BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 24, 2009

LETAKKAN DUNIA DI TANGAN..BUKAN DI HATI..


Tahniah dan Takziah untuk semua YB's UIAM.
Ada antara mereka sahabat saya..Ada antara mereka junior saya..Ada antara mereka mad'u saya..
Kepada yang mengundi, tahniah..kalian pandai menghargai hak kebebasan suara kalian..Ambillah peluang ini selagi kita diberi peluang..Dan carilah peluang selagi ada ada ruang..Itu tindakan bijak,saya kira.
Kepada yang menguruskan operasi / proses pengundian - terimakasih dan syabas!Ada improvement dari sudut pengurusan election pada pandangan saya selaku 'orang veteran' di UIAM.
Kepada yang berkempen-tahniah dan saya benar-benar berharap agar nanti, kita sanggup 'all out' sedemikian rupa untuk mengisi kemenangan yang kita sama-sama usahakan ini. Memang mudah mencipta kemenangan..tapi sedar dan inzarlah bahawa kemenangan ini perlu pengisian..dan ANDALAH pengisinya.
Kepada yang tidak berpuas hati, terasa hati, terguris hati,sakit hati...berlapang dadalah..kerana demokrasi itu ciptaan manusia..sistem yang terhasil dari insan yang banyak kekurangan..sudah tentu, sukar untuk kita luputkan istilah 'kelemahan' di situasi ini.Cukup pastikan, dari pihak kita telus,adil,ikhlas dan rasional dalam strtegi dan perlaksanaan kita. Ayuh!!!Kita besarkan jiwa,bebaskan minda - Support our YB's.
Kepada pemimpin seluruh dunia- terus bersemangat,memahami dan gigih menjaga penjuru anda. Anda adalah apa yang anda percaya =)
Kepada semua pembaca, terus amik iktibar dan pengajaran dari Surah An Nasr- terus bertasbih, bertahmid dan beristighfarlah..
Hakikat kehidupan jundi - tidak kenal erti putus asa, hanya kenal erti ITQAN dalam berusaha.

Tahniah dan Takziah!

Wednesday, January 14, 2009

AINA MUSLIMUN ????

Ketika kita tenang membuka kelopak mata pada awal pagi, saudara kita di Ghazzah, pedih memutup mata selamanya..diantara mereka ada yang menemui syahid,di antara mereka ada yang menahan sakit..…
Mereka letih mengesat mata ..di antara mereka ada yang menangis..bukan mengenangkan nasib..tetapi memikirkan tentang hak..hak di Bumi Palestin,Bumi berkat..hak sebagai saudara kepada saudara Islam yang lain..saudara kita..

Semak,berkecamuk dalam pemikiran mereka…aina muslimun??? Di mana orang Islam yang lain??? Tidak tahukah mereka tentang nasib saudara mereka disini???
Dimanakah muslimun meletakkan Hadis RasulluLLAH yang membawa maksud ‘tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri..’

Hati semua orang memberontak..mengutuk keras Israel;imigran baru di tanah Palestin..orang yang muka tembok..tapi jadi ‘anak emas’ dunia..tak boleh diusik,suara dan tindakan ‘dia’ di’redhai’ oleh bapa dunia-Amerika LaknatuLLAH..

Palestinian, aku malu denganmu..aku hanya dapat menyisipkan doa untukmu..aku disini, akan teruskan perjuangan yang tertuntut atas pundakku..menjaga penjuruku..supaya tak ditembusi oleh anasir jahili, isme-isme dan cubaan-cubaan yang melambatkan tertegaknya khilafah Islamiyyah.

Kepada Palestiniyyun,peluang untuk kalian menjadi hawariyyun terbentang..
Kepada maliziyyun, kalian juga berpeluang..bagaimana?tanya iman, Tanya akal..think what SHOULD we do..

Sebenarnya, aku sedar yang insan memerlukanMU,Tuhan..
Aku juga sedar yang aku diperhatikanMU Tuhan..
Berikanku kesempatan untukku berbakti pada agamaKU, ya ALLAH..
Allahummansuril ISLAM wal muslimin..

Tuesday, December 30, 2008

TAHNIAH, TAKZIAH..

Buat pedoman sahabat2 seperjuangan terutamanya muslimat..
Bersama Ustazah Nuridah ketika ditaklifkan sebagai Ketua Muslimat dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-47.

Ketika ditanya, apakah ustazah sudah menjangkakan kemenangan ini? Jawab beliau, "Saya tenangkan diri, saya banyakkan zikrullah dari malam hingga di atas pentas, mulut saya tidak berhenti berzikir.

Apakah harapan ustazah ? “Saya hendak apabila saya pegang jawatan ini saya lebih rapat dengan Allah. Sebab Allah yang pegang hati kita," ujar Ustazah Nuridah.

Benar, dengan taklif yang kita miliki, sebenarnya dan sepatutnya akan menjadikan kita semakin hampir denganNYA.Kenapa? Dia Yang Maha Berkuasa. Dia Yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita.

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menerajui sesuatu,bakal menggalas amanah, bertenanglah,kalian pilihanNYA melalui persetujuan musyawarah.
Kuat dan terus yakin dan harap padaNYA. Allahu waliyyuna.HasbunaLLAH wa ni'mal wakil..

SAMA-SAMA KITA LAZIMI QUNUT NAZILAH!



Maksud doa:

"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka... Amin..."

Monday, November 3, 2008

Al Ulama' warasatul Anbiya'

Malaysiakini.com,Nov 3, 08 3:16pm
Elaun guru agama di S'gor dinaikkan ke RM1,000

Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurut Bernama, Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah, di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.

Abdul Khalid berkata sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, para guru SRA dan KAFA mungkin diberikan kemahiran yang lebih, seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan Jais dan kerajaan negeri.

......................

Dari saya, tahniah kerajaan Selangor! Usaha begini perlu diteladani oleh negeri-negeri yang lain.
Bukan isu berapa banyak yang diberikan sebagai insentif.Tetapi sejauh mana 'suasana' begini memberi impak pada aspek kemanusiaan dan kebajikan. Keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA)jelas menunjukkan sikap kerajaan Selangor yang cakna dan ambil berat terhadap perkembangan ilmu. Terutamanya ilmu agama Islam.
Jika dilihat dari sudut sejarah,Peradaban Eropah begitu pesat dan cepat membangun selepas zaman kegelapannya kerana adanya sokongan dan galakkan dari pihak Gereja kepada para penganutnya untuk menuntut ilmu, membuat kajian ilmiah tentang khazanah-khazanah ilmu orang Islam.
Di sini memberitakan kepada kita bahawa tahap sokongan dan perhatian dan prihatin kepada golongan yang memartabatkan ilmu perlu ditingkatkan kerana bukan semua orang boleh 'memberi' kerana tidak semua 'mempunyai'..Orang yang tidak mempunyai ilmu, tidak boleh memberi ilmu..

Persoalan yang ditimbulkan dalam Al Quran - Adakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui?

Bermakna, orang yang mengetahui (baca : ulama) mempunyai 'darjat, maqam' yang tinggi dalam hireaki susunan masyarakat kita.

Siapakah ulama? orang yang mengetahui,menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Tapi, di Malaysia, ulama sinonim dengan tok-tok imam, mufti-mufti, penasihat agama dsb. Seperti kalimah ini khusus dan terhad 'keanggotaanya'. Tetapi pada saya, ibubapa saya juga ulama'. Kenapa? kerana mereka mengajarkan saya ilmu kehidupan. Hanya sekadar pendapat.

Kenapa dikatakan ulama itu pewaris Anbiya? Kerana dari ulama' kita dapat segala yang pernah ditablighkan (disampaikan)oleh Anbiya terdahulu..

Sama-sama kita memuliakan ilmu,orang yang memberikan ilmu dan golongan seperti saya;golongan yang menuntut ilmu..

Terus semarakkan ruh - Ballighu 'anni walau ayat.

Sunday, November 2, 2008

Jadilah seperti kelip-kelip =)


Kenapa saya pilih untuk meng’iktibarkan’ kelip-kelip dalam entri saya kali ini?
Kerana :
Pertama - tertarik dengan kelip-kelip yang padanya ada cahaya.Cahayanya sangat indah.Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.
Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.
Kedua - cahaya yang ada pada kelip-kelip memberi arah dan sangat membantu kelip-kelip dalam pergerakan dan hidupnya (terbang).
Ketiga – tertarik juga dengan sekelompok kelip-kelip yang berterbangan. Di situ ada ‘kuasa’ cahaya. Kelompok kelip-kelip itu mampu memberi cahaya yang lebih kuat di kawasan yang dilewati, berbanding cahaya dari seekor kelip-kelip.
keempat, kelima dan keenam....seterusnya.(tak tersenarai hikmah kejadian kelip-kelip)
Praktikal
Langkah 1:Sediakan 2 balang kaca,6 ekor kelip-kelip.
Langkah 2 :Masukkan pada balang yang pertama hanya seekor kelip-kelip.Dan masukkan pada baling yang kedua,masukkan baki kelip-kelip yang ada.
Langkah 3:Lakukan eksperimen di waktu malam. Dan perhatikan, botol mana yang paling banyak cahaya yang dihasilkan? Saya yakin, anda pasti tahu jawapannya . =). Selamat mencuba!

..Kelip-kelip meneruskan ‘penerbanganan’, kehidupannya berpandukan cahaya yang dianugerahkan padanya..
Begitu juga kita..manusia,hamba,anak,mahasiswa dan sesiapa sahaja yang melafazkan kalimah syahadah..Al Quran dan Sunnah diberikan ,ditinggalkan, dibekalkan kepada kita sebagai ‘al-huda’ dalam kehidupan..Dari kedua-duanya kita akan terima pengajaran,nasihat,motivasi,petunjuk dalam kerjabuat harian.
Semakin subur kedua-dua ‘warisan’ ini dalam hati, kita menjadi semakin kuat.Kita semakin hebat.Kehidupan akan lebih berkat..
Dari individu muslim, kita mengikat hati kita dengan individu muslim yang lain..individu yang hidup hatinya..membina kekuatan sesama kita..membina kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan yang diwariskan oleh RasuluLLAH SAW kepada ummat akhir zaman.Dan tatkala itu,hati-hati kita akan bersatu,membentuk kekuatan yang luarbiasa! Sangat berrtenanga! Tenaga yang mampu menjanakan sistem Amar Ma’ruf Nahi Munkar . Seterusnya menjadikan kita khalifah yang ada kesedaran.

Kepada kelip-kelip, saya dan anda, teruskan bersyukur..gunakan segala ‘kuasa’,anugerahNYA kepada kita..Dan sentiasa cari peluang untuk cipta kekuatan dari anugerah yang dimiliki.

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.

*kepada adik-adik usrahku, terus ‘berkelip’ eh.. biar ‘botol’ kita bercahaya..=)

Sunday, October 26, 2008


Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "Hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan."
Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

Hadis di atas menerangkan kepada kita tentang nilai masa dalam kehidupan kita. Semakin hari, terasa semakin cepat masa berlalu.Benarlah, ‘Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.