BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 11, 2008

PART 1: KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..Al Fatihah..


080908 –Al Fatihah ..Tarikh pemergian seorang sahabat seperjuangku.Allahyarhamah Kekanda Siti Hajar Izham..'sifu' yang kata-katanya memberi didikan dan kesan kepadaku, kakak yang marahnya mendidikku,teman yang pujiannya padaku hanya pada yang perlu,insan yang terasa keikhlasan dalam mendidikku..sahabat yang mudah aku berkongsi segala-galanya..perkenalan hanya singkat, tetapi aku yakin penuh berkat..
2 minggu sebelum meninggalkanku- arwah selalu datang bertemuku.Kerana aku membantunya umtuk menguruskan urusan ‘extand sem’nya.
Tika bertemu, jelas terpancar wajah yang menahan kesakitan..dan jelas lagi tersirna ketabahan dalam dirinya untuk menempuhi ujian dari Allah ini..
K.Hajar, sehari sebelum pemergiannya- K,Hajar masih bertanya khabarku dan memohon maaf kerana tidak dapat membantuku dalam perjuangan ini..moga Allah merahmati arwah.

Malam pemergian K.Hajar.11 malam-ketika khusyuk diriku menghafaz bait syair Ibn Rumi, aku menerima panggilan dari sahabat qaribku, Rabiatul Aribah tentang berita pemergian Kekanda Siti Hajar..InnaliLLAH..Al Fatihah..dengan 11 buah kereta,aku bersama sahabat-sahabat UIAM bergerak menuju ke rumah arwah..
Sesampai di rumah arwah, aku mencari Ibunda kepada mujahidah ini, Mak Cik An. SubhanaLLAH, ketika bersalaman,tanganku ditarik dan aku dipeluk erat oleh Mak Cik…tangisan yang tertahan dari tadi turun laju dari mataku..Kekuatan yang aku bina sepanjang perjalanan tadi langsung terusik..Mak Cik terduduk dan terus memegang tanganku sambil menceritakan saat-saat terakhir arwah sebentar tadi..husnul khatimah-aku kira,Ameen..Air mata terus mengalir..Aku diminta menemani arwah. Sepanjang malam, aku berada disisinya..menyedekahkan segala yang terbaik dan termampu..bersama sahabatku, Huda Nordin *syukran,sahabat..

Pagi 090908- Pagi Selasa yang cerah.Aku semakin kuat dan tabah dari semalam.Ramai yang datang menziarahi jenazah. Dari pelbagai lapisan masyarakat..baik dari ahli keluarganya, jiran tetangga,sahabat handai, aktivis politik (Dr. Hatta,Dr. Mariah, K.Mas-Nisa,Muslimat PAS Wilayah, kawasan. Untuk pengetahuan, ayah arwah terlibat aktif dalam PAS Selangor)..SubhanaLLAH..rumah bergema dengan bacaan surah Yasin dan Al Quran..Aku tetap setia berada di sebelahnya.Sesekali mengesat air mata..Sesekali mengangkat tangan berdoa..Sesekali tangan sibuk menaip mesej membalas mesej sahabat-sahabat yang bertanya..
11pagi- jenazah dibawa ke Tabung Haji Kelana Jaya, untuk dimandikan seterusnya dikafankan.
12.30 tengah hari- jenazah diusung ke dalam masjid untuk disembahyangkan selepas fardhu Zuhur. Berimamkan ayahnya sendiri..SubhanaLLAH
1.45 petang- jenazah dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alah.
2.30 petang- Redup cerah petang Selasa,9 Ramadhan 1429H,jenazah Al Ukht Siti Hajar Izham selamat disemadikan.segalanya lancar dan mudah..Itu tanda pemergian seorang yang berkat hidup dunianya..AlhamduliLLAH..tenang K.Hajar bertemu Rabbi..

Untuk saat, minit dan jam seterusnya-aku dengan urusan aku,arwah dengan ‘urusan’nya sendiri, mereka yang mengiringi jenazah dengan urusan mereka tersendiri..terpulang pada aku untuk mencorak jalanku, terpulang pada aku untuk menghiasi hidupku..Yang pasti, Ramadhan kali ini, sangat-sangat bermakna untukku..Aku percaya, bahawa mati itu rahsia Allah..
AstaghfiruLLAH, SubhanaLLAH, AlhamduliLLAH, AllahuAkbar!!!
Terus bangkit beribadah dan berjuang..
K.Jat, tunggu Tie di ‘sana’..Ameen..
Al Fatihah.Moga Kak Jat tenang dalam rahmatNYA

8 comments:

adik Khai said...

hUDURUL Muassir!
dia pernah jadi junior kita yang sebenarnya "senior"..
terus sedia menanti saat kita..
kita bagaimana?

siraj said...

Soklan yang baik, datang dari adikku yang terbaik...
yup!!!kita camner?
dalam ramadhan yang masih berbaki nie, sama2 islahkan diri..

ulumcordova said...

Pemergiannya menitip rasa kepada kita, untuk bersedia.. Meneruskan agenda memberi disini,untuk insyaallah menerima di 'sana'.. Fastabiqul khairat..

ili said...

inna liLLAHi wa inna ilaihi raji'un...
semoga Allah menempatkannya dalam golohngan solehin....
syukran sudi citer pasal kebaiknnya pada ana...
menjdai ingat buat diri ana juga...
uhibbukifiLLLAH...!

LensaPR said...

memang pilu kehilangan sahabat ketika usia muda sepertimu anakku. Terlalu panjang untuk kita ratapi disudut hati ini. Namun hubungan sesama mukmin tetap berlangsung walaupun dipisahkan oleh alam yang berbeza. Sentiasalah berdoa untuknya dan sesekali ke pusaranya dan berbisiklah kepadanya. Sesungguhnya ia mendengar dan mengetahui kecintaanmu kepadanya. alfatihah.

ummu raudhah said...

salam alaik..

tiada pertemuan dalam perkenalan kita. Tapi ana yakin bahawa kita berdiri diatas jalan juang jihad yang sama. Juga tiada perkenalan ana dengan allahyarhamah...perkenalan tercetus selepas ianya dijemput Allah melalui sahabiah Hani Rawajibah. Namun, pemergiannya tetap memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup dalam membina hub sesama kita...hakikat ukhwwah fillah.

ummu raudhah said...

salam alaik..

tiada pertemuan dalam perkenalan kita. Tapi ana yakin bahawa kita berdiri diatas jalan juang jihad yang sama. Juga tiada perkenalan ana dengan allahyarhamah...perkenalan tercetus selepas ianya dijemput Allah melalui sahabiah Hani Rawajibah. Namun, pemergiannya tetap memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup dalam membina hub sesama kita...hakikat ukhwwah fillah.

Faridzul Nasaruddin said...

Kita semua menginginsafi pemergian beliau sebagai seorang mujahidah. Tulisan bapa allahyarhamah amat memilukan.

Moga kita akan susuli jejak langkah mujahidah Siti Hajar...