dan sabar'
Dan akhirnya, hanya yang cemerlang akan merasai kemanisan dididik disini..

AlhamduliLLAH,pada Ramadhan kali ini, Siraj telah mencoret 'agenda' seterusnya dalam hidupnya..

Semoga bahagia dalam redhaNYA..

Friday, September 5, 2008

Palestin...


Israel yang terbentuk 60 tahun dulu, Palestin sudah cukup terluka…tidak hanya engan kaum lelaki yang menjadi mangsanya kebutaan senjata canggih Israel laknatuLLAH..malah wanita,kanak-kanak turut menjadi sasaran..benarlah, mereka memang ibarat haiwan..

Zionis terus membedil rumah sakit, perumahan awam, penduduik awam dan pendek kata, segala yang terlintas di runcing mata mereka, segalanya diseksa dan akhirnya ditembak..alangkah zalimnya mereka..

Muslimat…apakah ada ruang untuk dikau pertahankan bumi Palestin??? Sahabat seaqidahku…




Srikandi Andaleeb Takafka, 20 , dari Baitulaham.Pada keheningan 12 April 2002,Beliau meletupkan dirinya dengan bom disekeliling pinggangnya di sebuah perhentian bas Baitulmaqdis.Lima orang cedera dan 104 yang lain cedera.



Hanadi Tayseer Jaradat,29, seorang peguam pula mempunyai sebabnya tersendiri yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya…agenda yang tersimpan sebagai rahsia dirinya..Pada Jun 2003, dotaqdirkan adik dan abang sepupunya telah mati dibunuh tentera di Jenin.Peguam muda ini meletupkan dirinya di sebuah restoran di Haifah pada 4 Oktober 2003 dan 19 orang Yahudi maut dan 50 yang lain cedera.

Tindakan zalim zionis yang menyebabkan Palestiniyah begitu berani berjuang untuk membebaskan tanah air mereka..14 juta rakyat Palstin menderita dengan kehidupan terbuang di kampung sendiri serta berdepan dengan masalah penyakit dan kekurangan makanan berzat lagi berkhasiat.

Dunia menganggap perjuangan meletupkan diri sebagai perbuatan yang menganiaya diri, tidak wajar dan zalim.Mungkin bagi Palestinian,ini adalah 1 cara untuk menggerunkan musuh Dn memporakkan kesatuan kuasa mereka. Dan sebenarnya, mereka telah jatuh cinta dengan mati berbanding kehidupan dunia yang fana dan sementara ini..Syurga Allah menjadi sumbu mereka dalam kegelapan zalim Zionis..sedarlah wahai Kafir LaknatuLLAH,
“sesungguhnya kami tidak mati…keran Syuhada; itu kekal menghuni SyurgaNYA..”

Syukran Jazilan Mak dan Ayah..


Mak dan Ayah..segala kehendak,impian dan harapan K.Ngah tak pernah kalian hampakan.. Terima Kasih tak terhingga..
Andai ada pahala terbaik dan amal kebaikkan dalam hidup ini, K.Ngah sedekahkan sebahagiannya kepada Mak dan Ayah..
Ya Allah, Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku..dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku,..berkatilah umur mereka..murahkanlah rezeki mereka dan masukkanlah mereka dalam syurgaMU
Mak,Ayah…Moga kita terus dalam redhaNYA di dunia dan akan bertemu dalam syurgaNYA..
K.Ngah sayang Mak dan Ayah..