PERKONGSIAN DENGAN SAHABAT-SAHABAT DUNIA AKHIRAT-
Melewati Isya’,hati ana mencari sesuatu..memerlukan sesuatu penawar..mencari pedoman,penyegar untuk langkah dalam perjuangan…baik ilmi ataupun haraki.
Membelek koleksii CD yang ada..Tajuknya Ancaman Fitnah, disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ya, orang kuat Pemuda PAS Kedah.
Ayat yang ditafsirkan dari surah At Taubah (48-52) , menceritakan tentang kisah pengunduran Abdullah bin Ubay bin Salul bersama 300 orang dari medan Tabuk. Masing-masing mempunyai alas an tersendiri. Antara koleksi alasan yang diberikan kepada RasuluLLAH SAW ialah bimbang dengan lemahnya iman dan kuatnya syahwat memberi fitnah kepada tentera Muslimin. Itu alas an yang diberikan Jad bin Qis,kelompok munafik ketika itu.Bimbang dirinya berzina dengan wanita Rom,pihak musuh Islam. Dia memberi helah ‘ baik’ untuk melepaskan diri dari berjuang bersama tentera muslimin.
Sahabat-sahabat, ayuh kita mengambil istifadah dari Surah At Taubah.
Golongan munafik, ibarat barah dalam struktur tenaga kerja muslimin. Ketika mana, sahabat-sahabat tengah membuat persiapan mental,emosi,dan fizikal untuk meninggalkan kampung halaman,keluarga tersayang dan kebun-kebun, golongan munafik ini sanggup mencetuskan kontroversi.Pengunduran dari medah perang dengan alas an yang kurang munasabahnya sedikit sebanyak menggugat keutuhan hati para sahabat ketika itu, sedikit sebanyak melemahkan hati sahabat-sahabat yang tinggal..masakan tidak, dengan keadaan tentera yang sedia ada pun tidak ramai, terpaksa menenangkan diri dengan berita pengunduran..bagaimana dengan kekuatan jentera,keupayaan menangkis serangan musuh?pelbagai persoalan pasti berlegar dalam hati muslimin..
Inilah huru-hara yang dibuat golongan munafik.inilah fitnah yang terbesar pernah munafiqun buat dalam sejarah Islam. Mereka mencelup pekerjaan,perbuatan mereka. Dihadapan Nabi mereka berlagak elok, beriman tp sebenarnya itu munafik.itu hanyalah saduran bukan asli,kesan tak kekal,iman tak zahir pada mereka.Golongan opportunist .Bersama Islam ketika mana Islam itu mudah perjalanannya. Bila tiba kesusahan, mula mencari helah untuk selamatkan diri biarpun maruah agama dan diri ternoda.Bahana munafiqun itu sepanjang zaman.Antara kisah yang sering diinzarkan kepada kita golongan munafik itu,hatinya tidak tenteram dengan kejayaan orang Islam.Peristiwa mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin menjadi episode manis dalam Bab Ukhwah fiLLAH..tetapi, dicemari dengan pelbagai khida’ dan tipu helah golongan munafiqun. Fakta kes yang lain, fitnah kepada Saydatina Aisyah yang turun dari kedup mencari rantai yang tertanggal, pulangnya Aisyah bersama Safwan difitnahnya mereka terhadap kesucian Ummul Mukminin, selain mereka membolak-balikkan urusan agama,perang. Yang Hak kepada Batil…menukar fakta kepada berita yang diubah ikut suka mereka.
Demikianlah gol munafik itu cuba menyembunyi rahsia perbuatan mereka dengan berdalih,sepanjang zaman gol munafik itu membuat helah untuk mengelak menolak membuat perintah Allah. Contoh semasa isu riba.Mereka menukar riba kepada faedah atau bunga. Riba –perkataan dan amalan yang disebut pengharamannya oleh Allah dalam At Tanzil.Tetapi mereka men ‘touch up’ , menyaduri istilah itu kepada ‘faedah / bunga’. Jadi,kita lebih mudah dan tenang mendengar istilah itu...sedangkan riba itu 1 penindasan,racun dalam diri manusia..riba itu bukan bunga /faedah tapi mudharat dan bahaya.
Masyarakat Islam sekarang diuji dengan fitnah terkronik iaitu hati lemah,pengecut..Guru jadi pengecut, budak-budak boleh main kuda kepang dalam kelas. Remaja semakin liar dan masa yang sama pihak berkuasa diam memerhati, ahli organisasi semakin naik kepada,hilang adab-adab,hilang kepercayaan kepada kepimpinan, tiada siapa yang berani menegur golongan ini. Apakah ini tanda kehancuran keizzahan yang dahulunya sinonim dan ekslusif untuk orang Islam dan yang memperjuangkan agamanya???
Sama-sama kita koreksi diri.Renung kembali adab-adab yang semakin pudar dan hilang dalam diri, Bina kembali nilai mukmin dalam diri. Bukan untuk mencari kemuliaan atau kebanggaan dalam hidup, tapi untuk Islam dan seisinya..
Kitalah yang memilih untuk menjadi kafir,munafik atau hidup dalam ‘radhiyatan mardhiyyah-kita redha denganNYA dan Dia juga redha dengan kita’…
Ana memohon maaf seandainya ada yang terasa difitnah oleh ana dahulu mahupun sekarang. Maaf sekali lagi.
Fikir-fikirkan..
CATATAN KONGRES RAKYAT #2
9 years ago