Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihihiku ketika aku kecil dahulu..
Sedikit tinta ringkas tentang 2 insan yang berdiri teguh di sebalik langkah kakiku, gerakan anggotaku, lontaran kata-kataku..Emak dan Ayah..
Haji Aziz bin Dun, seorang insan yang sangat aku kagumi..Insan yang memberi kepadaku 'cahaya kemuliaan'sebagai Muslimah. Ayahanda yang banyak bersusah payah untuk melengkapkan kehendakku. Ruang sempit ini, aku berbesar hati dan berbangga untuk memperkenalkan insan yang istimewa lagi berharga dalam hidupku ini selepas Allah, Iman dan Islam.
Haji Aziz,ayahandaku dilahirkan pada 17 Julai 1953 di Bukit Jenun, Kedah.Anak lelaki tunggal dari 3 adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga peneroka tanah. Atukku sibuk membuka(meneroka) tanah di Sik. Jadi,masa kanak-kanak ayah banyak bersama mak cik-mak cik beliau berbanding dengan ayah sendiri. Ayahandaku mendapat pendidikan sempurna dari sekolah rendah sehingga menengah. Seterusnya bekerja dengan Felcra sebagai kerani sehingga sekarang.Setelah 10 tahun berkhidmat di Felcra ibu pejabat, ayah sekarang sebagai ekskutif di Felcra Bukit Tampoi, berhampiran dengan kebun keluargaku. Terbaik=)
Emak,Hajah Rodzeyah binti Abdul Mutalib, seorang insan yang aku banyak terhutang budi dan nyawa dengannya. SubhanaLLAH, sangat agung pengorbananmu, bonda..Seraut wajah bujur sirih, putih,tak lekang dengan senyuman itulah ibunda kesayanganku. Penangan ‘kangkung masak kicap mak’ tetap jadi my favourite food sampai mati =)
Mak. Itu panggilan kami pada insan yang penuh kasih sayang ini. Yang banyak memberi kesenagan kepada kami adik beradik. Yang banyak mendidik, banyak memberi nasihat, banyak melayan kerenah dan kenakalan kami adik beradik terutamanya aku.huhu..
Emak dilahirkan pada 19 Mac 1955 di Jalan Kilang Ais, Alor Star. Dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Anak ke 3 dari 11 orang. Keluarga senang. Tokayah aku bekerja dengan kerajaan ketika itu. Mendapat pendidikan dari sekolah rendah dan menengah. Pada awal kariernya,emak bekerja sebagai kerani di Jabatan Pertanian Kedah. Seterusnya, dinaikkan pangkat sampai sekarang emak bertugas di Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Wisma Darul Aman. Sepejabat dengan YB Azizan , Menteri Besar Kedah.=)
Mak,ayah…k.ngah nak jadi anak solehah..nak jadi permata hati kalian..
Nasihat untuk sahabat-sahabat, sentiasalah bersembang dengan walidain..tanya apa salah kita, mintak diorang ampunkan..apa kekurangan kita, mintak diorang beritahu dan kita kena perbetulkan,minta bimbingan..Alangkah hebat dan berkat hidup kita bersama restu dan redha diorang. Itu bukti cinta tanpa syarat =)
Sahabat-sahabat, tanggungjawab kita untuk buat ayah dan emak tahu yang mereka memang sangat berharga untuk kita..Lahirkan kasih sayang dari setiap kata-kata, perbuatan, lirikan mata. Air muka, senyuman dan sebagainya…
SubhanaLLAH…Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur atas nikmat ni..AlhamduliLLAH..
CATATAN KONGRES RAKYAT #2
9 years ago
0 comments:
Post a Comment