BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 19, 2010

SekULARisme

Situasi
Pendidikan – Mahasiswa dibentuk dan didoktrin dengan perlu memperoleh keputusan yang cemerlang setiap semester.Pelbagai biasiswa dan tajaan diberikan kepada mereka.Mahasiswa perlu ada nilai ilmu,intelektualisme,daya saing dan sebagainya.Seterusnya menjawat jawatan yang menjamin kehidupan dunia.Malangnya, satu aspek yang sering dipandang ringan oleh kita tentang pembinaan syaksiah dan peribadi Muslim dalam diri mahasiswa Muslim semestinya.Sangat kurang dititik beratkan.Penulis mengambil hikmah menulis ini berdasarkan pemerhatian rawak sepanjang berada di university satu ketika dulu.Budaya pergaulan bebas lelaki dan perempuan,keprihatinan terhadap isu ummah setempat mahupun antarabangsa masih di tahap yang mendukacitakan.
Ekonomi– Budaya riba dalam sistem ekonomi kita.Istilah saduran yang digunapakai dalam masyarakat kita sedikit sebanyak membantu kepada berkembang-biak budaya ini.Istilah ‘faedah’ ‘bunga’ yang digunakan membuatkan pengguna rasa selamat dengannya.Cuba di’asli’kan dengan makna sebenarnya iaitu- mudharat atau bahaya. Sudah tentu termenung panjang kita untuk membuat pinjaman sebagai contohnya

Punca dan biodatanya
Puncanya ialah sekularisme.Sistem jahiliyah.Kesan sekularisasi sangat jelas dalam bidang pendidikan negara.Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting  untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab menyerap elemen ini dalam susur galur [endidikan Tanah Melayu.Hasilnya,lahir Melayu suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Tulisan Jawi di anaktirikan.

Itu di bidang pendidikan.Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Melayu dilatu dengan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan.Begitu sekali i’tiqad iqtisadiyah kita.Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Harta diburu. Berkepuk-kepuk dikumpul.Kekayaan mengaburi mata dan melangkau senstiviti terhadap golongan yang lemah.Tindas menindas dan tipu menjadi amalan masyarakat. Jihad ekonomi Islam yang adil sangat telah sinonim dengan bait lagu Tan Sri P.Ramlee ‘Di mana kan ku cari ganti’.

Dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai.Buktinya merenung hikmah hijrahnya Rasul saw dalam mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan. Bagaimana anda memandang merdekanya Malaysia?Bagaimana sifat politik kita?Dengan jelas,saya katakana ianya ialah politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Kesan
Bahana ini menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu ‘ananniah’-individualistik, materialistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan,pangkat dan sebagainya.Pemahaman ini berjaya mengajar kita supaya pandai menjuzu’kan hidup mengikut citarasa tersendiri.Bukan berpandukan syariat.Fahaman Sekularisme memang amat berbahaya kepada akidah Muslim. Sedangkan hidup di dunia itu adalah semata bekalan kita untuk kehidupan akhirat.

Sekularisasi cukup alergik dengan elemen ruhiyah ,sufisme,ketuhanan, keagamaan kerana nescaya akan kalah sistem ini bila berdepan dengan kebenaran dan keadilan tersebut.Manusia yang berada dalam kepuknya akan menjadi manusia rakus dengan dunia,individualistic,meterialistik,tidak bermoral.

Jadi,siapa yang salah?Orang barat? Sistem ini? Pengamalnya?Atau yang menulis artikel ini?Bukan masa mencari pesalah.Lagipun,sudah terang-terang pesalahnya.Sediakan alternatif. Seruan kepada ‘economist muslim’,pimpin kami,masyarakat muslim. Ayuh,sama-sama kita bertaubat untuk segala kekurangan dan kelemahan kita di hadapanNYA

*Moga penggunaan dinar emas segera dikuatkuasakan

Wednesday, July 14, 2010

إنما تجزون ماكنتم تعملون - التحريم :7

BismiLLAH…
Ya Allah,ku panjatkan jutaan kesyukuran padaMU ya Allah..AlhamduliLLAH….
Dalam sendu dhaif mengenang kan QaharMU..
Gerun dan takutkan siksaMU..Ya Allah,betapa aku lemah mentadbir urusan diriku sendiri,Aku memerlukanMU Ya Allah..


Segala nikmat yang kau beri adalah hikmat kehidupanku..Beberapa ujian yang kau titipkan merupakan tanda kifarah untuk sejarah dosaku..NerakaMU tak tertanggung Ya Allah..A’uzubiLLAH min zalik..
Perancangan penuh taqwim hidup aku tidak akan terlaksana melainkan dengan izinMU Ya Allah..AllahuAkbar.

Maka kadang-kadang, aku dapat apa yang dihajati..Sesekali tertangguh lambat dan mungkin hanya tinggal harapan diri lemah ini..Dan padahal suatu hari nanti,ditunjukkan jelas hikmah setiap ketentuan dariNYA..SubhanaLLAH
Jadi haruslah aku memujuk diri agar bersyukur dengan setiap detik travelog hamba ini..Wajiblah aku membentuk hati ini terus yakin dan beriman sepenuh hati denganNYA..La ilaha illaLLAH
Dalam travelog ini ada saat gembira,minit sedih dan jam bahagia dan mungkin sengsara..Dan dari pandangan luarnya,itulah jam kehidupan ..Sentiasa berputar menghasilkan masa tak yang tidak berulang…AstaghfiruLLAH
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku...
Kepada walidain,maafkan diri lemah ini..
Kepada kakak dan adik,maafkan diri lemah ini..
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, maafkan diri lemah ini..
Kepada kamu,awak,nta,nti,dia..maafkan diri lemah ini..

Sunday, June 20, 2010

KASIH TERPATRI :)


بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في الخير  
7 Jun 2010

Selamat pengantin baru kepada kekanda sulungku ; Nur Zuriyatie Aziz dan suaminya Mohd Suhaimi Tajuddin. Beyt Muslim yang selamat dibina atas redha kedua ibu bapa dan semestinya mengundang redha Allah diharap berkekalan sampai syurga.
Sekarang baru merasa kasih sayang seorang abang..Baru merasa 'meriahnya suasana ada orang baru ni..

Walimah yang dirancang berjalan lancar,alhamduliLLAH..Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga menjadi ratib syukur seusai solatku sekarang.Persediaan untuk walimah banyaknya dikawal ayah :) ..Walimah yang tiada pereka dalaman,walimah yang tiada deejay yang bertugas,walimah yang sangat simple dan jimat..


Bilik - idea,tenaga dan maintenance sumenya hasil dari kejesama kami sekeluarga. Sweet..mungkin itu tamsilan kasih sayang dan ikhlas kami bersama..Kata orang,bila buat sesuatu dengan kasih sayang ni,benda biasa pun akan jadi luar biasa indanya :)

Hantaran - Ditempah sepenuhnya..Tak sempat nak wat sendiri.Sebab terlalu sibuk dengan tanggungjawab di kampung (menjaga tuk dan tuk wan yang kurang sihat,syafakumuLLAH)

Makanan - Teringat perbualan saya dengan ayah.." Ayah nak jaga makanan yang kita jamu kat orang ja.Bagi hat tu sedap,rumah kita hias biasa-biasa cukuplah.Kena jaga hati orang mai kenduri kita ni dan dapat pahala sebab jamu makanan yang terbaik kita mampu bagi" ... SubhanaLLAH..Ayah mengajar aku erti ihsan dan ithar kepada sesama saudara.Ayah;Seorang lelaki yang tidak pernah mendapat tarbiyah sistematik seperti diriku begitu lekas mempraktikkan tingkatan ukhwah tertinggi - ithar..Benarlah,ukhwah itu bukan perlu dibuat-buat, dipaksa bentuk dan bina..Tapi datangnya ruh ukhwah itu dari hati yang terikat kemas dengan Rabb..
Tetamu - 98% hadir,alhamduliLLAH..Ayah menjemput sekitar 1200 orang..Dengan berkat doa,hari yang sesuai dan mudah untuk dihadiri, walimah kak meriah dengan limpahan ikatan sillaturrahim dan mawaddah dari sanak saudara,jiran tetangga dan sahabat handai..

Akhirnya, sekadar mencoret peristiwa penting dalam kehidupanku..Tahniah,kak..Jadi isteri yang solehah,ya :) 
Doakan saya..Moga diberi kesempatan untuk menjadi isteri yang taat kepada Allah dan suami saya :) 

Tuesday, June 1, 2010

مبروك عليك يا أبي :)

مجليس ختم القرآن 
Tahniah,ayah.. :)
Semangat ayah buat Mak,Kak,Cik Na dan K.Ngah begitu teruja untuk mendalami Al Quran.Syukran,Ayah..
Dikau inspirasiku menuju redha Ilahi
Untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat..Sedikit coretan hati dari ayah yang dinukilkan dan diabadikan dalam buku cenderamata pada Majlis Khatam Al Quran-Hj Abd Aziz bin Dun pada 31 Mei 2010 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1431H..


My father wrote :



      
               Saya ulang mengaji Al-Quran dengan Al-Fadzil Ustaz Haji Tajul Arus bin Abd.Hamid bersama-sama dengan warga emas PKNK mulai  4/4/2009 iaitu selepas bersara wajib pada umur 56 tahun. 
     Selain mengaji di Dewan Orang Ramai PKNK pada hari sabtu hingga isnin (lepas waktu Asar),  saya juga turut hadir kelas pengajian Al-Quran dan tajwid yang diadakan sebelah pagi pada hari yang sama di rumah beliau di Jalan Datok Kumbar mulai jam 8.30  hingga 10.00 pagi.



     Alhamdullillah saya telah tamat Al-Quran 30 juzuk secara bertalaqqi dengan beliau pada 18/5/2010.



     Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Al-Fadzil Ustaz Haji Tajul Arus bin Abd.Hamid di atas segala ilmu pengetahuan, petua  dan tunjuk ajar yang telah diberikan.



     Akhir kalam saya berharap agar Al-fadzil Ustaz dapat menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya khasnya dan rakan-rakan lain amnya.



      Segala pengorbanan masa, tenaga sangat dihargai. Moga Al-Fadzil dan seisi keluarga berada  di bawah limpah rahmat &kasih sayang Allah sepanjang masa. Ameen. Ya Rabb.


Sekitar Majlis Khatam Quran Ayah tadi : 

Kakak dan adik saya :) 




 Di meja makan bersama Mak (kiri gambar) , Jiran-jiran, Kakak dan saya

Ayah bersama 'geng'nya..Kelihatan Tok Guru Quran- Ust Tajul Arus (berbaju oren) 

 Semasa majlis berlangsung (Tq,kak..jadi cameraman ;p)

Terkesan dengan doa yang dibaca oleh khalifah Majlis Khatam tadi..
Ya Allah,rahmatilah kami dengan Quran..
Sama-sama, kita tingkatkan 'taaruf'' kita dengan Al Quran. 
Kenal kita dengan 'dia' (baca :Al Quran) di dunia ini, insyaALLAH, 
'dia' pasti kenal kita dalam Kubur,dan destinasi abadi - Akhirat

Monday, May 3, 2010

DARI KAMPUS KE LAPANGAN UMMAH




KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID
 
Allahyarham Adik Aminulrasyid


Pendahuluan




Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9 beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Al-Fatihah....

Wednesday, April 7, 2010

SEUSAI ASAR ....


Salam Perjuangan kepada semua insane yang cintakan Islam..
Mohon maaf kerana terlalu lama tidak mengupdate Siraj-Islamie. Walaubagaimanapun, terimakasih kepada mereka yang menghantar ‘personal massages’ atau sebagai reminder kepada saya..Ya, saya akui -  dalam  road to be 'penulis' saya perlu membaca,membaca,membaca dan menulis..
Seusai asar tadi,hati makin kuat untuk menulis sesuatu..Perkara yang sebelum ini,hanya sekadar menjadi lintasan niat di hati tanpa ada pembuktian dalam perbuatan..AlhamduliLLAH...Hari ini,aku mulakan ia...iaitu MENULIS...
Sibuk
Persoalan yang sering ditanya kepada saya. Dalam hati ,tersenyum kelat.Dalam kotak minda terfikir, ape eh yang aku sibukkan..Jari-jemari kalut mengira segala meeting,program,brainstorming yang di pernah diikuti sepanjang minggu..Eh tak la banyak sangat pun..
Sihat
Persoalan yang semakin keliru untuk dijawab. Apakah kayu ukur kesihatan? Hmm, dunia sekarang segalanya mahu diukur, di saiz-saizkan..Kesihatan pada saya,satu yang subjektif. Hanya tuan badan yang mengetahui tahap kesihatannya.Pernah kita lihat,kan..pesakit-pesakit di hospital. Kelaziman,mereka ditempatkan disitu kerana sakit. Tetapi bila kita menziarahinya,dia menyambut kedatangan kita dengan wajah yang ceria,gembira dan redha. Jadi, pada saya, dia sihat. Dia mempunyai jiwa dan minda yang sihat.Itu juga nikmat,kan?Jika ditanya tentang kesihatan, dia akan menjawab; saya sihat. Sedangkan yang kita lihat wayar 2-3 kerat berselirat di badan,macamana pulak dia boleh kata sihat..
Hmm, itulah yang subjektifnya.Kesimpulan,dan ketahuilah bahawa menjaga kesihatan juga termasuk dalam qasad atau tujuan dalam Syariat kita. Hifz Nafs.. Jadi, kepada yang demam,sakit, headache dan sebagainya, tanggungjawab kalian untuk mencari penawarnya. Dan mungkin setiap orang mempunyai penawar yang berbeza.
Hati-hati yang merindui pertemuan denganNYA,
Seusai solat mohonlah kepadaNYA moga kita dikurniakan kekuatan..Dikurniakan kesabaran..Dikurniakan petunjuk dalam setiap keputusan kita.
Tentang sibuk,sihat,demam,relax dan sebagainya..Itu adalah episode dalam kehidupan.Setiap orang mendepani hari-harinya dengan ijtihad yang tersendiri. Yakin dan beranilah berijtihad. Selagimana Islam menjadi dasar dan prinsip, bergeraklah dengan penuh keyakinan..
Kepercayaan saya, ‘Buat yang terbaik, Allah e2 ADA’…In almost every field, being 1 percent better than you are now would put you at the top of your field..
Doa saya,moga kita terus ‘gila’ mengislah diri dan makhluk Allah yang lain.. 
Moga dengan usaha kecil ini memberi kesan kepada perkembangan masa depan Islam..
BaarakaLLAHUfikum...


Sunday, January 17, 2010

Ada apa dengan Politik Kampus?

 
Salam perjuangan kepada semua jentera Pro-Mahasiswa yang saya kira sudah bersedia untuk bertempur! Doa saya buat semua bala tentera ;Seeru ala barakatiLLAH…

Bila bercakap,mengkaji,membaca tentang politik kampus, kalimah – intikhabat,pilihanraya,election pasti menjadi antara perkataan yang selalu diulang..Tercetus di kepala saya, politik kampus hanya berkisar tentang pilihanraya sahajakah?

Jadi pagi ini, sebelum kesibukkan berkempen bermula, aku gagahkan tangan menaip dan berkongsi dengan kamu tentang politik kampus, sekadar pendapat.

Saya beriman bahawa politik merupakan satu cabang kehidupan manusia. Mengabaikan politik bermakna kucar-kacirlah kehidupan.Islam yang syumul menuntut kita mengurus kehidupan dengan strategi, perancangan dan bijak membaca masa deoan. Itu adalah elemen politik.Politik releven pada golongan mana?Persoalan yang keliru untuk dijawab oleh orang yang kecil jiwa dan play safe kehadirannya. Politik Islam menyentuh dan tertanggung ke atas semua mukallaf. Jadi, bukan persoalan escapism, alas an kuno yang perlu digemburkan sekarang. Sekarang masa untuk berkejaran memburu kebajikan, memberatkan kantung pahala. Bersedia??.



Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al-Kahfi:13)

Merenung ayat di atas, bergetar jiwa.ngkatan pemuda akan dan memang akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, sehari demi sehari..Amanah dan tuntutan ummat semakin banyak dan berat. Bersediakan kita???

Oleh itu sepatutnya kita berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia.

Wahai angkatan pemuda!

Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh jentera kita.Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126).

Pencinta kemenangan..

Bukan diri ini terlalu obsess untuk menang. Tapi, kerana yakin dan percaya dengan janjiNYA bahawa orang yang membantu agamaNYA akan sentiasa beroleh kemenangan, saya jadi begitu optimis untuk berdepan dengan PRK. Jadi, sahabat-sahabatku,buang segala sikap lama kita..Jika dahulu, kita kurang bersemangat, mahunya di cas kembali semangat dengan memperkasakan hubungan dengan NYA. Campur tanganNYA menjadi agenda wajib dalam hal ini. Sepanjang tempoh peperangan, jagalah hak dan tanggungjawab kita terhadap Allah. Dan jua tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa,anak,daie dan sebagainya. Berhikmahlah dalam menyusun aulawiyat kalian.Memang pahit, tetapi pada masa yang sama,akan ada rasa manis dan lazatnya juga.

Pencinta keadilan..

Apakah menangnya kita nanti, banyak perubahan yang mampu kita lakukan??? Usah terlalu berkira tentang hasil. Apa yang penting aialah usaha dan langkah permulaan yang disusun. Belajar melihat gambarajah politik kampus secara halus. Politik kampus ialah sebaik-baik cermin yang melakarkan imej dan susuk politik masa depan..Jadi jelaskan gambaran itu dengan identiti politik Islam..


Kita tiada teko Aladin, yang hanya dengan gosok, segalanya berubah mengikut kehendak dan impian.
Tapi kita ada tangan-tangan ajaib,jiwa-jiwa yang besar,kaki-kaki yang sedia memijak debu dan bara perjuanagn.mata-mata yang rela bersengkang untuk bantu gerakerja. Ya, memang golongan ini terlalu kecil..Tapi mereka ini ada kualitinya..Maka duhai perindu redha Allah, jadilah diri yang merasa terpanggil dengan segala seruan berjihad sepanjang PRK ini.Wajib merasa terpanggil, bukan sukarela..

Kita juga ada qudwah..
Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan ahli politik yang sangat well-planned dan strategist.Mengatur strategi-strategi pentadbiran baik dalam urusan keluarga, ummat dan Negara. Mempunyai visi dan misi kehidupan dan perutusan yang jelas membuatkan RasuluLLAH laju dan laju menerajui politik,ekonomi,ilmu,dakwah dan lain-lain mengikut kehendak Allah. Inilah benarnya, "Tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam."

Kepada soff junduLLAH, seeru ala barakatiLLAH..Tak menang,kita akan syaheed..insyaALLAH