Thursday, May 19, 2011
ON THE MOVE !!
Merenung diri ketika di alam kampus...suatu ketika dahulu.
Usrah Muslimat Gombak, sekitar awal 2010.
Speaker jemputan pada usrah gabungan kali ini ialah U.Nik Abduh b Nik Aziz.Beliau bercakap ttg Jihad, Hijrah dan pengorbanan..Menarik tajuknya..
Tetapi, ada perbezaan,pelajaran baru mungkin, untuk kami.Dan kami perlu raikannya.. (kami:muslimat UIAM yang hadiri usrah tu)..
Ya,kupasan sangat santai..Mesra..Sangat kurang soalan yang kritikal,provokasi ..Huraian Ustaz yang diberi sesuai dan sangat meraikan pendengar yang terdiri daripada pelbagai kelompok.Siswi,Bakal ibu,ibu bekerjaya,suri rumah tangga, nenek-nenek..Sesuai untuk semua lapisan umur.Mumtaz,Tamam!
subhanaLLAH, e2 sklill seorang daie..dan satu ketika ia juga cabaran buat seorang daie..
Pengerusi Usrah Gabungan hari itu, Ust Ridhwan Mat Nor sempat berpesan kepada siswi-siswi yang berderet di bahagian belakang dewan masjid; "Adik2 di kampus, kalau nak 'ngam' dengan makcik-makcik, masa nak bawak usrah nanti,nak handle meeting kawasan nanti, jangan cakap benda yang tinggi2,bahasa-bahasa bombastic ..kena hormat mereka..rai pandangan mereka."
Mendengar dan menggangguk.Sempat lagi mata saya mengerling ke arah Kak Uzaimah. Beliau siap angkat kening untuk saya...Gulp!Saya senyum tanda faham dan sedar :)
Sangat bersyukur sempat juga menghadiri usrah pada hari itu.Dan kesimpulan darinya,ialah dua perkara -
1)Hidup seorang mujahidah ini perlu kepada 'vitamin' iaitu USRAH.
2)Hidup seorang daie ini perlu kepada 'perisai' iaitu ILMU DAN USLUB.
Jadi, sahabat-sahabatku..bila berpijak di dunia luar kampus, diri semakin sedar..Masih byk yang kurang..baik ilmunya,kemahirannya,kreativitinya..Belum terlambat,terus sediakan jiwa yang bersedia untuk belajar, tingkatkan rasa ingin tahu,semangat membaca,pemerhati yang hidup dan pendengar aktif.
Kini,Mei 2011..saya di Kedah.
Menanti usrah seterusnya bersama Ustzh Mikiah, Ketua Muslimat Pokok
Sena,Kedah.insyaALLAH :)
"Ya Allah, ya Tuhanku. Tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat (Al Mu'minun :29)"
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Thursday, May 19, 2011 0 comments
Friday, April 29, 2011
SISIPAN SEMANGAT DARI BUMI SYAM
Mengenang permukiman indah di Bumi Syria sesuatu nikmat yang tak putus disyukuri.Ya, kini kaki ini berpijak di Bumi Malaysia, namun kehangatan Matahari dan kedinginan salji Bumi Syam masih terasa dan akan terus menjadi asbab untuk aku menjadi musafir ilmu.
Dalam kesedihan melalui hari-hari terakhir, hati semakin sayang untuk meninggalkan Bumi berkat ini. Persiapan mental dan jiwa paling uama ketika dalam zon ini.Duhai diri,perjuangan perlu diteruskan. Syria-Tanah yang pernah dikunjungi RasuluLLAH SAW suatu ketika dulu. Masyarakatnya yang sangat-sangat menghidupkan sunnah. Memberi salam ketika bertemu, bermanis muka, mendoakan kesejahteraan saudaranya, dan menzahirkan budaya berkasih sayang.Sungguh,tika ini, hati muda ini merindui Syam dan seisinya..
AlhamduliLLAH, kesempatan menjadi tetamu Syam taqriban 7 bulan, membuat hati muda ini telah dimiliki.Kekasih yang paling ideal untuknya. Al Quran dan Bahasa Arab menjadi kekasih hati ketika disana. Semakin hari, semakin mengenalinya.Semakin saying. Begitu rapat.Terasa benar, kemanisan mencintainya. Segalanya ahla. Namun, masih banyak usaha yang perlu dibuat untuk menjadi rafiq kepada 2 khazanah terulung Islam ini.
Al Quran dan Bahasa Arab
Anisah (Ustazah) Al Quran pernah berpesan, lazimilah Al Quran. Dari situ, kamu akan merasai kemanisan menjadi sahabatnya. Dengan melaziminya, kamu akan mudah untuk mendapat makhraj dan memberikan sifat huruf-hurufnya. Demikian itu,bacaan kamu menjadi semakin baik .Terus dengan, cuba menghafaz mukjizat ini secara perlahan-lahan. Anisah Muna, seawal 6 pagi, temu janji kita bermula.Menjadi anak didikanmu membuatkan diri ini terasa begitu kerdil dan insaf.Selalu benar, mata mengalirkan air mata yang memang cuba ditahan ketika aku di hadapanmu. Kesibukkan dengan keluarga,kerjaya dan tanggungjawab yang lain, tidak mematahkan semangatmu untuk mengajar Al Quran kepada mahasiswa Malaysia di sana. Tanpa bayaran.Hatta, hadiah pun susah untuk diterima.Kami diihtiram sebagai tetamu. Segelas minuman memang tersedia buat anak muridnya. Lampu terpasang cerah,kipas berputar megah.Sofa dan permaidani disusun indah. Dia tidak menagih lyra Suriyy (matawang Syria) anda. Segalanya hanya mengharap ganjaran dariNYA.Sebaik-baik Pengurnia.Hanya yang lazim disebut,
“Al Quran ini milik Allah. Maka syukuri kepadaNYA dan aku ikhlas mengajarmu, Ya Azizati” .Allah..Allah..
Menjadi thalibah ilm di Bumi Syam menjadikan kami 1 golongan sangat-sangat dirai. .Syariah,Dakwah,Usuluddin,Bahasa Arab antara kuliyyah yang menjadi pilihan mahasiswa kita di sana. Benarlah bahawa, Bumi Syria ini, bumi berkat. Pengalaman menjadi pelajar Kursus Bahasa Arab (lil ajanib) di Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro membuatkan aku semakin percaya bahawa, tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Menjadi sahabat kepada Turkistan,Turki,Perancis,Algeria, Somalia dan mereka semuaa,kebanyakkannya tiada asas langsung dalam Bahasa Arab. Tetapi berkat kesabaran diri,berkat kegigihan Anisah dan berkat Bumi Damsyiq itu, dalam tempoh yang singkat, mereka dapat menguasai Bahasa Arab itu sedikit demi sedikit. SubhanaLLAH..Benarlah, ‘kun fa yakun’…
To be continue,insyaALLAH
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Friday, April 29, 2011 0 comments
Thursday, April 7, 2011
PROSES SEBUAH KEHIDUPAN
MARATIB CINTA
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)
Kesimpulan, cinta manusia itu ada peringkatnya. Jadi sama-sama kita daki tetangga itu berhati-hati,ye :)
DIARI CINTA SEORANG MANUSIA
Bila bercakap soal jodoh,semuanya mempunyai impian masing-masing. Cantik, bergaya, bijak, manis senyumannya, kaya.Bagi jiwa muharrik pula, mengimpikan isteri yang mampu menjaga anak-anaknya ketika dia keluar berjuang, isteri yang memahami tanggungjawab dia sebagai seorang pejuang. Bagi muharrikah, mengimpikan suami yang murabbi sifatnya,suami yang menguatkan dia dalam perjuangan, suami yang bertolak ansur dan ringan tulang. Manusia,manusia…Letih!!
Jodoh,rezeki,ajal dan maut itu urusan Allah. Termaktub sejak azali lagi.Jodoh secara dasarnya dalam Islam,memiliki 1 formula dan prinsip - lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Namun,sesekali, mungkin diuji mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Permaisuri Asiyah yang Firaun adalah suaminya. WaLLAHUa'lam.
JODOH ITU URUSAN YANG PENUH MISTERI
Pada usia muda,perasaan mahu dikasihi, mahu perhatian, mahu teman berkongsi rasa begitu tinggi. Itu,gelora jiwa muda.Yang pasti,saya semakin melepasi zaman itu. Ya Allah,jauhkan lah kami dari perasaan sebegitu. Pimpinlah hati ini ke jalan yang Engkau redhai.
Berhati-hati dengan fitnah,angan-angan,cita-cita yang melangit dan bisikan syaitan. Setakat pengamatan, masalah ini sering mengganggu fokus,ghairah seorang penuntut ilmu,pemuda dan pemudi Islam dalam mengejar impian kehidupan sementara ini.
Akurlah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan pastinya merupakan perkara yang amat sukar sekali.Penulis menulis berdasarkan kata-kata nasihat yang ditadah dari ‘murabbiyah’ yang dihormati.
Jiwa yang muda itu, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal.Fisioterapi terbaik untuk hati sakit itu ialah mujahadah. Langkah-langkahnya ialah: Pertama- kenali kelemahan diri dan jauhinya.Kedua- memperbanyakkan ibadah kepada Allah.Memelihara ibadah wajib, menambah ibadah sunat. Ketiga- memohon supaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan bimbingan kepada kita.
Wahai hati, peluang hidup dan bernafas dalam usia muda,sihat anggota,segar minda ini,adalah anugerah.Gunakan ia sebaik yang mungkin.Sibukkan diri dengan ibadah,ilmu dan amal.Bumi Allah terlalu sarat dengan hikmah dan ilmu.Maka kutiplah selagi upaya :)
KISAH YANG MENUNTUT REDHA
Terkadang,kita mendengar kisah seorang lelaki akan dijodohkan dengan seorang wanita.Kedua-duanya baik dari segi agama,kesihatan,nasab,sekufu dan kewangan yang stabil.Tamam,kan? Namun, usaha menyatu mereka tidak berjaya.Kenapa?Mudah jawapannya, dan banyak kemungkinannya. Mungkin, belum masa yang sesuai untuk mereka mendirikan rumah tangga, mungkin ilmu rumah tangga mereka masih kurang,mungkin mereka belum bersedia..mungkin,mungkin,mungkin…dan biarlah dengan segala kemungkinan itu. Tapi pada saya, urusan jodoh itu terlalu misteri. Hanya Allah yang tahu.Jadi apa kata, serahkan pada Allah sahaja urusan ini ? :) Taqdir mengatasi tadbir.Berbalik pada kes tadi,saya menyimpulkan,mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula. Khair,insyaALLAH.Redha dan bahagia fiddarain,insyaALLAH.Tamat.
CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL
1 – Walidain
2- Saudara mara
3- Sahabat-sahabat
4- Perjuangan
5- Saudara seIslam
FOKUS CINTA SEORANG PEMBURU ILMU
1-Al Quran
2-Bahasa Arab
3-Ilmu yang mendekatkan diri kepada hakikat hamba yang Bertuhan.
Benarlah,proses kehidupan itu merumitkan bagi orang yang selalu memberatkannya.Asasnya, “Selepas kesusahan itu ada kesenangan. Dan sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu akan ada kemudahan” Surah Al-Insyirah : 5&6
Belajar untuk sentiasa optimis dan redha.Jom,teruskan hidup untuk akhirat yang cemerlang.
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Thursday, April 07, 2011 0 comments
Monday, March 28, 2011
KEMBALI
BismiLLAH..
Setelah hampir 9 bulan 'mengabaikan' Siraj-Islamie, penulis kembali..Kembali dengan semangat memberi yang baru.Blog ini dibina bukan atas desakan insani. Tapi atas kemahuan peribadi.Dengan hasrat untuk berkongsi rasa,cita dan cinta kepadaNYA
Ya Allah..Aku akan kembali padaMU Rabbi
Segala ketentuan ku pasrahkan di hujung penghayatan
Terus melangkah..hingga ke destinasi abadi - Syurga Firdausi
Terus mengalir...hingga ke laut - Menuju dan 'lemas' dalam lautan ilmu,amal dan istiqamah..
Teruskan hidup untuk akhirat yang cemerlang :)
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Monday, March 28, 2011 0 comments
Monday, July 19, 2010
SekULARisme
Situasi
Pendidikan – Mahasiswa dibentuk dan didoktrin dengan perlu memperoleh keputusan yang cemerlang setiap semester.Pelbagai biasiswa dan tajaan diberikan kepada mereka.Mahasiswa perlu ada nilai ilmu,intelektualisme,daya saing dan sebagainya.Seterusnya menjawat jawatan yang menjamin kehidupan dunia.Malangnya, satu aspek yang sering dipandang ringan oleh kita tentang pembinaan syaksiah dan peribadi Muslim dalam diri mahasiswa Muslim semestinya.Sangat kurang dititik beratkan.Penulis mengambil hikmah menulis ini berdasarkan pemerhatian rawak sepanjang berada di university satu ketika dulu.Budaya pergaulan bebas lelaki dan perempuan,keprihatinan terhadap isu ummah setempat mahupun antarabangsa masih di tahap yang mendukacitakan.
Ekonomi– Budaya riba dalam sistem ekonomi kita.Istilah saduran yang digunapakai dalam masyarakat kita sedikit sebanyak membantu kepada berkembang-biak budaya ini.Istilah ‘faedah’ ‘bunga’ yang digunakan membuatkan pengguna rasa selamat dengannya.Cuba di’asli’kan dengan makna sebenarnya iaitu- mudharat atau bahaya. Sudah tentu termenung panjang kita untuk membuat pinjaman sebagai contohnya
Punca dan biodatanya
Puncanya ialah sekularisme.Sistem jahiliyah.Kesan sekularisasi sangat jelas dalam bidang pendidikan negara.Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab menyerap elemen ini dalam susur galur [endidikan Tanah Melayu.Hasilnya,lahir Melayu suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Tulisan Jawi di anaktirikan.
Itu di bidang pendidikan.Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Melayu dilatu dengan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan.Begitu sekali i’tiqad iqtisadiyah kita.Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Harta diburu. Berkepuk-kepuk dikumpul.Kekayaan mengaburi mata dan melangkau senstiviti terhadap golongan yang lemah.Tindas menindas dan tipu menjadi amalan masyarakat. Jihad ekonomi Islam yang adil sangat telah sinonim dengan bait lagu Tan Sri P.Ramlee ‘Di mana kan ku cari ganti’.
Dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai.Buktinya merenung hikmah hijrahnya Rasul saw dalam mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan. Bagaimana anda memandang merdekanya Malaysia?Bagaimana sifat politik kita?Dengan jelas,saya katakana ianya ialah politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.
Kesan
Bahana ini menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu ‘ananniah’-individualistik, materialistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan,pangkat dan sebagainya.Pemahaman ini berjaya mengajar kita supaya pandai menjuzu’kan hidup mengikut citarasa tersendiri.Bukan berpandukan syariat.Fahaman Sekularisme memang amat berbahaya kepada akidah Muslim. Sedangkan hidup di dunia itu adalah semata bekalan kita untuk kehidupan akhirat.
Sekularisasi cukup alergik dengan elemen ruhiyah ,sufisme,ketuhanan, keagamaan kerana nescaya akan kalah sistem ini bila berdepan dengan kebenaran dan keadilan tersebut.Manusia yang berada dalam kepuknya akan menjadi manusia rakus dengan dunia,individualistic,meterialistik,tidak bermoral.
Jadi,siapa yang salah?Orang barat? Sistem ini? Pengamalnya?Atau yang menulis artikel ini?Bukan masa mencari pesalah.Lagipun,sudah terang-terang pesalahnya.Sediakan alternatif. Seruan kepada ‘economist muslim’,pimpin kami,masyarakat muslim. Ayuh,sama-sama kita bertaubat untuk segala kekurangan dan kelemahan kita di hadapanNYA
*Moga penggunaan dinar emas segera dikuatkuasakan
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Monday, July 19, 2010 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
إنما تجزون ماكنتم تعملون - التحريم :7
Jadi haruslah aku memujuk diri agar bersyukur dengan setiap detik travelog hamba ini..Wajiblah aku membentuk hati ini terus yakin dan beriman sepenuh hati denganNYA..La ilaha illaLLAH
Dalam travelog ini ada saat gembira,minit sedih dan jam bahagia dan mungkin sengsara..Dan dari pandangan luarnya,itulah jam kehidupan ..Sentiasa berputar menghasilkan masa tak yang tidak berulang…AstaghfiruLLAH
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Wednesday, July 14, 2010 0 comments
Sunday, June 20, 2010
KASIH TERPATRI :)
Walimah yang dirancang berjalan lancar,alhamduliLLAH..Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga menjadi ratib syukur seusai solatku sekarang.Persediaan untuk walimah banyaknya dikawal ayah :) ..Walimah yang tiada pereka dalaman,walimah yang tiada deejay yang bertugas,walimah yang sangat simple dan jimat..
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Sunday, June 20, 2010 0 comments