BAHASA ARAB - ADA CLASS!
Bahasa Arab adalah antara bahasa yang terbesar penggunaannya dalam hieraki bahasa dunia.Ianya bersifat internasional. Bahasa yang menyatukan seluruh umat di dunia. Mengecilkan skop penulisan, saya ingin membicarakan tentang kedudukan Bahasa Arab di Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum dan budaya ini.
KEMUNCULAN PENGARUH BAHASA ARAB DI MALAYSIA
Pengajian Arab di Malaysia mula diterokai sejak zaman tokoh ilmuwan Islam silam seperti Hamzah Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel, iaitu pada abad ke-16 dan ke-17 lagi. Pada masa itu, ramai kalangan ulama silam menuntut ilmu di Timur Tengah, khususnya di Mekah dan Kaherah. Namun begitu, pembelajaran pada masa itu dilakukan secara tidak formal. Malahan, tiada sijil mahupun ijazah rasmi yang diberi.
Justeru, dengan kata lain, hampir 500 tahun Bahasa Arab sudah digunakan, khususnya dalam ibadat agama Islam, di Malaysia.
REALITI – SKEPTIKALNYA ‘MALAYSIAN’ TERHADAP BAHASA ARAB
Susah.
Itu pandangan majoriti rakyat Malaysia Muslim bila ditanya tentang Bahasa Arab.
Mereka seolah-olah lupa bahawa setiap hari mereka telah bertutur Bahasa Arab.
Dimana?
Di dalam solat anda,ayat Al Quran alunan anda, wirid anda,zikir anda. Kesemua itu dilafazkan dalam Bahasa Arab,bukan?
See,u can speak Arabic, rite?
Ya,kita mengakui, ianya hanya sekitar ibadah. Namun, kuasa perubahan ada di tangan anda. Dari ibadah kita bergerak bersama Bahasa Arab dalam hal-ehwal kehidupan seharian kita. Misalnya di rumah,di pejabat,di café – kita cuba bertutur Bahasa Arab.
REALITI YANG BOLEH DIISLAH
Kejayaan demi kejayaan terpampang dalam akhbar tentang keputusan PMR,SPM,STAM saban tahun. Pelajar – pelajar memperoleh keputusan semua ‘A’ dalam setiap mata pelajaran. Termasuk Bahasa Arab.
Namun,ada kebimbangan dan kekecewaan apabila penguasaan pelajar cemerlang itu hanya setakat mampu memahami,menulis dan membaca mata pelajaran Bahasa Arab. Bukan menututurkan Bahasa Arab.
TIPS UNTUK MEMPELAJARI BAHASA ASING
Dalam ilmu pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, latih tubi, amalan harian, persepsi, dan penghayatan amat diperlukan dalam memahirkan seseorang menguasai sesuatu bahasa. Sistem pembelajaran Bahasa Arab di Syria yang menawarkan kursus Bahasa Arab untuk bukan penuturnya, telah menetapkan modul-modul pengajaran yang sangat berkesan dan efektif.Penulis berpeluang mengikuti setiap siri kursus tersebut,tahun lepas. Berkesan, alhamduliLLAH.
Tentang modul-modul kursus,saya akan kongsikan dalam entri lain,insyaALLAH.
MERENTASI PETA MALAYSIA MENCARI KEDUDUKAN BAHASA ARAB
Membuat beberapa pengamatan ringkas terhadap kedudukan Bahasa Arab di Malaysia, saya masih kabur tentang kedudukan bahasa Syurga ini.Yang kerap dijumpai,Bahasa Arab di Malaysia hanya seputar soal ibadah. Masih di tahap itu. Bukan sebagai bahasa kedua. Namun, pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengklasifikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa asing yang diajar di sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Negeri (SAN), Bahasa Arab diwajibkan kepada para pelajar. Dalam konteks ini, ada kemungkinan Bahasa Arab boleh dianggap sebagai bahasa kedua.
DIMENSI BARU YANG PERLU DITUJU
Bahasa Arab di Malaysia seharusnya mengalami paradigma baru sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan serta menjadi bahasa pelancongan dan diplomatik. Dalam konteks globalisasi dunia sekarang, nilai ekonomi itulah yang dipandang tinggi.Bukan hanya untuk dikomersialkan, namun penguasaan menulis,membaca,mendengar dan menuturkan Bahasa Arab menjadi nilai tambah kepada kompetensi diri rakyat Malaysia.
LEBIH JAUH DARI ITU
Memiliki bahasa sesuatu kaum itu tidak akan merugikan kita.Tidak pernah .Untuk Bahasa Arab,bukan hanya semata-mata untuk dikomersialkan dalam bidang pekerjaan. Jauh lebih dari itu.Dengan memiliki Bahasa Arab kita akan memiliki dunia dan akhirat dalam suatu masa.
Serata dunia,masih banyak kitab turath yang belum kita tadah dan ambil manfaat darinya.Terlalu banyak makalah hammasah,ilmiah dari tokoh-tokoh ilmuan yang belum kita teliti. Tamadun Islam sangat kaya dengan hasil tinggalan.Sejumlah besarnya ditulis di dalam Bahasa Arab. Maka, siapa yang akan menelitinya,kalau bukan abnaul muslim?
Menyedari,terlalu banyak ruang yang perlu kita kepungi dari bolosan golongan yang mahu menjatuhkan Islam,umat Islam perlu menguasai Sains,perlu menguasai politik,perlu mahir dalam selok belok ekonomi.Namun,jadilah ahli ekonomi yang ada pedoman Bahasa Arab.Jadilah saintis yang mempunyai asas Bahasa Arab.Jadilah ahli politik yang mahir dengan balaghah dan liuk lintuk Bahasa Arab. Penulis menyeru kepada diri terutamanya,dan seluruh sidang pembaca supaya berazam untuk mendekati dan mengaplikasikan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian..A word a day..
AL QURAN MENJADI SAHABAT KARIB PENCINTA LUGHAH
Yang termudah untuk mendekati Bahasa Arab ialah menjadikan Al Quran yang mempunyai tafsir makna dalam Bahasa Melayu sebagai sahabat karib.
Anda akan lebih merasai kemanisan di dalam solat apabila anda memahami makna kalimah dalam ayat Al Quran yang anda baca.
Percayalah..
BINGKISAN NASIHAT BUAT PERINDU BAHASA ARAB
Bahasa ini milik Allah.Maka berusaha memiliki Bahasa Arab ini tidak mudah seandainya kita tidak meminta kepada pemiliknya.
Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.
Berdoalah kepada Allah supaya kita dapat mencicip kemanisan demi kemanisan bahasa ini.
Segala yang diusahakan dengan memohon bantuan dari Allah, akan dipermudahkan.
تعلموا العربية فإنها من دينكم
CATATAN KONGRES RAKYAT #2
9 years ago
0 comments:
Post a Comment