BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 24, 2009

DAKWAH KREATIF

"Sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon lesen radio tetapi kerajaan pusat tak benarkan, jadi kalau ada blog saya boleh sampaikan segala-galanya kepada rakyat," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. -sumber: Harakah Daily.Net



Tahniah ditujukan khas buat ayahanda Tok Guru Nik Aziz yang sangat-sangat berjiwa besar dalam menyebarkan dakwah..

Benar dengan apa yang dimaksudkan -jadilah seperti air yang mengalir..

Jiwa mujahid tidak ada, malah tidak kenal erti putus asa..ibarat air yang sentiasa mengalir dan berusaha untuk terus mengalir..

Tidak disediakan kepada pendokong agama Allah permaidani merah di jalannya. Yang ada hanya sekatan, gangguan dan ugutan..

Namun begitu, berhati-hatilah dengan perwakilan Allah ini kerana mereka melihat dunia dengan matahati..bertindak dengan minda yang penuh strategi dan membuat keputusan dengan hati yang ada kebergantungan denganNYA..

Pada dasarnya, Islam harus disebarkan..Bagaimana?Itu pilhan dan terpulang kepada kekreatifan daie menilai keadaan semasa..

Tok Guru, sahabat-sahabat Bloggers, dan saya memilih 'blog' sebagai dakwah kreatif kami...

Anda bagaimana???

Saya yakin,anda juga ada keinginan untuk mencipta blog!Realitikan impian anda..Agar hari ini menjadi hari mula anda membuka akaun pahala untuk dihisab di Akhirat nanti..

Anda adalah apa yang anda usahakan.

1 comments:

Hafiz said...

Jom ke PELANCARAN BLOG TOK GURU di KB MALL pada 26 MAC 2009...