Mengenang permukiman indah di Bumi Syria sesuatu nikmat yang tak putus disyukuri.Ya, kini kaki ini berpijak di Bumi Malaysia, namun kehangatan Matahari dan kedinginan salji Bumi Syam masih terasa dan akan terus menjadi asbab untuk aku menjadi musafir ilmu.
Dalam kesedihan melalui hari-hari terakhir, hati semakin sayang untuk meninggalkan Bumi berkat ini. Persiapan mental dan jiwa paling uama ketika dalam zon ini.Duhai diri,perjuangan perlu diteruskan. Syria-Tanah yang pernah dikunjungi RasuluLLAH SAW suatu ketika dulu. Masyarakatnya yang sangat-sangat menghidupkan sunnah. Memberi salam ketika bertemu, bermanis muka, mendoakan kesejahteraan saudaranya, dan menzahirkan budaya berkasih sayang.Sungguh,tika ini, hati muda ini merindui Syam dan seisinya..
AlhamduliLLAH, kesempatan menjadi tetamu Syam taqriban 7 bulan, membuat hati muda ini telah dimiliki.Kekasih yang paling ideal untuknya. Al Quran dan Bahasa Arab menjadi kekasih hati ketika disana. Semakin hari, semakin mengenalinya.Semakin saying. Begitu rapat.Terasa benar, kemanisan mencintainya. Segalanya ahla. Namun, masih banyak usaha yang perlu dibuat untuk menjadi rafiq kepada 2 khazanah terulung Islam ini.
Al Quran dan Bahasa Arab
Anisah (Ustazah) Al Quran pernah berpesan, lazimilah Al Quran. Dari situ, kamu akan merasai kemanisan menjadi sahabatnya. Dengan melaziminya, kamu akan mudah untuk mendapat makhraj dan memberikan sifat huruf-hurufnya. Demikian itu,bacaan kamu menjadi semakin baik .Terus dengan, cuba menghafaz mukjizat ini secara perlahan-lahan. Anisah Muna, seawal 6 pagi, temu janji kita bermula.Menjadi anak didikanmu membuatkan diri ini terasa begitu kerdil dan insaf.Selalu benar, mata mengalirkan air mata yang memang cuba ditahan ketika aku di hadapanmu. Kesibukkan dengan keluarga,kerjaya dan tanggungjawab yang lain, tidak mematahkan semangatmu untuk mengajar Al Quran kepada mahasiswa Malaysia di sana. Tanpa bayaran.Hatta, hadiah pun susah untuk diterima.Kami diihtiram sebagai tetamu. Segelas minuman memang tersedia buat anak muridnya. Lampu terpasang cerah,kipas berputar megah.Sofa dan permaidani disusun indah. Dia tidak menagih lyra Suriyy (matawang Syria) anda. Segalanya hanya mengharap ganjaran dariNYA.Sebaik-baik Pengurnia.Hanya yang lazim disebut,
“Al Quran ini milik Allah. Maka syukuri kepadaNYA dan aku ikhlas mengajarmu, Ya Azizati” .Allah..Allah..
Menjadi thalibah ilm di Bumi Syam menjadikan kami 1 golongan sangat-sangat dirai. .Syariah,Dakwah,Usuluddin,Bahasa Arab antara kuliyyah yang menjadi pilihan mahasiswa kita di sana. Benarlah bahawa, Bumi Syria ini, bumi berkat. Pengalaman menjadi pelajar Kursus Bahasa Arab (lil ajanib) di Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro membuatkan aku semakin percaya bahawa, tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Menjadi sahabat kepada Turkistan,Turki,Perancis,Algeria, Somalia dan mereka semuaa,kebanyakkannya tiada asas langsung dalam Bahasa Arab. Tetapi berkat kesabaran diri,berkat kegigihan Anisah dan berkat Bumi Damsyiq itu, dalam tempoh yang singkat, mereka dapat menguasai Bahasa Arab itu sedikit demi sedikit. SubhanaLLAH..Benarlah, ‘kun fa yakun’…
To be continue,insyaALLAH
0 comments:
Post a Comment