BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 20, 2009

Warkah untuk Bonda.. Selamat Hari Lahir,Mak..



Mak,
Terima kasih atas pengorbananmu..23 tahun yang lepas, dan sehingga saat ini, dikau terus tabah dan tanpa jemu melayan kerenahku, anakmu..

19 Mac 2009-Selamat Hari Lahir,Mak...
Moga terus sihat,panjang umur,murah rezeki,terus kuat semangat..Mohon halal segalanya,Mak..Mak,terus redhai segala kerjabuat K.Ngah na..
Terima kasih atas kepercayaan Mak kat K.Ngah selama ini..

Doakan kebahagiaan Kak,Cik Na,K.Ngah dan semua sahabat-sahabat kami na.. Berjaya di dunia dan akhirat,insyaALLAH
K.Ngah rasa terhormat dan sangat beruntung menerima kasih Mak di dunia ini..
Terimakasih sekali mak..



Ya Allah, seandainya ada kebaikkan yang aku lakukan di dunia ini, salurkan juga ganjaran itu kepada dua insan yang bermakna dalam hidup ini-Ayah dan Emakku..
Dalam sujud fardhu dan nawafil K.Ngah, kesejahteraan Mak dan Ayah terus menjadi ratib K.Ngah..
Dalam linangan air mata berpisah dengan kalian, sebenarnya terukir sebaris senyuman bangga kerana aku begini kerana aku ada kalian yang begitu…
Ayah dan mak jadikan K.Ngah seorang yang luar biasa..bukan pada kebiasaan yang ada..


Kullu am wa ummi bkhair..
Syukran ya Ummi, Puan Rodzeyah =)

0 comments: