Insan teragung, Muhammad RasuluLLAH SAW...
Sedikit perkongsian tentang ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :
i) “Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”
Pernah satu ketika, sedang RasuluLLAH SAW berkumpul di dalam 1 majlis dengan sahabat-sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah RasuluLLAH. Bila ditanyakan oleH Saidina Abu Bakar, Baginda menyatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanyakan RasuluLLAH, bukankah kami ini ikhwanmu? RasuluLLAH menjawab; tidak, kamu semua adalah sahabatku..Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganKu dan sangat mencintaiku..Aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka..KITAKAH IKHWAN ITU???
Muhasabahlah..andai kita tidak pernah titiskan air mata kerinduan kepada RasuluLLAH,koreksi dan hitunglah dirimu..
Salam muhasabah dan salam Maulidurrasul..
Terus dalam kemanisan berselawat kepada Baginda Rasul...
Dengar-dengarlah umat Islam semua
Khabaran dari RasuluLLAH tercinta sebagai panduan untuk kita semua
Membawa ajaran dari kitab Al Quran sebagai teladan kita sepanjang zaman..
Ya RasuluLLAH, aku juga rindukanMu...
Tuesday, March 10, 2009
SALAM MAULIDURRASUL,TEMAN
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, March 10, 2009 0 comments
Thursday, February 26, 2009
MAARUF CLUB MEMIMPIN UMMAH..
24 Februari 2009, 9 malam, Main Audi UIAM- Manyaksikan perbincanga ilmiah dan siyasah bergema secara harmoni.Perbincangan yang berlangsung dari pelbagai angle..PAS, UMNO NGO dan ahli akademik.
.
Pelbagai skop dan isu dibincangkan.. Isu PPSMI,Perak-institusi Diraja, senario politik, AUKU. Segalanya dikupas dengan matang oleh panelis.
Antara yang menarik untuk saya ketengahkan ialah tentang persoalan Saudara Hafiz Bad, Vice Pres Maaruf Club 06-07.
>> Antara ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat mana yang penting?<<
Kupasan -kupasan yang menarik diberikan kepada kami, sidang hadirin Main Audi.
Profesor Madya Dr. Abu Hasan, ahli akademik dari Universiti Malaya - mengatakan ketuanan Melayu lebih penting dari ketuanan rakyat. Beliau membawa riwayat Sultan Mahmud sebagai hujah yang perjuangan Melayu, perjuangan yang berdaulat.
Kemudian sidang dewan dihangatkan dengan jawapan dari YB Dr Hassan Ali yang tegas dan bergaya mengatakan pandangan beliau.Beliau memilih ketuanan Islam sebagai fokus yang perlu diutamakan.
Masa teras begitu cepat..
Hujah-hujah yang dilontarkan berjaya dicanai secara rata tanpa menimbulkan suasana bias politik dalam diskusi.Saya yakin dan percaya, mulai semalam,mahasiswa UIAM sudah dapat menilai dan membuat keputusan undi untuk pilihanraya ke 13 nanti. Sama-sama kita berubah dari senario 'politic of fear' kepada 'politic of hope'.
Pesanan kepada semua yang menjadi pemimpin, setiap tindakan,buah fikiran menjadi symbol of responsibilty towards ummah. Kalian yang membina tamadun ilmu,adab dan Islam itu dalam masyarakat.
Seruan kepada mahasiswa...
Terus budayakan suasana fikir..
Fkir secara kritis,konstruktif dan idealis terpimpin..
Fikir tentang survival...
Survival Islam, Melayu..
Kuasa survival ada pada tangan anda!
Kuasa perubahan ada pada tanganmu..
Moga segala kerjabuat kita dalam redhaNYA...
Kepada Maaruf Club- terus mengungguli dakwah dan memimpin ummah!!!
Seeru a'la barakatiLLAH.
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Thursday, February 26, 2009 5 comments
Tuesday, February 17, 2009
KERANA KITA PERLUKANNYA..
“Hai Nabi, gelorakanlah semangat para mukmin untuk berjuang. Jika ada dua puluh orang yang sabar dikalangan kalian, nescaya dapat mengalahkan dua ratus musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, nescaya dapat mengalahkan seribu orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.*Sekarang Allah telah meringankan kepadamudan mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar nescaya dapat mengalahkan dua ratus orang ; jika ada diantaramu seribu orang yang sabar (yang sabar) nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”. Al Anfal : 65-66
Ayat di atas membincangkan tentang 2 aspek yang sering menjadi ‘concern’ dalam gerakerja kita.. 2 aspek tersebut ialah –kualiti dan kuantiti.
Ayat diatas menekankan sabar sebagai kualiti yang perlu tentera Muslim miliki tanpa mengesampingkan, kuantiti iaitu jumlah pasukan yang ramai akan dapat mengalahkan musuh.
Menyorot sejarah muktabar kita, Sirah Nabawi menukilkan bahawa Perang Badar, jumlah muslimin hanyalah 313 orang tentera dan pihak muslimin telah berjaya mengalahkan pasukan musuh yang terdiri dari 1000. Pada lembaran yang lain, perang Hunain menyaksikan jumlah muslimin 12000 mendepani musuh yang sekali ganda lebih ramai-30000.Tidak lupa pada perang di Damsyik, (Damaskus) 24000 jundullah mengalahkan 180000 kuffar Romawi.
Renungan dan perhatian- sangat ajaib,kan?bagaimana jumlah yang kecil dapat mengalahkan jumlah yang besar?
Pada saya, itu yang dikatakan tentang kualiti. Sof tentera muslimin pada suatu ketika dulu, mempunyai kualiti dalam keperibadian sehingga membolehkan mereka memiliki kewibawaan dalam kehidupan. Itu hasil tarbiyah Nabi.
Bagaimana dengan kita? Adakah kita cukup bersedia dengan kualiti dan kuantiti jundi,daie yang kompeten untuk menangkis dan mematahkan segala ghazwul fikri, isme-isme yang makin hebat menular dan menyerang madu kita? Sedarlah bahawa umat Islam tidak diserang secara perang fizikal pada dasawarsa mutakhir ini, tetapi golongan kuffar menyerang kita secara diam,halus dan malangnya, tidak ramai yang sedar atas pencabulan ini.Minda, pemikiran kita dijajah, dibentuk, didoktrin sesuai dengan kehendak mereka.
Pada saya,(dengan meyakini bahawa pembaca juga turut setuju dengan saya), hanya institusi usrah menjadi penyelesaian terbaik untuk membina kualiti dan kuantiti seseorang. Sekali lagi,kuantiti dan kualiti dibangkitkan.Isu global yang acapkali menjadi perbincangan tak kunjung sudah dalam diskusi tarbiyah.
Usrah adalah wadah untuk mencetak jundi..mencetak in waiting leaders..usrah adalah wacana ilmiah yang paling berkesan, usrah adalah tempat kita berkongsi segalanya, usrah adalah tempat terbaik untuk membina team work dan membins team building.Usrah adalah dahan yang paling kuat dalam susuk pohon tarbiyah.
Abdurrahman Al Bani mengambil empat unsur terpenting dalam saol tarbiyah-pendidikan.
1- Menjaga dan memelihara sasaran
2- Mengembangkan bakat dan potensi sasaran
3- Menggilap dan memaksimumkan potensi sasaran kea rah kebaikkan dan kesempurnaan
4- Segalanya dilakukan secara bertahap dan konsisten
Semua itu adalah elemen usrah.
Kepada seluruh penggerak usrah, bersabarlah dengan segala ‘short comings’ yang berlaku dalam usaha kalian.Itu adalah tarbiyah untuk kita kerana dalam mentarbiyah, kita juga turut ditarbiyah sebenarnya.
Perkasakan institusi usrah!!Dari situ, ukhwah,qeemah dan izzah seorang Muslim akan tersemai!
Kepada adik-adik usrahku, sama-sama kita berjiwa besar, sama-sama kita mencabar diri untuk meletakkan diri ke tempat yang lebih baik dan disayangiNYA. Seeru ala barakatiLLAH.
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, February 17, 2009 1 comments
Saturday, January 24, 2009
LETAKKAN DUNIA DI TANGAN..BUKAN DI HATI..
Tahniah dan Takziah untuk semua YB's UIAM.
Ada antara mereka sahabat saya..Ada antara mereka junior saya..Ada antara mereka mad'u saya..
Kepada yang mengundi, tahniah..kalian pandai menghargai hak kebebasan suara kalian..Ambillah peluang ini selagi kita diberi peluang..Dan carilah peluang selagi ada ada ruang..Itu tindakan bijak,saya kira.
Kepada yang menguruskan operasi / proses pengundian - terimakasih dan syabas!Ada improvement dari sudut pengurusan election pada pandangan saya selaku 'orang veteran' di UIAM.
Kepada yang berkempen-tahniah dan saya benar-benar berharap agar nanti, kita sanggup 'all out' sedemikian rupa untuk mengisi kemenangan yang kita sama-sama usahakan ini. Memang mudah mencipta kemenangan..tapi sedar dan inzarlah bahawa kemenangan ini perlu pengisian..dan ANDALAH pengisinya.
Kepada yang tidak berpuas hati, terasa hati, terguris hati,sakit hati...berlapang dadalah..kerana demokrasi itu ciptaan manusia..sistem yang terhasil dari insan yang banyak kekurangan..sudah tentu, sukar untuk kita luputkan istilah 'kelemahan' di situasi ini.Cukup pastikan, dari pihak kita telus,adil,ikhlas dan rasional dalam strtegi dan perlaksanaan kita. Ayuh!!!Kita besarkan jiwa,bebaskan minda - Support our YB's.
Kepada pemimpin seluruh dunia- terus bersemangat,memahami dan gigih menjaga penjuru anda. Anda adalah apa yang anda percaya =)
Kepada semua pembaca, terus amik iktibar dan pengajaran dari Surah An Nasr- terus bertasbih, bertahmid dan beristighfarlah..
Hakikat kehidupan jundi - tidak kenal erti putus asa, hanya kenal erti ITQAN dalam berusaha.
Tahniah dan Takziah!
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Saturday, January 24, 2009 4 comments
Wednesday, January 14, 2009
AINA MUSLIMUN ????
Ketika kita tenang membuka kelopak mata pada awal pagi, saudara kita di Ghazzah, pedih memutup mata selamanya..diantara mereka ada yang menemui syahid,di antara mereka ada yang menahan sakit..…
Mereka letih mengesat mata ..di antara mereka ada yang menangis..bukan mengenangkan nasib..tetapi memikirkan tentang hak..hak di Bumi Palestin,Bumi berkat..hak sebagai saudara kepada saudara Islam yang lain..saudara kita..
Semak,berkecamuk dalam pemikiran mereka…aina muslimun??? Di mana orang Islam yang lain??? Tidak tahukah mereka tentang nasib saudara mereka disini???
Dimanakah muslimun meletakkan Hadis RasulluLLAH yang membawa maksud ‘tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri..’
Hati semua orang memberontak..mengutuk keras Israel;imigran baru di tanah Palestin..orang yang muka tembok..tapi jadi ‘anak emas’ dunia..tak boleh diusik,suara dan tindakan ‘dia’ di’redhai’ oleh bapa dunia-Amerika LaknatuLLAH..
Palestinian, aku malu denganmu..aku hanya dapat menyisipkan doa untukmu..aku disini, akan teruskan perjuangan yang tertuntut atas pundakku..menjaga penjuruku..supaya tak ditembusi oleh anasir jahili, isme-isme dan cubaan-cubaan yang melambatkan tertegaknya khilafah Islamiyyah.
Kepada Palestiniyyun,peluang untuk kalian menjadi hawariyyun terbentang..
Kepada maliziyyun, kalian juga berpeluang..bagaimana?tanya iman, Tanya akal..think what SHOULD we do..
Sebenarnya, aku sedar yang insan memerlukanMU,Tuhan..
Aku juga sedar yang aku diperhatikanMU Tuhan..
Berikanku kesempatan untukku berbakti pada agamaKU, ya ALLAH..
Allahummansuril ISLAM wal muslimin..
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Wednesday, January 14, 2009 2 comments
Tuesday, December 30, 2008
TAHNIAH, TAKZIAH..
Buat pedoman sahabat2 seperjuangan terutamanya muslimat..
Bersama Ustazah Nuridah ketika ditaklifkan sebagai Ketua Muslimat dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-47.
Ketika ditanya, apakah ustazah sudah menjangkakan kemenangan ini? Jawab beliau, "Saya tenangkan diri, saya banyakkan zikrullah dari malam hingga di atas pentas, mulut saya tidak berhenti berzikir.
Apakah harapan ustazah ? “Saya hendak apabila saya pegang jawatan ini saya lebih rapat dengan Allah. Sebab Allah yang pegang hati kita," ujar Ustazah Nuridah.
Benar, dengan taklif yang kita miliki, sebenarnya dan sepatutnya akan menjadikan kita semakin hampir denganNYA.Kenapa? Dia Yang Maha Berkuasa. Dia Yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita.
Kepada sahabat-sahabat yang bakal menerajui sesuatu,bakal menggalas amanah, bertenanglah,kalian pilihanNYA melalui persetujuan musyawarah.
Kuat dan terus yakin dan harap padaNYA. Allahu waliyyuna.HasbunaLLAH wa ni'mal wakil..
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, December 30, 2008 2 comments
SAMA-SAMA KITA LAZIMI QUNUT NAZILAH!
Maksud doa:
"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka... Amin..."
Posted by Nurul Izzatie Aziz,Kedah at Tuesday, December 30, 2008 0 comments