Walimah yang dirancang berjalan lancar,alhamduliLLAH..Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga menjadi ratib syukur seusai solatku sekarang.Persediaan untuk walimah banyaknya dikawal ayah :) ..Walimah yang tiada pereka dalaman,walimah yang tiada deejay yang bertugas,walimah yang sangat simple dan jimat..
Sunday, June 20, 2010
KASIH TERPATRI :)
Walimah yang dirancang berjalan lancar,alhamduliLLAH..Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga menjadi ratib syukur seusai solatku sekarang.Persediaan untuk walimah banyaknya dikawal ayah :) ..Walimah yang tiada pereka dalaman,walimah yang tiada deejay yang bertugas,walimah yang sangat simple dan jimat..
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Sunday, June 20, 2010 0 comments
Tuesday, June 1, 2010
مبروك عليك يا أبي :)
Dikau inspirasiku menuju redha Ilahi
Untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat..Sedikit coretan hati dari ayah yang dinukilkan dan diabadikan dalam buku cenderamata pada Majlis Khatam Al Quran-Hj Abd Aziz bin Dun pada 31 Mei 2010 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1431H..
My father wrote :
Sekitar Majlis Khatam Quran Ayah tadi :
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, June 01, 2010 0 comments
Labels: My Family
Monday, May 3, 2010
DARI KAMPUS KE LAPANGAN UMMAH
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID
Pendahuluan
Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.
Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9 beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.
Pendirian GAMIS :
Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :
1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.
2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.
3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.
4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.
Penutup
GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.
Al-Fatihah....
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Monday, May 03, 2010 0 comments
Wednesday, April 7, 2010
SEUSAI ASAR ....

Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Wednesday, April 07, 2010 0 comments
Sunday, January 17, 2010
Ada apa dengan Politik Kampus?

Allah berfirman;
Merenung ayat di atas, bergetar jiwa.ngkatan pemuda akan dan memang akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, sehari demi sehari..Amanah dan tuntutan ummat semakin banyak dan berat. Bersediakan kita???

Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Sunday, January 17, 2010 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
SYUKURI NIKMAT AIR..
Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
- Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
- Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
- Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
- Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
- Gambar - Air yang telah di baca ayat Al Quran.

Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, December 22, 2009 0 comments
Monday, November 9, 2009
KITA BUKAN MUNAFIQUN !
PERKONGSIAN DENGAN SAHABAT-SAHABAT DUNIA AKHIRAT-
Melewati Isya’,hati ana mencari sesuatu..memerlukan sesuatu penawar..mencari pedoman,penyegar untuk langkah dalam perjuangan…baik ilmi ataupun haraki.
Membelek koleksii CD yang ada..Tajuknya Ancaman Fitnah, disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ya, orang kuat Pemuda PAS Kedah.
Ayat yang ditafsirkan dari surah At Taubah (48-52) , menceritakan tentang kisah pengunduran Abdullah bin Ubay bin Salul bersama 300 orang dari medan Tabuk. Masing-masing mempunyai alas an tersendiri. Antara koleksi alasan yang diberikan kepada RasuluLLAH SAW ialah bimbang dengan lemahnya iman dan kuatnya syahwat memberi fitnah kepada tentera Muslimin. Itu alas an yang diberikan Jad bin Qis,kelompok munafik ketika itu.Bimbang dirinya berzina dengan wanita Rom,pihak musuh Islam. Dia memberi helah ‘ baik’ untuk melepaskan diri dari berjuang bersama tentera muslimin.
Sahabat-sahabat, ayuh kita mengambil istifadah dari Surah At Taubah.
Golongan munafik, ibarat barah dalam struktur tenaga kerja muslimin. Ketika mana, sahabat-sahabat tengah membuat persiapan mental,emosi,dan fizikal untuk meninggalkan kampung halaman,keluarga tersayang dan kebun-kebun, golongan munafik ini sanggup mencetuskan kontroversi.Pengunduran dari medah perang dengan alas an yang kurang munasabahnya sedikit sebanyak menggugat keutuhan hati para sahabat ketika itu, sedikit sebanyak melemahkan hati sahabat-sahabat yang tinggal..masakan tidak, dengan keadaan tentera yang sedia ada pun tidak ramai, terpaksa menenangkan diri dengan berita pengunduran..bagaimana dengan kekuatan jentera,keupayaan menangkis serangan musuh?pelbagai persoalan pasti berlegar dalam hati muslimin..
Inilah huru-hara yang dibuat golongan munafik.inilah fitnah yang terbesar pernah munafiqun buat dalam sejarah Islam. Mereka mencelup pekerjaan,perbuatan mereka. Dihadapan Nabi mereka berlagak elok, beriman tp sebenarnya itu munafik.itu hanyalah saduran bukan asli,kesan tak kekal,iman tak zahir pada mereka.Golongan opportunist .Bersama Islam ketika mana Islam itu mudah perjalanannya. Bila tiba kesusahan, mula mencari helah untuk selamatkan diri biarpun maruah agama dan diri ternoda.Bahana munafiqun itu sepanjang zaman.Antara kisah yang sering diinzarkan kepada kita golongan munafik itu,hatinya tidak tenteram dengan kejayaan orang Islam.Peristiwa mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin menjadi episode manis dalam Bab Ukhwah fiLLAH..tetapi, dicemari dengan pelbagai khida’ dan tipu helah golongan munafiqun. Fakta kes yang lain, fitnah kepada Saydatina Aisyah yang turun dari kedup mencari rantai yang tertanggal, pulangnya Aisyah bersama Safwan difitnahnya mereka terhadap kesucian Ummul Mukminin, selain mereka membolak-balikkan urusan agama,perang. Yang Hak kepada Batil…menukar fakta kepada berita yang diubah ikut suka mereka.
Demikianlah gol munafik itu cuba menyembunyi rahsia perbuatan mereka dengan berdalih,sepanjang zaman gol munafik itu membuat helah untuk mengelak menolak membuat perintah Allah. Contoh semasa isu riba.Mereka menukar riba kepada faedah atau bunga. Riba –perkataan dan amalan yang disebut pengharamannya oleh Allah dalam At Tanzil.Tetapi mereka men ‘touch up’ , menyaduri istilah itu kepada ‘faedah / bunga’. Jadi,kita lebih mudah dan tenang mendengar istilah itu...sedangkan riba itu 1 penindasan,racun dalam diri manusia..riba itu bukan bunga /faedah tapi mudharat dan bahaya.
Masyarakat Islam sekarang diuji dengan fitnah terkronik iaitu hati lemah,pengecut..Guru jadi pengecut, budak-budak boleh main kuda kepang dalam kelas. Remaja semakin liar dan masa yang sama pihak berkuasa diam memerhati, ahli organisasi semakin naik kepada,hilang adab-adab,hilang kepercayaan kepada kepimpinan, tiada siapa yang berani menegur golongan ini. Apakah ini tanda kehancuran keizzahan yang dahulunya sinonim dan ekslusif untuk orang Islam dan yang memperjuangkan agamanya???
Sama-sama kita koreksi diri.Renung kembali adab-adab yang semakin pudar dan hilang dalam diri, Bina kembali nilai mukmin dalam diri. Bukan untuk mencari kemuliaan atau kebanggaan dalam hidup, tapi untuk Islam dan seisinya..
Kitalah yang memilih untuk menjadi kafir,munafik atau hidup dalam ‘radhiyatan mardhiyyah-kita redha denganNYA dan Dia juga redha dengan kita’…
Ana memohon maaf seandainya ada yang terasa difitnah oleh ana dahulu mahupun sekarang. Maaf sekali lagi.
Fikir-fikirkan..
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Monday, November 09, 2009 0 comments