Malaysiakini.com,Nov 3, 08 3:16pm
Elaun guru agama di S'gor dinaikkan ke RM1,000
Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menurut Bernama, Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah, di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.
Abdul Khalid berkata sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, para guru SRA dan KAFA mungkin diberikan kemahiran yang lebih, seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan Jais dan kerajaan negeri.
......................
Dari saya, tahniah kerajaan Selangor! Usaha begini perlu diteladani oleh negeri-negeri yang lain.
Bukan isu berapa banyak yang diberikan sebagai insentif.Tetapi sejauh mana 'suasana' begini memberi impak pada aspek kemanusiaan dan kebajikan. Keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA)jelas menunjukkan sikap kerajaan Selangor yang cakna dan ambil berat terhadap perkembangan ilmu. Terutamanya ilmu agama Islam.
Jika dilihat dari sudut sejarah,Peradaban Eropah begitu pesat dan cepat membangun selepas zaman kegelapannya kerana adanya sokongan dan galakkan dari pihak Gereja kepada para penganutnya untuk menuntut ilmu, membuat kajian ilmiah tentang khazanah-khazanah ilmu orang Islam.
Di sini memberitakan kepada kita bahawa tahap sokongan dan perhatian dan prihatin kepada golongan yang memartabatkan ilmu perlu ditingkatkan kerana bukan semua orang boleh 'memberi' kerana tidak semua 'mempunyai'..Orang yang tidak mempunyai ilmu, tidak boleh memberi ilmu..
Persoalan yang ditimbulkan dalam Al Quran - Adakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui?
Bermakna, orang yang mengetahui (baca : ulama) mempunyai 'darjat, maqam' yang tinggi dalam hireaki susunan masyarakat kita.
Siapakah ulama? orang yang mengetahui,menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Tapi, di Malaysia, ulama sinonim dengan tok-tok imam, mufti-mufti, penasihat agama dsb. Seperti kalimah ini khusus dan terhad 'keanggotaanya'. Tetapi pada saya, ibubapa saya juga ulama'. Kenapa? kerana mereka mengajarkan saya ilmu kehidupan. Hanya sekadar pendapat.
Kenapa dikatakan ulama itu pewaris Anbiya? Kerana dari ulama' kita dapat segala yang pernah ditablighkan (disampaikan)oleh Anbiya terdahulu..
Sama-sama kita memuliakan ilmu,orang yang memberikan ilmu dan golongan seperti saya;golongan yang menuntut ilmu..
Terus semarakkan ruh - Ballighu 'anni walau ayat.
Monday, November 3, 2008
Al Ulama' warasatul Anbiya'
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Monday, November 03, 2008 0 comments
Sunday, November 2, 2008
Jadilah seperti kelip-kelip =)
Kenapa saya pilih untuk meng’iktibarkan’ kelip-kelip dalam entri saya kali ini?
Kerana :
Pertama - tertarik dengan kelip-kelip yang padanya ada cahaya.Cahayanya sangat indah.Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.
Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.
Kedua - cahaya yang ada pada kelip-kelip memberi arah dan sangat membantu kelip-kelip dalam pergerakan dan hidupnya (terbang).
Ketiga – tertarik juga dengan sekelompok kelip-kelip yang berterbangan. Di situ ada ‘kuasa’ cahaya. Kelompok kelip-kelip itu mampu memberi cahaya yang lebih kuat di kawasan yang dilewati, berbanding cahaya dari seekor kelip-kelip.
keempat, kelima dan keenam....seterusnya.(tak tersenarai hikmah kejadian kelip-kelip)
Praktikal –
Langkah 1:Sediakan 2 balang kaca,6 ekor kelip-kelip.
Langkah 2 :Masukkan pada balang yang pertama hanya seekor kelip-kelip.Dan masukkan pada baling yang kedua,masukkan baki kelip-kelip yang ada.
Langkah 3:Lakukan eksperimen di waktu malam. Dan perhatikan, botol mana yang paling banyak cahaya yang dihasilkan? Saya yakin, anda pasti tahu jawapannya . =). Selamat mencuba!
..Kelip-kelip meneruskan ‘penerbanganan’, kehidupannya berpandukan cahaya yang dianugerahkan padanya..
Begitu juga kita..manusia,hamba,anak,mahasiswa dan sesiapa sahaja yang melafazkan kalimah syahadah..Al Quran dan Sunnah diberikan ,ditinggalkan, dibekalkan kepada kita sebagai ‘al-huda’ dalam kehidupan..Dari kedua-duanya kita akan terima pengajaran,nasihat,motivasi,petunjuk dalam kerjabuat harian.
Semakin subur kedua-dua ‘warisan’ ini dalam hati, kita menjadi semakin kuat.Kita semakin hebat.Kehidupan akan lebih berkat..
Dari individu muslim, kita mengikat hati kita dengan individu muslim yang lain..individu yang hidup hatinya..membina kekuatan sesama kita..membina kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan yang diwariskan oleh RasuluLLAH SAW kepada ummat akhir zaman.Dan tatkala itu,hati-hati kita akan bersatu,membentuk kekuatan yang luarbiasa! Sangat berrtenanga! Tenaga yang mampu menjanakan sistem Amar Ma’ruf Nahi Munkar . Seterusnya menjadikan kita khalifah yang ada kesedaran.
Kepada kelip-kelip, saya dan anda, teruskan bersyukur..gunakan segala ‘kuasa’,anugerahNYA kepada kita..Dan sentiasa cari peluang untuk cipta kekuatan dari anugerah yang dimiliki.
Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.
*kepada adik-adik usrahku, terus ‘berkelip’ eh.. biar ‘botol’ kita bercahaya..=)
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Sunday, November 02, 2008 1 comments