BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

SYUKURI NIKMAT AIR..

  
Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

    • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
    • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
    • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
    • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
    • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
    • Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. 
    • Gambar - Air yang telah di baca ayat Al Quran. 
    Bila bercakap tentang nikmat air yang saya dan anda nikmati, jangan lupa pada yang kurang bernasib baik. Terutamanya pada sahabat-sahabat di Borneo sana. Lebih khusus sahabat-sahabat seperjuangan kita di Labuan. Krisis air yang dihadapi sudah bertahun-tahun. Dalam slogan 1 Malaysia yang sering dilaungkan hatta menjadi pembuka bicara dalam siaran radio tempatan, jelas dan nyata laungan diucap tanpa penghayatan.. Kita selesa disini, tetapi saudara yang lain terabai kesihatan,kebajikan dan haknya. Persoalan- dimana yang keSATUannya?



    Pada 8 Disember yang lepas,penulis menyaksikan 1 kebangkitan mahasiswa yang sedar dan prihatin di perkarangan Jabatan Perdana Menteri. Mahasiswa terutamanya dari Sabah dan Sarawak turun ke Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
    Penyerahan memorandum berkenaan diketuai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disamping beberapa front yang bernaung bersama dibawah koalasi mahasiswa berkenaan termasuk Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), serta Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak (MARSIS).Turut turun menunjukkan kebersamaan siswa dan siswi dari UIAM,UM,UKM,UPM dan IPTS sekitar Lembah Kelang.
     
    Masalah air ini telah menyebabkan masalah-masalah lain di kalangan masyarakat kampus telah timbul seperti kesukaran pelajar untuk menjaga kebersihan diri seperti membasuh pakaian dan mandi, keadaan bilik kuliah yang panas kerana penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik dan sebagainya.



    Perjuangan terhadap isu ini bukan setakat di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini sahaja- Pengerusi SMM, Syazni Munir,UM.

    Monday, November 9, 2009

    KITA BUKAN MUNAFIQUN !

    PERKONGSIAN DENGAN SAHABAT-SAHABAT DUNIA AKHIRAT-

    Melewati Isya’,hati ana mencari sesuatu..memerlukan sesuatu penawar..mencari pedoman,penyegar untuk langkah dalam perjuangan…baik ilmi ataupun haraki.

    Membelek koleksii CD yang ada..Tajuknya Ancaman Fitnah, disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ya, orang kuat Pemuda PAS Kedah.

    Ayat yang ditafsirkan dari surah At Taubah (48-52) , menceritakan tentang kisah pengunduran Abdullah bin Ubay bin Salul bersama 300 orang dari medan Tabuk. Masing-masing mempunyai alas an tersendiri. Antara koleksi alasan yang diberikan kepada RasuluLLAH SAW ialah bimbang dengan lemahnya iman dan kuatnya syahwat memberi fitnah kepada tentera Muslimin. Itu alas an yang diberikan Jad bin Qis,kelompok munafik ketika itu.Bimbang dirinya berzina dengan wanita Rom,pihak musuh Islam. Dia memberi helah ‘ baik’ untuk melepaskan diri dari berjuang bersama tentera muslimin.

    Sahabat-sahabat, ayuh kita mengambil istifadah dari Surah At Taubah.

    Golongan munafik, ibarat barah dalam struktur tenaga kerja muslimin. Ketika mana, sahabat-sahabat tengah membuat persiapan mental,emosi,dan fizikal untuk meninggalkan kampung halaman,keluarga tersayang dan kebun-kebun, golongan munafik ini sanggup mencetuskan kontroversi.Pengunduran dari medah perang dengan alas an yang kurang munasabahnya sedikit sebanyak menggugat keutuhan hati para sahabat ketika itu, sedikit sebanyak melemahkan hati sahabat-sahabat yang tinggal..masakan tidak, dengan keadaan tentera yang sedia ada pun tidak ramai, terpaksa menenangkan diri dengan berita pengunduran..bagaimana dengan kekuatan jentera,keupayaan menangkis serangan musuh?pelbagai persoalan pasti berlegar dalam hati muslimin..

    Inilah huru-hara yang dibuat golongan munafik.inilah fitnah yang terbesar pernah munafiqun buat dalam sejarah Islam. Mereka mencelup pekerjaan,perbuatan mereka. Dihadapan Nabi mereka berlagak elok, beriman tp sebenarnya itu munafik.itu hanyalah saduran bukan asli,kesan tak kekal,iman tak zahir pada mereka.Golongan opportunist .Bersama Islam ketika mana Islam itu mudah perjalanannya. Bila tiba kesusahan, mula mencari helah untuk selamatkan diri biarpun maruah agama dan diri ternoda.Bahana munafiqun itu sepanjang zaman.Antara kisah yang sering diinzarkan kepada kita golongan munafik itu,hatinya tidak tenteram dengan kejayaan orang Islam.Peristiwa mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin menjadi episode manis dalam Bab Ukhwah fiLLAH..tetapi, dicemari dengan pelbagai khida’ dan tipu helah golongan munafiqun. Fakta kes yang lain, fitnah kepada Saydatina Aisyah yang turun dari kedup mencari rantai yang tertanggal, pulangnya Aisyah bersama Safwan difitnahnya mereka terhadap kesucian Ummul Mukminin, selain mereka membolak-balikkan urusan agama,perang. Yang Hak kepada Batil…menukar fakta kepada berita yang diubah ikut suka mereka.

    Demikianlah gol munafik itu cuba menyembunyi rahsia perbuatan mereka dengan berdalih,sepanjang zaman gol munafik itu membuat helah untuk mengelak menolak membuat perintah Allah. Contoh semasa isu riba.Mereka menukar riba kepada faedah atau bunga. Riba –perkataan dan amalan yang disebut pengharamannya oleh Allah dalam At Tanzil.Tetapi mereka men ‘touch up’ , menyaduri istilah itu kepada ‘faedah / bunga’. Jadi,kita lebih mudah dan tenang mendengar istilah itu...sedangkan riba itu 1 penindasan,racun dalam diri manusia..riba itu bukan bunga /faedah tapi mudharat dan bahaya.

    Masyarakat Islam sekarang diuji dengan fitnah terkronik iaitu hati lemah,pengecut..Guru jadi pengecut, budak-budak boleh main kuda kepang dalam kelas. Remaja semakin liar dan masa yang sama pihak berkuasa diam memerhati, ahli organisasi semakin naik kepada,hilang adab-adab,hilang kepercayaan kepada kepimpinan, tiada siapa yang berani menegur golongan ini. Apakah ini tanda kehancuran keizzahan yang dahulunya sinonim dan ekslusif untuk orang Islam dan yang memperjuangkan agamanya???

    Sama-sama kita koreksi diri.Renung kembali adab-adab yang semakin pudar dan hilang dalam diri, Bina kembali nilai mukmin dalam diri. Bukan untuk mencari kemuliaan atau kebanggaan dalam hidup, tapi untuk Islam dan seisinya..

    Kitalah yang memilih untuk menjadi kafir,munafik atau hidup dalam ‘radhiyatan mardhiyyah-kita redha denganNYA dan Dia juga redha dengan kita’…

    Ana memohon maaf seandainya ada yang terasa difitnah oleh ana dahulu mahupun sekarang. Maaf sekali lagi.

    Fikir-fikirkan..

    Tuesday, October 20, 2009

    SEARCHING....(5 : 54)

    [54, Al Maidah] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (5 : 54)


    Dalam keindahan hidup berjemaah, hidup berorganisasi, berprogram...hati pejuang yang masih belum 'kacing' dengan Allah,mesti terpalit, terlintas rasa kurang suka, geram, tak puas hati.. AstaghfiruLLAH..

    Jadi apakah yang perlu kita renung sebentar?
    Renungi, tekuni, fikirkan tentang diri kita dari sudut pandang seorang ahli perjuangan Islam ini..kita kembali pada ayat di atas, 54:Al Maidah..

    Individu Muslim,mestilah berusaha menyediakan dirinya untuk memiliki kesemua akhlak asasi yang ditegaskan dalam ayat di atas..

    SEARCHING...
    1) Muslim yang dia mencintai Allah dan Allah juga mencintainya
    2)bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin
    3) bersikap keras terhadap orang kafir
    4)berjihad di jalan Allah
    5)tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela.

    Jumpa orangnya????Pencarian masih belum selesai...peluang menyertainya masih terbuka. Terbuka sampai akhirat. Kerana Al Quran dan segala isi kandungannya terpelihara dan relevan sampai akhirat..Let's join!!!

    Persediaan fardi ini,memang tanggugjawab setiap dari kita. Tetapi kepada gerakan Islam, 'nature' pembinaan ahli-ahlinya hendaklah menekankan kaedah haraki dalam tarbiyah. Membawa maksud, ke arah pembinaan kepada individu yang mendokong perjuangan gerakan Islam, bergerak atas faham,jelas dan redha dengan taklifan dan komitmennya.

    Kepentingan 'pembinaan' ini, pada saya ianya bersifat penting. Kerana ianya membentuk ahli yang benar-benar mampu berperanan secara berkesan dalam Gerakan Islam di mana-mana peringkat dan yang paling penting, rentak langkah syura individu itu dan ijtihadnya menurut manhaj dan prinsip.

    Dan yang cantiknya, ialah indivdu-individu ini akan membentuk susur galur yang kuat. Kekuatan itu bersama ramai. Bersama Jemaah.Secara tidak langsung, kekuatan Jemaah turut terjana subur. Ahli yang bergerak,subur jiwanya, dan benar-benar menjiwai dan menghayati kaedah-kaedah amal Jamaie.. SubhanaLLAH..

    Inilah proses yang bertujuan untuk melengkapkan seluruh dinamisme gerakan Islam di segi tanzim,organisasi,penyusunan dan seluruh perancangannya..

    Haa..mujahidah sufi, fikrah haraki. Andakah???

    Sunday, September 27, 2009

    KEDAH DALAM JAGAAN

    Selaku anak jati Kedah yang pulang beraya di negeri sendiri. Timbul rasa kecewa dengan tahap kebersihan negeri Kedah. Tidak dinafikan, sampah merata-rata dan sangat menyakitkan mata memandang dan hidung yang menghidu bau.

    Semasa perhimpunan Mahasiswa bersama Menteri Besar, di Seri Mentaloon, persoalan ini juga ditimbulkan. AlhamduliLLAH, sudah ada penerangan dibuat. Dan saya mengambil langkah setapak untuk mewar-warakan kepada sahabat-sahabat yang lain tentang usaha kerajaan negeri Kedah yang serius menjaga kebajikan rakyat. Berikut adalah kenyataan akhbar dari Menteri Besar Kedah, Dato’ Azizan Abdul Razak di dalam lidah rasmi PAS; Harakah .

    ALOR SETAR, 26 Sept: Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka dapat diselesaikan awal November ini selepas sebuah syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan.
    Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat terbabit yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu.
    "Ini berikutan dari permintaan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu menyemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS selepas penswastaan kerja-kerja mengangkut sampah.
    "Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini.
    Ustaz Azizan memberi respon terhadap laporan media yang mendakwa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk. Menurutnya lagi, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan bukanlah salah kerajaan negeri.
    "Dari segi pentadbiran, kita tak boleh buat apa-apa kerana ini adalah permintaan dari Ceupacs sendiri. Kita menyedari tentang ketidakselesaan rakyat. Saya berasa dukacita dan memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang selesa," ujarnya lagi.

    Dari penulis,sebenarnya kes ini sudah termasuk dalam perhatian pihak kerajaan.Perlaksanaan akan berlaku cuma mungkin perlukan masa.Jadi,sama-sama kita perkasakan elemen penerangan kepada masyarakat setempat.

    EID MUBARAK


    Salam perjuangan,

     Salam Eid Fitri,

    Ramadhan telah meninggalkan kita. SunnatuLLAH, bumi berputar,malam dan siang silih berganti,erti taat dan patuh padaNYA. Setiap yang hidup akan mati, setiap hari juga,ada mujahid kecil dilahirkan di dunia ini.

    Ramadhan berlalu,bersama 1 tinggalan.Bekalan yang kita akan lihat hasil timbangnya di Akhirat. Tetapi timbul kebimbangan, keraguan dengan keupayaan diri untuk menempuhi hari mendatang. Masih terngiang-ngiang khutbah raya dari Imam kampung yang menyeru kita terus memperkasakan ibadah pada bulan seterusnya. Masih tersemat kemas pesanan Ustazah Hasliza (PhD, Jordan) sewaktu ber’consultation hour’ selepas subuh Ramadhan bersamanya.Nasihatnya bahawa bukankah setiap 2/3 pagi, Allah akan mengkabulkan doa bagi yang memerlukan, Allah akan mendengar rintihan kita..jadi,rugilah bagi kita yang melihat hanya Ramadhan sahaja peluang yang ada untuk memohon doa.SubhanaLLAH.
    Eid Fitri disambut penuh fitrah dan syukur. Musafir dalam Ramadhan Al Mubarak 1430H, setiap dari kita mempunyai kisah,cerita tersendiri. Sedih dan suka. Biarlah kita simpan.Simpan dalam hati.Moga ianya jadi panduan pada hari mendatang.Kita maafkan semua insan. Kita syukur dengan segala dugaan dan ujian dari Allah yang padanya pasti ada kebaikkan kepada kita.


    Semasa merayakannya, kita bertemu dengan sanak saudara, memohon maaf atas segala kata dan sikap yang kurang disenangi selama ini,kita juga melakukan amalan bersedekah,kita bertakbir dan bertahmid bersama.

    Antara amalan yang biasa kita lihat sepanjang Syawal ialah amalan ziarah menziarahi. Sedikit komen mengenai sikap anak muda sekarang yang lebih gemar berehat di rumah pada pagi Syawal. Betapa ruginya mereka kerana tidak memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Peluang begini berlaku setahun sekali. Masa inilah kita cuba dekati jiran, bertanya khabar setelah lama tidak bertemu disebabkan mempunyai komitmen akademik di bandaraya. Selain itu, warga emas pasti berbunga hatinya melihat anak muda berbondong segak dan manis datang ke terataknya untuk menziarahinya.



    Teringat pada perbualan dengan anak sepupu yang pekat loghat Kedahnya. "Ustazah (panggilan kepada saya), kita tak beraya lagi"..Terfikir.Keliru. Baru sahaja kami bersalaman sebentar tadi. Kemudian anak kecil molek, Adrieanna namanya berkata, " dah dapat duit raya baru kira beraya". Wah, itu takrif raya bagi kanak-kanak. Amalan pemberian duit raya seakan-akan menjadi perkara wajib semasa hari raya. Sesiapa yang berkunjung ke rumah tanpa memberikan duit raya pasti 'dikutuk' oleh kanak-kanak. RM 10 sudah menjadi nilai terendah yang disisipkan dalam sampul duit raya.

    Dan akhirnya,saya tertarik untuk memberi idea pada pembudayaan rumah terbuka di kalangan masyarakat kita. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Boleh dikatakan dalam sehari terdapat 3 atau 4 undangan ke rumah terbuka dari penduduk  taman perumahan yang sama. Saya meraikan budaya ini. Cuma kadang-kadang yang paling sedih ialah berlaku pembaziran makanan. Paling tidak, kita berbincang terlebih dahulu dengan jiran untuk menyusun gilir membuat rumah terbuka. Dari situ, banyak benda dapat dijimatkan seperti wang,makanan,masa dan tenaga.

    Benar, La’allakum Tattaqun..Moga-moga kamu beroleh taqwa.Selepas Ramadhan, kita jadi semakin takut dengan Allah. Kita semakin tahu,bahawa Allah itu ada.Kita semakin cakna tentang ibadah wajib dan sunat.Kita semakin laju berlari mendekatiNYA..Itu indahnya Ramadhan.

    Jadilah hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani…

    Wednesday, September 9, 2009

    TOK JANGGUT ; QUDWAH BUAT PEMIMPIN

    Hj. Mat Hassan bin Panglima Munas atau Tok Janggut anak melayu jati Kelantan diperanakkan pada sanah 1268 bersamaan dengan TM 1850. Semasa ia lahir dari kandungan ibunya oleh uri yang tebal (Tebal Tembuni).
    Tatkala umur Mat Hassan genap dua puluh lima tahun, beliau tersangatlah berani dan handal orangnya serta menjadi ketua bagi sekelian kawan-kawannya (Kepala Pengat) dan jika ada pencuri yang masuk kampung hendak mencuri, maka beliaulah akan memukul atau menikam pencuri tersebut.
    Ada pun sifat tubuh Mat Hassan iaitu tingginya lebih kurang enam kaki. Bentuk badannya sederhana, warna kulitnta hitam manis, matanya bulat dan tajam pula pemandangannya serta kemerah-merahan alamat ia seorang yang berani. Dahinya luas, alamat luas kira bicara. Kepalanya besar tanda berakal dan rambutnya botak menunjukkan ia kuat berfikir dan kening lebat, tanda tetap didalam membuat sesuatu keputusan.
    Pakaian yang digemarinya pula ialah dari jenis yang berwarna hijau. Senjata yang selalu ada di badannya ialah sebilah keris majapahit berhulu gigi luk sembilan iaitu keris pusaka dari bapanya. Budi bahasanya tersangat halus dan suka menolong orang yang ditimpa kemalangan dan kesusahan, tetapi beliau sangat juga sangat pembengis jika barangsiapa berbuat jahat atau zalim dan beliau pernah menikam orang yang berbuat zalim dengan kerisnya
    Semasa berumur lebih kurang tiga puluh tahun, Mat Hassan telah mula menyimpan janggutnya sehingga panjang mencecah ke dada. Bermula dari situlah nama Mat Hassan lebih dikenali dengan nama panggilan “Tok Janggut”.
    Tok Janggut naik haji ke Mekah pada tahun 1327H bersama sepupunya Tuan Guru Hj. Salleh kampung Alur Pasir Wakaf Berangan. Semasa di Mekah, Tok Janggut sempat berguru dengan Syekh Ahmad Al Fatani.
    Apabila British mengenakan cukai kepada rakyat Kelantan, ramai yang tidak berpuas hati. Tambahan pula En. Abdul Latiff iaitu Tuan Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang baru tiba dari Singapura selalu sahaja bersikap kurang ajar kepada orang-orang kampung ketika melaksanakan tugasnya untuk mengutip cukai. Lalu orang-orang kampung yang diketuai oleh Hj. Mat Hassan bin Munas atau lebih dikenali dengan nama Tok Janggut berserta rakan-rakannya seperti Tok Abas, Tok Hussin, Hassan Rimau, Berahim Teleng dan ramai lagi bangun dan menentang pihak British yang bersikap kuku besi. Mereka bergabung dengan Tengku Besar Tuan Ahmad iaitu pembesar di Jeram, Pasir Puteh Kelantan bersama-sama membentuk hampir tiga ribu orang dalam empat pasukan yang diketuai oleh sahabat-sahabat Tok Janggut.
    Dalam peperangan itu, akhirnya Tok Janggut mati ketika sedang sedang berjuang menentang di medan perang. Mayat Tok Janggut dibawa dari pasir Puteh ke Kota Bharu dengan kereta lembu dan diarak diseluruh bandar Kota Bharu untuk tontonan rakyat jelata. Selesainya dibawa berkeliling di Padang Bank sebanyak tiga kali, mayat Tok Janggut disait (gantung songsang) di tengah Padang Bank selama satu jam. Kemudian mayatnya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan di sana.
    Rujukan dari buku “Riwayat Hidup Tok Janggut” susunan Hj. Abdullah Amirah cetakan Sinaran Bros 1957. Hj Abdullah adalah anak kepada Awang Merah, iaitu salah seorang rakan setia Tok Janggut sewaktu menentang British tahun 1915.
    Segala yang di atas, dari sudut pandang sejarah. Dari sudut yang lain:
    Agama dan Aqidah – mempunyai pegangan agama yang kuat. Semasa berada di Mekah, beliau sempat menuntut ilmu dengan Syeikh Ahmad Al Fatani. Beliau juga merupakan ikon agama Islam di kalangan masyarakat setempat.
    Semangat memperjuangkan Tanah Air – beliau terus terang menentang system-sistem yang menzalimi penduduk. Tegas membawa isu untuk menuntut hak dan keadilan. Jika kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, masih adakah golongan muda seperti ini? Atau cara pewajahan kita terhadap isu sudah berbeza?
    Ukhwah dan kerjasama – Beliau tidak bergerak seorang diri dan beliau sangat-sangat yakin dengan kemampuan sahabat sepasukannya.. No leader rides alone.
    Tertarik untuk menggunakan Law of Magnetism dalam kisah perjuangan Tok Janggut. Di sebabkan penampilan Tok Janggut yang mempunyai janggut yang mencecah dada, beliau lebih sinonim dengan gaya orang agama. Masyarakat Melayu ketika itu, cukup menghormati golongan ini. Disebabkan penampilannya begitu, maka beliau sangat berpengaruh di akalangan masyarakat Kelantan sehinggakan Sultan Kelantan turut merasa terancam dengan kebangkitan Tok Janggut dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.

    Al Fatihah..

    Kami mahukan pemimpin yang berjuang kerana Agama..Jika tiada, jangan bimbang kerana usaha mencetak soff 'future leader' sudah bermula..Pastikan anda berada di lingkungan itu.
    Seeru Al BarakatiLLAH

    Monday, August 24, 2009

    RAMADHAN KAREEM

    Ramadhan Kareem kepada seluruh mahasiswa dan mahasisiwi
    Mohon maaf dan fastabiqul khairat
    Moga Ramadhan kali ini, Ramadhan yang penuh makna dalam sejarah kehidupan kita sebagai hambaNYA..
    IKHLAS ~ NURUL IZZATIE AZIZ

    Tuesday, August 18, 2009

    SIGMA : SERIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA

    Salam buat semua penggerak,

    Dari meja Timbalan Pengerusi SIGMA 09/10.


    Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.
    Kepimpinan SIGMA mengajak seluruh mahasisiwi di kampus bersama-sama optimis
    menggalas 3 agenda utama dalam orentasi SIGMA.

    1) Pemerkasaan mahasiswi dalam gerakan
    2) Mendepani isu wanita nasional dan global
    3) Membina pelapis pemimpin wanita masa depan.

    Pemerkasaan mahasiswi dalam gerakan-‘TRIPPLE P’

    Kepimpinan SIGMA memandang serius soal pembinaan fardi muslimah.Supaya disana akan hadir seorang muslimah yang kompeten, akan berdiri seorang muslimah yang ada integrity, akan beraksi seorang muslimah membincangkan soal ummah, seorang muslimah yang tegar berdiri bersama susah dan senang perjuangan ini. Akan ada disana muslimat yang kaya dengan idea segar dan asli.Justeru, SIGMA pada kepimpinan ini secara teliti dan sepakat menggariskan ‘TRIPPLE P’ sebagai pengisian asasi kepada pembinaan mahasiswi di peringkat kampus.

    P- Peka Isu

    Dalam satu wawancara, seorang wartawan bertanya kepada Prof Dr Atan Long berhubung tujuan seorang pelajar belajar, beliau menjelaskan :
    “ .. membina perkembangan diri seorang individu supaya dia menjadi manusia yang mantap untuk bukan sahaja bagi faedah dirinya, malahan kepada masyarakat. Menjadi manusia mantap ini termasuklah dari segi fizikal, mental, kerohanian dan akademik.

    Ringkasnya, mahasiswa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Hubungan antara keduanya dijalinkan dengan isu-isu yang melanda saban waktu. Semakin banyak isu, semakin dekat mahasiswa dengan masyarakat. Namun, jika mahasiswa menyepikan diri dari membicarakan isu-isu ini, mahasiswa hanya akan tinggal nama sahaja !
    Generasi peka isu adalah generasi yang hidup mata,telinganya untuk keadaan ummah sekeliling diri beliau.

    Adalah besar harapan kepimpinan SIGMA untuk sama-sama kita menjiwai elemen ini.Justeru SIGMA mendokong hasrat untuk melahirkan mahasiswi yang peka isu, cakna sekitar dalam kehidupan sebagai mahasiswi dan anggota masyarakat Keprihatinan terhadap hal ehwal sekeliling dapat melatih mahasiswi untuk lebih proaktif, bertanggungjawab dan responsif dan sekaligus telah menerapkan elemen ‘jiwa rakyat’ dalam keperibadian mahasiswi.

    P- Public speaking

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah kepada Allah jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terlebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
    Kemahiran menyampaikan idea, menerangkan maklumat dan mempengaruhi pendengar antara elemen –elemen penting dalam tingkat public speaking. Kepimpinan SIGMA akan duduk semeja dengan kepimpinan muslimat kampus (lapisan yang paling hampir dan paling memahami mahasiswi kampus masing-masing) seluruh Malaysia untuk memikirkan methode-methode, melakukan siri-siri brainstorming tentang ‘tipping point’ program untuk membumikan lagi elemen ini kepada mahasiswi.

    Impian SIGMA, kita akan zahirkan icon-icon public speaking dan sampaikan ‘suara’ mereka di kampus dan juga peringkat nasional. Biar bergegar pentas mahasiswa dengan suara-suara mahasiswi memberikan pendapat,idea yang segar dan hujah-hujah ilmiah tanpa emosi,insyaALLAH.

    P- Public relation

    Dakwah Islam satu usaha yang mulia, keperluannya bagi manusia tidak boleh ditangguhkan–tangguhkan.Tetapi,usaha tersebut memerlukan satu tahap kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi.Dengan itu, dakwah perlu di atur
    dengan teliti dan dengan strategi yang baik.
    Bagi SIGMA, PUBLIC relation perlu disemai dan dibina pada peringkat awal pembinaan mahasiswi lagi. Mahasiswi di kampus lazimnya dikaitkan dengan golongan yang paling kurang bergaul dengan massa dan masyarakat.Oleh yang demikian, kepimpinan memandang, Public relation perlu diserap dalam pembinaan mahasiswi ssebagai persediaan mendepani masyarakat yang terdiri dari pelbagai karektor dan lapisan .

    Dari SIGMA kelapangan ummah

    SIGMA bersedia untuk membawa pendapat,pandangan mahasiswi dalam menyatakan pendirian terhadap isu-isu ummah dan sedikit keutamaan pada isu wanita. SIGMA akan tampil sebagai intelek muda yang mampu mengkritik, menyesali,dan seterusnya menerjah kebiasaan dengan member alternatif penyelesaian melalui idea-idea yang asli dan praktikal.

    SIGMA harapan memimpin generasi

    Sebenarnya angkatan Islam mengistiharkan saban waktu bahawa seseorang muslim itu mestilah menjadi pimpinan dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan. Dan seruan inilah yang SIGMA akan laungkan, sebarkan,sampaikan kepada semua mahasiswi.
    SIGMA positif dan serius untuk usaha-usaha pembinaan mata rantai pemimpin dan amilin yang professional.

    Seorang penyair pernah berkata , “ Ibu adalah madrasah. Bila engkau mempersiapkannya, maka engkau telah mempersiapkan bangsa yang mulia”.

    MUSLIMAT POWER!POWER!POWER!

    Thursday, July 30, 2009

    FA IQRA!!!

    Salam perjuangan!!!
    Setelah sekian lama, 'mengembara' dan berkelana menziarah rakan-rakan maya,akhirnya, jari ini terus menunaikan amanah yang sekian lama tertunda dek kerna aral-aral yang melintang tidak patah..(bukan memberi alasan,ye).

    Biarpun menyepi, tapi kotak fikiran ini tetap disumbat dengan bahan bacaan yang saya dapatkan di Pameran Buku sempena E-fest yang lepas.
    AlhamduliLLAH, saya sempat memiliki beberapa buah buku. Namun disini, saya hanya sertakan 2 buah daripadanya. Selebihnya buku berada di tangan sahabat-sahabat saya.

    Wanita Inspirasi Teladan, Mohd Radzali Masrum & Ahmad Hafizudden Mohd Shaarani-Pustaka Yamien, Kuala Lumpur 2009



    Buku ini menceritakan riwayat hidup 10 tokoh sahabaiah di zaman RasuluLLAH.Pembaca disajikan dengan penyampaian biografi tokoh bermula dari alam remaja,rumah tangga tanpa mengesampingkan episod-episod perjuangan seorang muslimah dalam menyebarkan Islam.Setelah membacanya, saya dapati banyak hikmah dan istifadah yang dapat diambil dan dikongsikan bersama.
    Kepada semua serikandi, kalau bukan kita yang petah berbicara tentang tokoh-tokoh ini, siapa lagi? Adalah memalukan jika kita mendengar kisah-kisah mujahidah mukminah ini dari lidah seorang muslim.
    Justeru, biar kita yang menguasai cerita,sejarah,hikayat agung ini. Kisah tentang wanita inspirasi teladan. Dan kita juga yang akan sampaikan kisah ini kepada semua muslimin dan ummah Islam disana. Sama-sama kita gegarkan dunia selesa serikandi dengan kisah-kisah perjuangan serikandi terdahulu. Selamat berjuang serikandi!!!

    GENERASI MUDA ISLAM & CABARAN GLOBALISASI,Dr.Abdullah Nasih Ulwan terjemahan Hasnan Kasnan - YAPIEM



    Dr Abdullah Nasih Ulwan berusaha menerangkan cabaran-cabaran penting yang dihadapi oleh golongan muda Islam beserta dalil-dalil yang membuktikannya. Penulis juga menyediakan jalan-jalan penyelesaian yang boleh diambil bila berhadapan dengan masalah-maalah tersebut.
    Buku ini, pada awalnya memang tidak menarik minat saya untuk membelinya, kerana sudah pudar dan kusam warnanya. Tapi bila dibelek isi kandungannya, hati berkenan dengan kematangan dan relevansi hujah penulis. Benarlah, 'don't judge the book by its cover' =)

    Seruan untuk semua serikandi, selamat perkasakan pembacaan!!!

    Friday, June 26, 2009

    Apakah 'SUCCESS' sebenarnya?

    APAKAH 'SUCCESS' SEBENARNYA??

    Everyone seems to strive to be ‘successful’ in life. We all look to apply the ‘Law of Attraction’ to gain ‘success’.
    But what is ‘success’? What makes you successful, and what makes you a ‘failure’?
    To answer this question, let’s first take a look at our world. Our societies are completely focused on our five senses of seeing, hearing, tasting, touching and smelling. Our five senses are constantly stimulated. They are enticed and exploited all the time.




    Sesetengah orang memandang, mempunyai handphone mahal, pakaian berjenama, laptop teringan atas muka bumi, purse Sentini,Bonia atau wallet Crocodile, mempunyai pengaruh dan jawatan besar - sebagai tanda success dan happiness..Itu pandangan sebahagian kita.What it illustrates is the relativity of ‘status’ and ‘success’. What one person would consider being dignified, could be considered by the next person as pathetic.

    Like I said, the trap is not with material objects themselves. These are just frequency patterns anyway. The problem comes when we see those objects as the ultimate goals and the very symbols of success that confirm whether we ‘made it’ in life or not.

    It is for this reason that many people look to others to confirm to themselves if they are ‘doing well’ or if they are ‘successful’. Bila kita tidak berjaya memiliki sepertimana tuntutan dan impian kita,sepertimana anggapan /persepsi orang kepada kita,we are often considered as a ‘failure’, and often consider yourself as such.

    So is this the kind of ‘success’ you are looking for?

    Apa respon anda, bila saya katakan ‘success’ ialah tentang ‘happiness’’?
    After all, why would you want a lot of money, or a big house, or a big car? Why would you want others to approve of you? In the end it all comes down to a desire for a sense of security and happiness, and being able to live life on your own terms. The quest ends when you’re happy and fulfilled.

    But when are you happy and fulfilled?

    Jangan kata saya salah,mungkin?Memang tidak salahnya apabila bila diri kita punyai wang banyak, ada pengaruh, ada nama dalam posisi. These are all thought fields and are just experience. The problem is that so many people get absorbed in pursuing the material ‘dream’ that they forget about why they are doing that in the first place.Kita memang mudah lupa pada niat dan focus asal, mudah tergelincir.. sekadar pandangan..



    John Harricharan who said this:
    “Most people are so busy trying to make a living, they forget to make a life.”
    He’s right. Most people are ‘human doings’ instead of ‘human beings’.


    TIPS MENDAPAT JIWA YANG TENANG :

    1)Membaca dan mendengarkan al-Quran

    Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah obat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan pikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tak nyenyak," kata orang tersebut.

    Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majelis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdi kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sesampainya di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya Al-quran dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Pikirannya segar kembali, hidupnya terasa bergairah kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah saw tersebut.

    2)Selalu berpikir positf


    Persepsi negatif hanya merosakkan diri.Jadi terus positif dan optimis pada setipa ketentuanNYA.Bukankah selepas kesusahan itu ada kemudahan?Setiap kita diberikan oleh Allah berbagai kelebihan. Change your mind (-ve >> +ve). Change!! Sebarkan senyuman..dan jiwa menjadi semangat kembali. =)

    My dear friends,
    A sense of security, self-esteem and ‘success’ is found within yourself, not outside.
    It is then that you will start to live life, instead of life living you.
    So what is ‘success’?

    Success, my friend, is what you define it to be.
    Now go manifest your success, whatever that is for you!




    AlhamduliLLAH..Saya sudah jumpa kebahagiaan saya. Kegembiraan saya..TERIMA KASIH YA ALLAH.. atas kurniaan nikmatMU..
    Maka terus hidup proaktif untuk akhirat yang cemerlang!!!

    Thursday, June 11, 2009

    UKHWAH FILLAH - SYAFAKALLAH

    Selasa,100609.

    {{Nabil tambah darah lagi}}

    Itu mesej yang aku terima dari sahabat sekuliyahku - Nur Saadah Marwan, BARB..
    Ayuh,kita bercakap tentang seorang mujahid - Nabil Marwan, CENFOS UIAM. Nabil.

    Nabil bin Marwan anak ketiga dari 8 orang.2 minggu lepas , Adik Nabil, dimasukkan ke C2 27,Hospital Teluk Intan, Perak kerana Anemia . Keadaan Nabil hari ini semakin pulih berbanding sebelum ini. AlhamduliLLAH.
    Tangan kiri dan kanan Nabil dah boleh digerakkan. Kaki kanan pun sama..
    Cuma untuk kaki kirinya, tidak boleh bergerak lagi. Setakat ini, rawatan fisoterapi sudah dibuat.

    Sesampainya kami disitu, kelihatan Pak Cik Marwan Kasikon sedang merenung ke luar 'isolation room'.Kehadiran kami disedari.Selepas memakai topeng hijau itu (merasa la sekejap memakai purdah =)), dengan lafaz BismiLLAH, kami bertiga masuk ke dalam bilik Nabil. Selepas meng 'introduced' diri dan rakan semusafir saya, saya mendekati katil Nabil lantas bertanya,"Nabil kenal kak tak?" . Nabil memusatkan pandangannya kepada suara saya. "Maaf,kak.Ana tak nampak.Tak jelas".. Masa itu, hati bercampur baur. Sedih,simpati, insaf,syukur dan pelbagai rasa lagi.SubhanaLLLAH.

    45 minit bersama Nabil terisi dengan suara, ketawa, senyuman Nabil. Terisi dengan celoteh kami bertiga. Terisi dengan gelagat Mudin- adik bongsu Nabil..Dalam 45 minit itu juga, terkesan dengan ketabahan seorang ibu, Puan Noridah Hashim. Pelbagai cerita,rasa, kisah hidup,keluhan, harapan dikongsi bersama Nabil.

    Nabil mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menziarahinya. Satu-satu nama yang menziarahinya disebut kepada kami.Antaranya Atikah, Shaufi,A.Lah,A.Fakhru dan lain-lain.

    Demikikan sedikit sebanyak kisah tentang musafir ukhwah fiLLAH saya.

    Disini, saya menyeru dan memohon kepada semua sahabat-sahabat untuk terus mendoakan adik Nabil kembali sembuh untuk meneruskan perancangan mendaulatkan Islam dan menyempurnakan tuntutan sebagai khalifah. SyafakaLLAH,dik.

    Di bawah, saya sertakan sedikit - basic tentang Anemia.




    Pengertian

    Anemia ialah suatu keadaan yang menggambarkan kadar hemoglobin atau jumlah eritrosit dalam darah kurang dari nilai standar (normal).

    Ukuran hemoglobin normal
    - Laki-laki sehat mempunyai Hb: 14 gram – 18 gram
    - Wanita sehat mempunyai Hb: 12 gram – 16 gram

    Tingkat pada anemia
    - Kadar Hb 10 gram – 8 gram disebut anemia ringan.
    - Kadar Hb 8 gram – 5 gram disebut anemia sedang.
    - Kadar Hb kurang dari 5 gram disebut anemia berat.

    Penyebab anemia umumnya adalah :
    - Kurang gizi (malnutrisi)
    - Kurang zat besi dalam diet.
    - Malabsorpsi
    - Kehilangan darah yang banyak: persalinan yang lalu, dan lain-lain.
    - Penyakit – penyakit kronik: TBC, Paru-paru, cacing usus, malaria, dan lain-lain.

    Teman semusafirku..


    Huda, driver KL-Teluk Intan


    Saya (driver dari main gate UIA-mahallah Aminah) dan huda memakai 'purdah'.

    Tiada dalam gambar - Munirah Ridzuan a.k.a Co.

    Akhiran, ukhwah fillah..
    AstaudiukumuLLAH..
    Seeru ala barakatiLLAH.

    Monday, June 8, 2009

    GAMIS saran wakil rakyat iktiraf suara anak muda kampus

    sumber :gamisdaily

    Keterbukaan MPPUIAM menjemput wakil PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan wakil UMNO, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berbincang dengan front utama kampus iaitu GAMIS, PRO-M, PKPIM dan GPMS sejurus tamat forum Global Economy Crisis di Auditorium Utama UIAM telah mencatatkan satu lagi sejarah baru dalam era politik kampus di UIAM. Walaupun hanya mengambil masa selama 15-20 minit, pertemuan tertutup tersebut yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden MPP, Saudara Sofiyussalam, telah membuka ruang kepada front liner mahasiswa untuk berkongsi pandangan masing-masing.

    Wakil Pro-M kampus, Saudara Faridzul telah menyatakan hasrat supaya Seksyen 15 AUKU dinilai semula kerana pemindaan akta tersebut baru-baru ini dilihat tidak lebih daripada memperbaharui komestik yang sedia ada. Hal ini disebabkan oleh kuasa untuk melarang mahasiswa untuk tidak terlibat dengan persatuan-persatuan yang difikirkan boleh mengancam negara masih di bawah kuasa Menteri terbabit. Manakala takrifan ancaman kepada negara pula masih kabur dan tidak jelas yang dibimbangi akan bias kepada gerakan yang kelihatan tidak sebulu dengan kerajaan. Tanpa menafikan kebebasan terkawal yang diberikan kepada mahasiswa, Pro-M turut berharap ia bukan sekadar teori semata-mata, tetapi idea tersebut perlu dibumikan sewajarnya supaya ia dapat dirasai oleh seluruh mahasiswa kampus.

    Wakil GAMIS kampus, Saudara Zaki pula telah menyatakan hasrat bahawa seharusnya anak muda di peringkat kampus diberikan kebebasan sewajarnya dalam memainkan peranan sebagai agen semak dan seimbang kondisi negara pada masa kini. Beliau menyatakan kegusaran bahawa pelbagai sekatan yang masih menghantui mahasiswa universiti boleh menyebabkan mereka menjadi kaku seterusnya hasrat kerajaan untuk mewarisi kepimpinan negara kepada golongan intelektual akan menjadi seperti melepaskan batuk di tangga. Beliau juga berpendapat bahawa di sebalik pengiktirafan massa kepada keintelektualan mahasiswa yang berada di kampus, sebenarnya mereka secara tidak langsung telah dipasifkan kualiti yang ada dengan pelbagai sekatan yang boleh merentap terus kekreativitian mereka. Anak-anak muda yang tidak berada di kampus pula sememangnya bebas bersuara dan memberikan pandangan, justeru, beliau melahirkan kebimbangan jika keadaan ini berterusan, produk-produk kelahiran universiti ini akan hanya menjadi ‘pemain simpanan’ dalam mencorakkan arah tuju negara pada satu hari nanti.

    Sementara wakil SIGMA GAMIS, Saudari Izzatie juga meminta supaya peranan anak muda kampus muslimat tidak dipandang sebelah mata. Kerajaan juga sewajarnya memberi tempat kepada golongan mahasiswi melengkapi lagi hala tuju terutama perkara yang berkaitan dengan hal ehwal wanita seterusnya mengiktiraf suara wanita untuk turut sama memikul tanggungjawab membawa negara mendepani cabaran arus semasa.

    Pertemuan yang berakhir pada pukul 1 pagi tersebut telah disepakati oleh front liner mahasiswa keseluruhannya yang berharap supaya pihak kerajaan mahupun pembangkang memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa menempatkan diri dalam mencorakkan suasana negara.

    Thursday, May 14, 2009

    SIREH PULANG KE GAGANG, PINANG PULANG KE TAMPUK..



    Pada entri kali ini,saya ada hati yang bersih untuk menyeru segenap lapisan masyarakat untuk kembali menoleh ke belakang sejenak, kembali merenung, berfikir, mengambil iktibar dari peradaban sirah Nabawi dan sejarah dunia..menoleh untuk amik iktibat, tidak salah saya kira..

    Sireh sangat sinonim dengan rakyat Melayu..begitu juga gandingannya, si buah pinang..Dari dulu, sireh dan pinang mempunyai nilai adat dan budaya di kalangan masyarakat Melayu.
    Apa yang menarik pada saya sekarang ini, mengambil kira dari sudut pandangan dari politik terutamanya, Melayu tidak layu lagi..tetapi masih dilema..malah makin parah saya kira..Tika PAS membawa PAS FOR ALL kepada ‘Malaysians’, kerajaan Najib melaungkan 1 Malaysia .Tika ini juga bergema takbir dan doa-doa penyokong Yb Ir Nizar memohon bantuan dan kekuatan untuk mempertahankan hak. Mereka itu majoritinya Melayu.Dan jangan lupa, ketika ini juga pihak musuh terus tersenyum nakal menyusun perancangan mereka yang penuh muslihat dan sangat kotor..dam mereka juga pasti ada yang orang Melayunya.Dan yang pasti, kekeliruan, pergaduhan, ketegangan ini berlaku sesama Melayu!!!
    …Dan disinilah maksud saya yang Melayu tidak lagi layu…malah semakin mekar.. Tahniah,orang Melayu!!!
    Cuma terkenang, zaman dahulu..paling hampir dengan kita…Melayu gah dengan ketuanannya. Berpencak dengan parang membalas serangan.Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, bukti yang Melayu ketika itu masih bersatu dan serumpun. Pada ketika itu, Melayu 1 jasad..Sakit paha kanan, paha kiri terasa juga. Tapi apakah realiti sekarang???
    Menjadi kesedihan penulis apabila melihat keadaan Melayu yang semakin menggila mekar tapi baunya sebusuk, malah busuk lagi dari bunga tahi ayam!!! Dimana maruah Melayu yang kaya dengan adat, kelembutan,adab dan tatasusila? Dimanakah hilangnya sendi-sendi tersebut???Tersangkut di Menara Berkembar Petronaskah? Atau tenggelam di dasar Empangan Bakun???

    Itu sejarah tentang 40 tahun yang lepas..kurang diambil iktibar oleh Melayu, Melayu Islam maksud saya..Dah,bagaimana pula dengan sirah 1400 tahun yang lepas??? Lagi lah tertutup kemas siap berhabuk lagi..
    Biar saya menjadi orang yang mengelap habuk itu..Hai orang Melayu sekalian!!!
    Ayuh kita telusuri sirah Nabawi yang penuh nilai &iktibar kepada kita..
    RasuluLLAH, dalam mentadbir Negara Islam Madinah, Baginda menguatkan terlebih dahulu tenaga manusia yang ada di Madinah..Baginda menta’akhi’kan kaum Ansar dan Muhajirin dengan rasional mereka di dalam 1 aqidah dan Tauhid..cukup sekadar itu..Indah dan harmoni tampaknya usaha ini.Kaum Ansar sanggup berkongsi segala-galanya bersama Golongan yang berhijrah dari Mekah ke Madinah itu.. Di situ lah kita katakan ukhwah Islamiyyah yang terpatri sesama mereka..Benda mustahil akan jadi mudah jika masing-masing berlapang dada, bertolak ansur..

    Apa cerita sekarang??
    Suka saya berkongsi,
    Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Barang siapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya ia tidak meninggalkan usaha mencari syurga dan lari dari neraka. Pertama, ia mengenal Allah lalu mentaati-Nya, kedua, ia mengenal syaitan lalu menderhakainya, ketiga, ia mengenal kebenaran lalu mengikutinya, keempat, ia mengenal yang batil lalu menjaga diri daripadanya, kelima, ia mengenal dunia lalu menolaknya, keenam, ia mengenal akhirat lalu mencarinya.”

    Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.
    "Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.
    Penulis menarik nafas lega..Masih ada pemimpin yang tahu kondisi rakyatnya sekarang..
    Seruan dari pemimpin– di tengah-tengah kekontangan kata-kata seruan dari PM kita,saya mencari sebenarnya kata-kata atau nasihat Ayahanda Najib, tapi tak jumpa..jadi, saya kira nasihat TGNA sangat relevan dan bersifat rawatan kepada kita..
    "Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya. Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah SWT sebagai premis kebahagiaan yang pertama. Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.

    Hah, Melayu..ingat tu, pesan Tok Guru.. Ambil iktibar.Biarpun semalaman sudah berlalu, paling kurang, seruan ini baru sehari berlalu..berbanding 40 tahun dan 1400 tahun yang lepas yang kalian telah sememangnya lupa..

    Seruan, kepada semua orang Melayu..kembali kepada asal kita..asal usul kita..Agama Islam..kembali kepada Islam..semua akan selamat.. Aslim Taslam..Sifirnya mudah..kita jaga Allah, Allah akan jaga kita..Sireh Pulang ke Gagang, Pinang Pulang ke Tampuk..Melayu pulang ke asalnya.

    Tetiba timbul di kotak pemikiran..Adakah Melayu mudah lupa????

    AKU JATUH CINTA ..(2)




    SAMBUNGAN...

    'Dia' bukan insan yang ada kehendak,yang ada kepentingan, yang ada nafsu, yang ada akal..

    Aku belum mampu untuk menyediakan ruang sebegini kepada manusia..aku perlu capai banyak cinta lagi..cinta untuk ‘si dia’,seorang muslim akan tiba,mungkin esok,lusa atau mungkin aku berjumpa cinta manusia ini ketika di Syurga nanti,aku redha..dan,penegasan. Cinta sebegitu bukan persoalan utama aku ketika ini..Dan yang pasti, aku yakin…di sana ada yang terbaik untukku..dari Tuhan yang Maha Memahamiku…

    ‘Dia’ ialah ..ilmu balaghah..ilmu yang menjadi pilihanku untuk sesi pengajianku pada semester ini..Subjek yang membuatkan aku sering menangis mengenangkan kejahilanku..
    Ini hanyalah setitis ilmu dari lautan ilmuNYA..subhanaLLAH…
    Madah ini membincangkan perihal segala seni-seni susunan,tertib,gaya Bahasa Al Quran yang juga menjadi salah satu mukjizat…sebenarnya, banyak lagi keistimewaannya,Cuma kami baru taaruf, jadi banyak benda yang belum sempat ku ketahui



    Jika sebelum ini, aku mampu mengkhatam Al Quran dalam tempoh yang singkat..Tapi
    selepas mengenali ‘dia’ , aku perlukan masa yang lebih lama..kerana mula memerhatikan, menghayati keindahan uslub,susunan,gaya bahasa Al Quran serta yang paling utama,tafsir makna yang penuh uslub balaghi dan asbab nuzul.. Setiap kali membaca Kalam Agung ini, air mata bagai empangan pecah..Jiwa penuh syukur dalam lesu terhenyak dalam kesalahan dan kerugian tidak mentadabbur Al Quran pada detik waktu dulu,masa-,masa yang lepas… sesuatu yang jauh dari kita mengikut kata-kata Imam Al Ghazali..

    Dalam hati berbisik, Ya Allah…sebelum aku mati, izinkan aku sempat ketawa,tersenyum, menangis,tersirap darah,bergetar hati tatkala berdepan dengan ayat dan kalamMU..Aku mohon, sempat merasai kemanisan,kelazatan dari pemerhatian,penaakulanku terhadap mukjizat teragung ini..Kurniakan aku nikmat ini ya Allah..Allahummarhamna bil Quran…

    'Dia' ialah Balaghah atau lebih sinonim dengan Rethoric in Al Quran dan Hadith..Dalam subjek ini, Allah pinjamkan kepada kami seorang Syeikh yang sangat pakar dan mahir dalam ilmu ulum Quran dan Balaghah ini.Beliau ialah Dr. Nasr El Din Ibrahim Ahmad Hussin . Berasal dari Khortum,Sudan. Pada aku, madah ini adalah 1 disiplin ilmu yang memberi kesan dan member tasji’ samada secara direct mahupun indirectly kepadaku..

    Terkenang nasihat Dr Nadwah,pensyarah Kuliyyah Bahasa Arab dan Sastera,UIAM kepadaku : Kalau nt nak kuasai Bahasa Arab ni,nt kena ada balaghah. Nt kena ada ilmu al- Maa’ni,al- Bayan dan al-Badi’..baru lukisan balaghah nt akan jadi cantik dan sempuna…

    Ya Allah..fasihkan lidahku, lapangkan dadaku,tenangkan fikiranku..moga ilmu yang bersifat ‘nur’ ini boleh menerobos jiwaku…terlekat kemas dalam dadaku..

    Mohon dengan ilmu Bahasa Arab yang aku ada mampu dijanakan untuk perjuangan Islam…sama-sama kita menyahut – terus disiplin dan adil dengan ilmu..lahirkan seramai mungkin ulama,academician,politician..Ulama yang profesional dan profesional yang Ulama'.

    Jom berbahasa arab!

    AKU JATUH CINTA.. (1)




    Kali pertama terdengar perbualan sahabat-sahabat tentang ‘dia’ aku terpesona..
    hati jadi berdebar-debar..ini rupanya arus cinta,mungkin..bagiku yang belum pernah merasainya

    Tentang ‘dia’, perbincanganku akan berkisar AlQuran dan Hadis..
    Hati mana yang tak terpaut jika segalanya disulami dengan ‘2 peninggalan Rasul SAW yang tidak akan menyesatkan umat Islam..’ KalamuLLAH dan KalamurRasul?

    Setiap kali kami bertemu, hati jadi sedih,gembira,mulut bertasbih tersangkut dan terpaut dengan keindahan ‘dia’
    SubhanaLLAH...AlhamduliLLAH..AllahuAkbar!!!

    Pertemuan kami selalunya setelah selesai dhuhaku…setelah selesai istikharahku…
    Diserikan dengan ceria mentari, kicauan riang burung-burung…Aku lebih bersemangat untuk melipatgandakan usaha untuk lebih mengenali ‘dia’..untuk lebih merapati ‘dia’
    Secara jadualnya, pertemuan kami dalam kelas cukup singkat..

    Tapi kesannya membekas di dalam hatiku..Hati kecil selalu tidak sabar menanti hari esok untuk bertemu ‘dia’..Hati besar berbisik penuh misi, aku kena kuasai ‘dia’..

    Soalan cepu emas- Siapa ‘dia’ tu kak???Akhirnya, sempat jugak laa kami makan nasi minyak kak naa..- perbualan aku dengan seorang junior.bila aku sebut tajuk entri ini kepadanya..
    AstaghfiruLLAH..

    BERSAMBUNG....

    من أنا ؟؟؟

    To my beloved sisters...

    Discover yourself, u know who you are..
    If there is thirst in you
    You'll find a raincloud round the corner
    Don't let anyone come in your way
    Your potential is endless like the sky
    You are the sun...radiate light..
    You are the river, don't you know?
    Flow on..fly high..
    You'll find your purpose where you find your happiness
    Look, the path to the skies is revealed
    And the little lost star
    Has been found again
    The world is awash in starlight
    The universe is a glitler
    You are free to soar unfettered.

    Adik-adikku, ana bangga dengan kalian!!!
    Muslimat , Power!Power!Power!

    Monday, April 13, 2009

    Dyslexia - Even Little Star Have It's Own Glitter..



    Disedut dari sebuah cerita yang dijadikan 'study case' dalam Education Programme, IIUM - Every child is special ; Taare Zameen Par.



    Ishaan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. Anak lincah ini bukan sahaja petah bercakap, tetapi juga mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.Ishaan ialah anak bongsu 2 adik beradiknya. Bapanya bekerja sebagai seorang business man dan ibunya pula seorang suri rumahtangga.

    Semakn membesar, berasa bimbang dan kadang-kala marah selau bertandang di hati ibu dan bapa Ishaan. Mereka tidak dapat memahami tingkah-laku, perangai dan cara Ishaan berfikir.



    Di sekolah-Dia sukar menghafal nama-nama abjad, mengingati nama-nama hari mengikut urutan dan menghafal puisi-puisi berirama. Selain dari itu, Ishaan juga mengalami kesukaran semasa menulis. Abjad-abjad yang ditulisnya tidak mengikut cara pembentukan abjad yang betul.



    Dia juga sering keliru di antara huruf 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'. Huruf-huruf 'z', 'j' dan 'g' juga sering ditulis terbalik. Dia masih belum dapat membaca dengan lancar. Bacaanya selalu mempunyai kesilapan dari segi sebutan, Dia juga sukar menyalin perkataan - perkataan yang ditulis oleh guru-gurunya di papan tulis. Dia juga lambat menyudahkan kerja sekolahnya.

    Tetapi dia sangat minat melukis,banyak member i idea-idea yang menarik

    semasa pelajaran lisan di sekolah.. Hasilnya, Ishaan sering gagal dalam peperiksaan..





    Persoalan..sampai bila keadaan begini akan berterusan..?? How can I help Ishaan?

    Mujur persoalan ini timbul dalam benak seorang guru..-Sir Nimkumbh.



    Dia membimbing Ishaan berdasarkan pengalaman dia sebelum ini sebagai pesakit Dyslexia. Perhatikan latihan yang diberikan kepada Ishaan. Latihan menulis angka 8..Dari angka 8 yang besar, Ishaan mampu menulis angka 8 dalam tulisan yang lebih kecil dan sebenarnya, ketika itu, Ishaan semakin pulih..



    Ishaan kembali mempunyai keyakinan diri..Sir Nimkumbh mendidik dia dengan baik sekali..Benar, kanak-kanak ibarat kain putih..Kita yang mencoraknya..



    Kesudahan jalan cerita ini, boleh penulis simpulkan sebagai -Happy Ending..Ishaan mungkin tidak sepintar kanak-kanak lain, tetapi, padanya ada anugerah hasil tangan yang memukau..

    Sir Nimkumbh mengambil peluang untuk gilap potensi yang ada pada Ishaan. Lukisan Ishaan telah mengalahkan peserta yang lain dalam pertandingan melukis.'Self Esteem', self confidence dan jatidiri Ishaan kembali terbina ketika dan selepas itu.



    Senyuman Ishaan, so special boy







    "Apa itu disleksia?"



    Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.



    Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:



    1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

    2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

    3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

    4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

    Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi



    5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

    6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan snediri tanpa memikirkan orang lain.

    7. Sering berlaku di kalangan lelaki.

    8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

    9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

    Membaca





    Menulis







    Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'. Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi "was".









    *Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.

    *Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.

    *Menulis dengan amat perlahan.





    Punca



    Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.



    Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.



    Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan.



    Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai 'malas', 'bebal', '*****', 'bengap', 'cuai', 'leka' dan sebagainya.



    Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar.







    Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.



    Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Singapura Encik Lee Kwan Yew, pembantu Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.



    Di saat sibuk menelaah nota-nota peperiksaan,penulis sangat teruja menulis tentang sindrom ini.Kenapa???



    1. Jiwa yang cenderung kepada kanak-kanak

    2. Salah satu sindrom yang semakin menyerang kanak-kanak.

    3. Sebagai lontaran awal kepada ibubapa dan pendidik untuk lebih lengkapkan diri dengan ilmu tentang sindrom ini.

    4. Perlunya kita menjadi seperti Sir Nimkumbh yang mempunyai minda yang positif dan hati yang gigih dalam mendepani segalanya.

    5. Mendepani setiap masalah dengan ilmu dan nilai.

    6. Every children is speacial.



    Taare zameen par- Every child is special..

    there have been such gems amongst us , who changed the course of word

    because they could look at the world differently, their thingking was unique

    and not everyone understood them,they were opposed,yet they emerged winners

    and the world was amazed..



    Sekadar perkongsian,Moga kita dirahmatiNYA...