BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 17, 2010

Ada apa dengan Politik Kampus?

 
Salam perjuangan kepada semua jentera Pro-Mahasiswa yang saya kira sudah bersedia untuk bertempur! Doa saya buat semua bala tentera ;Seeru ala barakatiLLAH…

Bila bercakap,mengkaji,membaca tentang politik kampus, kalimah – intikhabat,pilihanraya,election pasti menjadi antara perkataan yang selalu diulang..Tercetus di kepala saya, politik kampus hanya berkisar tentang pilihanraya sahajakah?

Jadi pagi ini, sebelum kesibukkan berkempen bermula, aku gagahkan tangan menaip dan berkongsi dengan kamu tentang politik kampus, sekadar pendapat.

Saya beriman bahawa politik merupakan satu cabang kehidupan manusia. Mengabaikan politik bermakna kucar-kacirlah kehidupan.Islam yang syumul menuntut kita mengurus kehidupan dengan strategi, perancangan dan bijak membaca masa deoan. Itu adalah elemen politik.Politik releven pada golongan mana?Persoalan yang keliru untuk dijawab oleh orang yang kecil jiwa dan play safe kehadirannya. Politik Islam menyentuh dan tertanggung ke atas semua mukallaf. Jadi, bukan persoalan escapism, alas an kuno yang perlu digemburkan sekarang. Sekarang masa untuk berkejaran memburu kebajikan, memberatkan kantung pahala. Bersedia??.



Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al-Kahfi:13)

Merenung ayat di atas, bergetar jiwa.ngkatan pemuda akan dan memang akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, sehari demi sehari..Amanah dan tuntutan ummat semakin banyak dan berat. Bersediakan kita???

Oleh itu sepatutnya kita berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia.

Wahai angkatan pemuda!

Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh jentera kita.Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126).

Pencinta kemenangan..

Bukan diri ini terlalu obsess untuk menang. Tapi, kerana yakin dan percaya dengan janjiNYA bahawa orang yang membantu agamaNYA akan sentiasa beroleh kemenangan, saya jadi begitu optimis untuk berdepan dengan PRK. Jadi, sahabat-sahabatku,buang segala sikap lama kita..Jika dahulu, kita kurang bersemangat, mahunya di cas kembali semangat dengan memperkasakan hubungan dengan NYA. Campur tanganNYA menjadi agenda wajib dalam hal ini. Sepanjang tempoh peperangan, jagalah hak dan tanggungjawab kita terhadap Allah. Dan jua tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa,anak,daie dan sebagainya. Berhikmahlah dalam menyusun aulawiyat kalian.Memang pahit, tetapi pada masa yang sama,akan ada rasa manis dan lazatnya juga.

Pencinta keadilan..

Apakah menangnya kita nanti, banyak perubahan yang mampu kita lakukan??? Usah terlalu berkira tentang hasil. Apa yang penting aialah usaha dan langkah permulaan yang disusun. Belajar melihat gambarajah politik kampus secara halus. Politik kampus ialah sebaik-baik cermin yang melakarkan imej dan susuk politik masa depan..Jadi jelaskan gambaran itu dengan identiti politik Islam..


Kita tiada teko Aladin, yang hanya dengan gosok, segalanya berubah mengikut kehendak dan impian.
Tapi kita ada tangan-tangan ajaib,jiwa-jiwa yang besar,kaki-kaki yang sedia memijak debu dan bara perjuanagn.mata-mata yang rela bersengkang untuk bantu gerakerja. Ya, memang golongan ini terlalu kecil..Tapi mereka ini ada kualitinya..Maka duhai perindu redha Allah, jadilah diri yang merasa terpanggil dengan segala seruan berjihad sepanjang PRK ini.Wajib merasa terpanggil, bukan sukarela..

Kita juga ada qudwah..
Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan ahli politik yang sangat well-planned dan strategist.Mengatur strategi-strategi pentadbiran baik dalam urusan keluarga, ummat dan Negara. Mempunyai visi dan misi kehidupan dan perutusan yang jelas membuatkan RasuluLLAH laju dan laju menerajui politik,ekonomi,ilmu,dakwah dan lain-lain mengikut kehendak Allah. Inilah benarnya, "Tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam."

Kepada soff junduLLAH, seeru ala barakatiLLAH..Tak menang,kita akan syaheed..insyaALLAH