BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 3, 2013

MAHU GLAMOUR DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT????

السلام عليكم و رحمة الله بركاته

 Sedikit perkongsian setelah agak lama tidak menulis di siraj-islamie. 

*Gambar di atas,saya bersama Ukht Farah Asyikin ketika menjadi moderator dalam Slot Sembang Santai Muslimat bersama Farah Asyikin. Slot ni antara beberapa slot yang dirangka untuk menjayakan Karnival Kedah Sejahtera, anjuran PAS Kawasan Pokok Sena pada 30,31 Januari dan 1 Februari 2013 lepas.

Sepanjang mengendalikan forum, saya dapati beberapa perkara yang boleh dijadikan i'brah untuk saya, selaku hamba Allah di bumi persinggahan ini. Dengan ikhlas menulis buat yang sudi membaca :) 

Sebelum itu,suka untuk memperkenalkan Ukht Farah Asyikin Zulkifli. Berumur 33 tahun. Melalui pengalaman hijrah yang cukup menarik untuk dikogsikan, memilih menjadi full-timer di jalan dakwah. Kisah silamnya yang merupakan artis dan selebriti sebelum ini. Biarpun hanya sekejap singgah di dunia itu, segala keserabutan,kekusutan dan kegelisahan terasa.AlhamduliLLAH, pada 2 Februari 2012, Allah memilih beliau untuk meniti jalan redhaNYA.Memimpin bahagia menuju syurga, insyaALLAH.Dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ini (Februari) bersama jodoh pilihan Allah hasil istikharah.Mubarak muqaddam!!! Moga berbahagia,ya.

Ok,berikut beberapa perkongsian ilmu Kak Farah pada petang Jumaat lepas. (ada juga beberapa tambahan dari saya) :

1) Konsep Hidayah Allah yang diluar jangkaan makhluk.
Mendengar kisah hati ukhti ini diketuk hidayahNYA, memang diluar jangkauan dan bayangan realiti manusiawi. Bayangan diri dimamah api menjulang, dentuman guruh dan hujan lebat yang luar biasa hilang ketika akhir doa taubat,ketenangan yang dirasai selepas solat itulah anugerah Allah kepada beliau sebagai pemangkin penghijrahan hidup menuju redha Allah..Saya menunduk akur bahawa hidayah itu akan jadi mampu milik bila diizinkanNYA.Siapa boleh jamin dia bersama hidayah Allah sampai mati? Oleh itu, wahai hamba, teruslah berdoa supaya kita sentiasa mendapat hidayah Allah dalam menguruskan kehidupan. Moga kehidupan ini benar-benar mengikut acuan Islam.
Mencermati firman Allah SWT yang bermaksud :
" Tunjukilah kami jalan yang lurus". ( QS al-Fatihah ayat 6 )

2) Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Dalam sesi sembang santai ini, Kak Farah tak jemu menceritakan segala nikmat yang Allah beri kepadanya.Bukan untuk berbangga.Tapi sebagai tanda akur bahawa Allah Maha Memberi. Satu persatu nikmat, rezeki datang mendekati beliau selepas penghijrahan. Yang pasti, nikmat itu lebih bernilai dari dunia glemernya dulu.Nekad dengan pilihannya, dia meninggalkan segalanya kerana Allah.Hasilnya,segala hajat terbuku di hati, cepat benar dimakbulkan Allah. 1 kisah yang beliau kongsikan - ketika duduk iktikaf di masjid, dia berkira-kira untuk dapatkan buku doa harian RasuluLLAH SAW.Kemudian,di ruang masjid yang sama,datang seorang hamba Allah,duduk bersembang dan sebelum berpisah, beliau menghadiahkan Farah 1 buku yang kandungannya tentang doa harian RasuluLLAH SAW..SubhanaLLAH, seolah-olah itu anugerah secara langsung dari Allah!!! Ya,Allah benar-benar hampir. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.



3) Allah bersama sangkaan hambaNYA
Menegaskan bahawa, kita perlu optimis dengan Allah. Kata Kak Farah, selepas penghijrahan beliau berulang alik dari KL-Pahang untuk menuntut di sebuah pondok di Pahang.Sekalipun tidak terasa letih kerana dia percaya yang Allah akan memudahkan usahanya.Mubarak,akak..Saya tabik spring la!!!


4) Hidup ini memerlukan mujahadah dan pengorbanan
Melihatkan kepada Kak Farah yang sangat bersederhana baik dari segi penampilan dan percakapan beliau membuatkan saya senang mengajukan soalan kepada beliau.Beliau sangat meraikan soalan,pandai mengambil tumpuan sidang hadhirat dan merendah diri. Tercermin kesedihan di wajah ketika menceritakan zaman silamnya. Namun, kembali bersinar wajahnya menceritakan sakit,payah beliau bermujadah dan berkorban untuk mencapai ketenangan hati. Benar,dunia ini penjara buat mukmin.Jika sebelum ini, beliau memandang masalah sebagai masalah, sekarang beliau mampu melihat dengan iman, segala masalah baginya ada hikmah.SubhanaLLAH, iman itu  menentukan sisi pandang insan.



5) Masuk SyurgaNYA hanya dengan rahmatNYA
Akhirnya, Kak Farah memohon kepada sidang hadhirat untuk turut mendoakannya masuk ke syurga.Syurga Allah itu terlalu tingi dan mahal.Kita masuk syurga bukan disebabkan amal yang banyak semata-mata.Namun, asasnya ialah kita masuk SyurgaNYA dengan rahmat Allah.. Beliau juga menyatakan kebimbangan andai RasuluLLAH SAW tidak mengenalinya di padang mahsyar nanti.Kebimbangan kita serupa,kanda..Jom, perbanyakkan selawat. Sollu A'la- anNabi



6) Dakwah itu tanggungjawab,cakna itu perlu,istiqamah itu rahsia yang diketahui selepas mati
Kak Farah banyak memberi nasihat supaya tidak cepat bersangka buruk pada remaja-remaja yang bermasalah kerana mereka ini mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari kita. Kitalah yang bertanggungjawab berdakwah dan islahkan mereka.Kak Farah ada berkongsi pengalaman beliau mengyertai ziarah ke Gaza. Beliau menceritakan saudara kita disana sangat tinggi syukurnya,redhanya dengan ujian yang menimpa..Kullu liLLAH :)

Di akhir liqa, atas permintaan seorang peminat, Kak Farah sempat membuat 'show' khusus untuk sidang hadhirat,muslimat di dalam dewan (semua perempuan) dengan menyampaikan 1 lagu unsur kerohanian yang bertajuk - حسبنا الله.Pada saat kami bersalaman,dia berbisik supaya doakan dia glemer di kalangan penduduk langit! Ameen..

AlhamduliLLAH,Sudah selesai tugas saya menjadi moderator pada hari itu.Maaf salah silap dan sebarang kelemahan.Terima kasih didedikasikan kepada Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin kerana memberi peluang kepada saya :)

Perjalanan pulang ke rumah,hati ini bermuhasabah...

Teringat pada kata-kata negarawan Islami; Tok Guru Hj Hadi Awang merangkap Presiden PAS apabila ditanya tentang istiqamah.Jawab beliau, apabila dia dah mati baru boleh tahu samada dia istiqamah atau tidak.Kalamuka sohih!
~Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas agamaMU, ketaatan kepadaMU dan terus beribadah kepadaMU..~




Moga coretan singkat mampu memberi kesan yang lama dalam hati saya dan semua.Wahai Allah, jadikan kami dari golongan yang terpilih, Ameen..

Thursday, March 22, 2012

SAHABAT,KAMU BUKAN SIA-SIA DICIPTAKAN :)

Ya Allah, terima kasih temukan saya dengan sahabat-sahabat yang hebat!!!
Didekasi khas buat sahabat-sahabat seperjuangan ana di KUIN - Noorul Husna bt Mohomad , Nurul Hayati Azmi , Nur Hazimah Ismail :)Tiada yang mustahil selagimana mendapat izinNYA..Maka duhai sahabat, terus bantu yakinkan ana untuk kehidupan dunia dalam menuju akhirat yang cemerlang :)

Di akhir doa,kalian berhak mendapat doa dari ana.Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini..

Buat sahabat-sahabat yang pernah mencoret memori dalam kehidupan saya, moga sentiasa dalam rahmat,bantuan,kasih sayang Allah :)

Masih berhajat dan bercita-cita untuk mempunyai lebih ramai sahabat-sahabat :) Kerana pada setiap diri manusia itu,ada kebaikkan yang boleh diambil manfaat oleh orang lain :)



Flowers and Roses Images, Pics, Comments, Graphics, Photos
Flowers and Roses Pictures - Quotes - Photobucket

Monday, December 5, 2011

HIJRAH = REBOOT

Hijrah tidak semestinya meninggalkan diri kita sedia ada,bertukar menjadi seseorang yang lain serta merta..
Lets think about when you reboot a computer:


We're essentially changing how it is currently functioning (usually slowly) and getting it back to where it was when you first powered it up.
Kita tak tukar the entirety of the computer, just tukar the way it is currently operating.
So,mcm tu juga bila kita nak reboot diri sendiri, we're doing the same thing.We're not changing the inner workings of ourself, we're changing how we're currently operating.
Mudah,kan nak reboot computer.But then,reboot diri tak semudah itu.Perlu diperhatikan – kenapa kadang2 mudah je kita nak kembali melakukan kesilapan setelah berhijrah..mungin kita tidak cukup ikhlas berhijrah.mungkin azam kurang kuat dll...Kalian lebih mengenali diri kalian,kan..
Maka mohonlah pada Allah, moga diberi hidayah utk berhijrah.Akhirnya,moga hijrah kita diterima Allah.
~Kullu ‘am wa ntum bkhair~

HIDUPNYA INSAN KERANA RAHMAT ALLAH



Allah Ar-Rahim.Begitu sempurna namaNYA. Erti dan kefahaman di sebalik kalimah tersebut tidak terjangkau perinciannya.Rahmat Allah mencakupi seluruh alam dan seisinya.Segala yang berlaku di atas muka bumi,di dalam perut bumi,di angkasa, dalam lautan adalah disebabkan rahmat Allah.Tanpa RahmatNYA, nescaya porak perandalah dunia dengan kemusnahan, kezaliman,ketidak-adilan di merata-rata.
Penciptaan makhluk adalah atas limpah kurnia Allah.Bukanlah wajib bagi Allah mencipta manusia itu, namun atas sifat rahmah dan rahim, maka lahirlah kita dari keturunan Adam AS dan Siti Hawa’.

Maksudnya : “ Katakanlah ( Muhammad) : ‘Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira.Kurniaan Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan’”. Surah Yunus : 58

Kesimpulannya , setiap yang berlaku dalam pengetahuan Allah.Kesenangan hidup,rezeki yang murah,tubuh badan yang sihat adalah antara bukti rahmat Allah kepada insan. Oleh itu,jangan terlalu bangga dengan kudrat,pangkat atau kuasa seorang manusia. Kerana segala yang berlaku adalah dengan izin dan rahmat dari Allah semata-mata.
Dalam Hadis sohih, ketika janin dalam kandungan berusia 120 hari maka Allah Ta’ala mengutus Malaikat Mikail untuk meniupkan ruh ke janin tersebut dan mencatatkan empat hal, yaitu: umur, rezeki, perbuatan dan suka dukanya. Rezeki yang dicatat ini adalah rezeki yang dijamin pasti akan didapatkan oleh orang tersebut karena bersesuaian dengan umurnya. Jika rezeki ini habis maka ajal pun tiba, atau jika sudah datang ajal maka rezeki ini pun habis. Lihat,kita sepenuhnya terikat dengan Qadha dan Qadar Allah kerana kita adalah makhluk bukan Khaliq. Rahmat Allah melangkaui kiraan ilmu dan usaha manusia.

Thursday, November 17, 2011


Semakin mencintai bahasa ini.Allah, ia sangat indah.Sesuai dengan fitrah :)

Dengan Bahasa Arab, dan selain dapat memahami Al-Quran, cita-cita saya ialah dapat memahami ilmu dari kulit ke kulit,kitab-kitab Turath, tinggalan Ulama Islam..

Moga saya sempat mencapai cita-cita ini.Ya Allah, kurniakan kami kesempatan untuk bertemu dengan Ulama-ulama Deen-Mu,atau kami dapat mencermati tulisan,garapan ilmu mereka.Moga hati ini kuat dan tabah untuk mengenali bahasa ini. Ya Allah, terima kasih atas segalanya. :)
Maktab Mahmud-UIAM-Bumi Anbiya', Syria - KUIN - selepas ini? Allahu Al Musta'an..


~Merindui Tanah Arab- Haramain,Syria,Jordan,Mesir,Yaman dll~

Monday, July 4, 2011

BAHASA ARAB - ADA CLASS!
Bahasa Arab adalah antara bahasa yang terbesar penggunaannya dalam hieraki bahasa dunia.Ianya bersifat internasional. Bahasa yang menyatukan seluruh umat di dunia. Mengecilkan skop penulisan, saya ingin membicarakan tentang kedudukan Bahasa Arab di Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum dan budaya ini.


KEMUNCULAN PENGARUH BAHASA ARAB DI MALAYSIA
Pengajian Arab di Malaysia mula diterokai sejak zaman tokoh ilmuwan Islam silam seperti Hamzah Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel, iaitu pada abad ke-16 dan ke-17 lagi. Pada masa itu, ramai kalangan ulama silam menuntut ilmu di Timur Tengah, khususnya di Mekah dan Kaherah. Namun begitu, pembelajaran pada masa itu dilakukan secara tidak formal. Malahan, tiada sijil mahupun ijazah rasmi yang diberi.
Justeru, dengan kata lain, hampir 500 tahun Bahasa Arab sudah digunakan, khususnya dalam ibadat agama Islam, di Malaysia.

REALITI – SKEPTIKALNYA ‘MALAYSIAN’ TERHADAP BAHASA ARAB
Susah.
Itu pandangan majoriti rakyat Malaysia Muslim bila ditanya tentang Bahasa Arab.
Mereka seolah-olah lupa bahawa setiap hari mereka telah bertutur Bahasa Arab.
Dimana?
Di dalam solat anda,ayat Al Quran alunan anda, wirid anda,zikir anda. Kesemua itu dilafazkan dalam Bahasa Arab,bukan?
See,u can speak Arabic, rite?
Ya,kita mengakui, ianya hanya sekitar ibadah. Namun, kuasa perubahan ada di tangan anda. Dari ibadah kita bergerak bersama Bahasa Arab dalam hal-ehwal kehidupan seharian kita. Misalnya di rumah,di pejabat,di café – kita cuba bertutur Bahasa Arab.

REALITI YANG BOLEH DIISLAH
Kejayaan demi kejayaan terpampang dalam akhbar tentang keputusan PMR,SPM,STAM saban tahun. Pelajar – pelajar memperoleh keputusan semua ‘A’ dalam setiap mata pelajaran. Termasuk Bahasa Arab.
Namun,ada kebimbangan dan kekecewaan apabila penguasaan pelajar cemerlang itu hanya setakat mampu memahami,menulis dan membaca mata pelajaran Bahasa Arab. Bukan menututurkan Bahasa Arab.

TIPS UNTUK MEMPELAJARI BAHASA ASING
Dalam ilmu pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, latih tubi, amalan harian, persepsi, dan penghayatan amat diperlukan dalam memahirkan seseorang menguasai sesuatu bahasa. Sistem pembelajaran Bahasa Arab di Syria yang menawarkan kursus Bahasa Arab untuk bukan penuturnya, telah menetapkan modul-modul pengajaran yang sangat berkesan dan efektif.Penulis berpeluang mengikuti setiap siri kursus tersebut,tahun lepas. Berkesan, alhamduliLLAH.
Tentang modul-modul kursus,saya akan kongsikan dalam entri lain,insyaALLAH.

MERENTASI PETA MALAYSIA MENCARI KEDUDUKAN BAHASA ARAB
Membuat beberapa pengamatan ringkas terhadap kedudukan Bahasa Arab di Malaysia, saya masih kabur tentang kedudukan bahasa Syurga ini.Yang kerap dijumpai,Bahasa Arab di Malaysia hanya seputar soal ibadah. Masih di tahap itu. Bukan sebagai bahasa kedua. Namun, pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengklasifikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa asing yang diajar di sekolah-sekolah tertentu seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Negeri (SAN), Bahasa Arab diwajibkan kepada para pelajar. Dalam konteks ini, ada kemungkinan Bahasa Arab boleh dianggap sebagai bahasa kedua.

DIMENSI BARU YANG PERLU DITUJU
Bahasa Arab di Malaysia seharusnya mengalami paradigma baru sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan serta menjadi bahasa pelancongan dan diplomatik. Dalam konteks globalisasi dunia sekarang, nilai ekonomi itulah yang dipandang tinggi.Bukan hanya untuk dikomersialkan, namun penguasaan menulis,membaca,mendengar dan menuturkan Bahasa Arab menjadi nilai tambah kepada kompetensi diri rakyat Malaysia.

LEBIH JAUH DARI ITU
Memiliki bahasa sesuatu kaum itu tidak akan merugikan kita.Tidak pernah .Untuk Bahasa Arab,bukan hanya semata-mata untuk dikomersialkan dalam bidang pekerjaan. Jauh lebih dari itu.Dengan memiliki Bahasa Arab kita akan memiliki dunia dan akhirat dalam suatu masa.
Serata dunia,masih banyak kitab turath yang belum kita tadah dan ambil manfaat darinya.Terlalu banyak makalah hammasah,ilmiah dari tokoh-tokoh ilmuan yang belum kita teliti. Tamadun Islam sangat kaya dengan hasil tinggalan.Sejumlah besarnya ditulis di dalam Bahasa Arab. Maka, siapa yang akan menelitinya,kalau bukan abnaul muslim?
Menyedari,terlalu banyak ruang yang perlu kita kepungi dari bolosan golongan yang mahu menjatuhkan Islam,umat Islam perlu menguasai Sains,perlu menguasai politik,perlu mahir dalam selok belok ekonomi.Namun,jadilah ahli ekonomi yang ada pedoman Bahasa Arab.Jadilah saintis yang mempunyai asas Bahasa Arab.Jadilah ahli politik yang mahir dengan balaghah dan liuk lintuk Bahasa Arab. Penulis menyeru kepada diri terutamanya,dan seluruh sidang pembaca supaya berazam untuk mendekati dan mengaplikasikan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian..A word a day..

AL QURAN MENJADI SAHABAT KARIB PENCINTA LUGHAH
Yang termudah untuk mendekati Bahasa Arab ialah menjadikan Al Quran yang mempunyai tafsir makna dalam Bahasa Melayu sebagai sahabat karib.
Anda akan lebih merasai kemanisan di dalam solat apabila anda memahami makna kalimah dalam ayat Al Quran yang anda baca.
Percayalah..

BINGKISAN NASIHAT BUAT PERINDU BAHASA ARAB
Bahasa ini milik Allah.Maka berusaha memiliki Bahasa Arab ini tidak mudah seandainya kita tidak meminta kepada pemiliknya.
Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.
Berdoalah kepada Allah supaya kita dapat mencicip kemanisan demi kemanisan bahasa ini.
Segala yang diusahakan dengan memohon bantuan dari Allah, akan dipermudahkan.

تعلموا العربية فإنها من دينكم

Tuesday, June 14, 2011

MAMA IZZAH :)


Entri kali ini, wakil diri untuk mengucap ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan kakak saya dan 1st baby nya- Nureen Ameena bt Mohd Suhaimi..Dan terima kasih atas kunjungan sahabat ana Noraini Mat Din dan Kak Normala.Kak Zuriyatie selamat melahirkan bayi perempuan pada 13 Mei 2011 di Hospital Likas, Sabah. Credits goes to – Dr.Ammar, graduated from IIUM,Kuantan.
Mama Izzah - itu panggilan Ameena kepada saya.
“Belagak la panggil mama ni,K.Ngah” – my youngest sister said.
“Wow!Mama Izzah..” – reapon makcik-makcik sedaraku.
“Tak biasa la dengan ‘mama’ ni” – my mother a.k.a Ameena's Mak Tok said.
“Owh,depa orang pekan,tu yang panggil ‘mama’ ..”– K.Kiroh,kawan baik kakak saya.
Pada saya,Membuat sesuatu dengan ilmu dan hujah akan menjadikan kita yakin bertindak dan melangkah..Hehehe…
Mengikut apa yang saya pernah belajar dalam subjek General Linguistic semasa mengambil Ijazah Bahasa Arab di UIAM dulu,dan dibuktikan oleh pakar bahasa- Noam Chomsky, bayi belajar dengan mendengarkan kata-kata di sekelilingnya. Ini kerana mereka mencerap bunyi yang mereka dengar sebanyak mungkin. Uniknya semua insan yang bernama manusia berpeluang menikmati pengalaman ini dalamlingkungan umur lima hingga tujuh bulan jika diizinkan oleh Allah S.W.T.

Huruf ‘mim’ dan ‘ba’ adalah huruf yang paling mudah disebut bayi. Dari sudut disiplin ilmu tajwid pula, kedudukan makhraj huruf mim dan ba yang terletak di ‘syafatain’ – dua bibir menyebabkan bayi mudah menyebutnya. Huruf Mim dan ba’ juga mempunyai sifat izlaq, iaitu mudah disebut,mengalir,tidak berat untuk keluar..

Itu faktanya.

Jadi saya memilih untuk kemudahan anak sedara saya,dengan menggunakan panggilan – mama.

Jadi baby Ameena, do call me – Mama Izzah,ya
Untuk baby Ameena, semoga sihat dan cepat membesar.Nanti bleh Mama Izzah bawak Ameena p playground,eh..
Ameena jadi anak solehah ibu dan ayah,ya.
Moga pandai baca Al Quran dan berjaya dunia dan akhirat.
Dan ingat, Allah sayang orang yang rajin solat dan sayang ibu dan ayah.
Semoga terus dalam rahmat dan jagaan Allah ya,sayang. =)