BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 13, 2011

ALLAH SUBURKAN RINDU ITU..

Rindu seorang 'saya'

Memandu kereta di sekitar Alor Star memberi saya peluang untuk memerhati pekan ibu negeri Kedah Darul Aman ini.Sudah lama saya tinggalkan Kedah..Baru kini,benar-benar akan bermastautin disini.Sampai mati,mungkin..Alor Setar sudah pesat.Sudah sibuk. Terpikat hati memandang Kompleks Al Bukhary yang tersergam indah di tepian jalan Langgar.


Kompleks itu menempatkan sebuah masjid,pusat ilmu,rumah anak-anak yatim,kawasan tanah perkuburan, rumah warga tua dan berhampirannya juga terdapat Souq Al-Bukhary.Moga Allah memberi ganjaran selayaknya buat pemilik Yayasan Al Bukhary dan semua yang terlibat untuk mengimarahkan kompleks ini.Setiap hari akan diadakan kelas agama, kelas Al Quran di bilik bahagian bawah Masjid Al Bukhary. Ketika Ramadhan,subhanaLLAH.Suasananya begitu meriah dengan solat fardhu dan terawikh pada malamnya dan Qiyamullail pada sebelah awal paginya seterusnya ada halaqah tadarus dan sebagainya..

Hati ini tiba-tiba sayu,rindu dengan bumi Syam yang pernah menerima saya sebagai tetamunya pada ramadhan yang lepas.Allah…Merindui ruh ibadah yang jelas dilihat pada diri penduduknya.Mencemburui semangat menuntut ilmu warga Syam yang memandang tua bukan penghalang dalam proses cinta terhadap ilmu Allah.Mata ini terbayang suasana kesibukkan bumi Syam yang meriah dengan hon kereta,servis,bas,laungan peniaga kedai-kedai,Pakcik Polis yang sering menukar uniformnya-dalam tempoh 3 bulan pertama saya disana,mereka telah menukar uniform dari warna hijau kepada putih.Menurut sahabat saya sebelum ini,berwarna biru.,Pakcik pencuci kasut yang kelihatan di merata-rata kawasan pekan Damsyiq…


Kawasan pejalan kaki, Jisr Rais, Dimasyq.

Itu Dimasyq…Sekarang saya sudah sampai di rumah.Merenung almari kitab yang penuh dengan kitab.Mata ini menangkap sebuah kitab ‘Al Azkar linNawawi’, hati ini terpaut untuk membacanya.Mungkin ini hadiah Allah untuk mengubat hati saya yang mula ‘majnun’ dengan Syria..AlhamduliLLAH,Thank you,Allah..Aiwah,sedikit perkongsian…

Kitab Al-Azkar LinNawawi, kitab setebal 779 muka,memuatkan zikir-zikir,doa-doa dan syair-syair yang dikarang dan dikumpulkan oleh Imam Nawawi sepanjang umurnya. Mencakupi setiap episod kehidupan seorang Muslim – bermulanya dengan Kitab (bab) Ikhlas dalam amalan dan menerangkan sebab-sebab hamba ini perlu berzikir.Diteruskan dengan kitab membaca Al Quran,kitab pujian kepada ALLAH,selawat ke atas RasuluLLAH SAW,zikir-zikir harian dan diakhiri dengan Kitab Istighfar.
Sangat sesuai untuk saya yang terlalu miskin dengan koleksi doa. Berdoa ini, perisan mukmin.Berdoalah fi kulli makan dan fi kulli zaman.Tetapi bersyarat iaitu dengan menjaga adab-adab berdoa.

Semasa saya di Syria, kaki ini sempat menziarahi maqam Imam Nawawi yang terletak di sebuah perkampungan yang diberi nama- Nawa,Syria.Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam dari Damsyiq. Kredit diberikan buat Al Akh Mohd Suffian Mohd Donia yang menjadi masul syabab kumpulan kami (masul syabab-atas factor keselamatan,Persatuan Pelajar Malaysia Syria menetapkan syarat, bagi akhawat yang keluar dari Dimasyq perlu diiringi siswa Malaysia.

Mengenalinya menyuntik ruh berjihad dengan ilmu.

Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun telah pergi ke kota Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri.

Karangannya adalah banyak, di antaranya yang terkenal ialah kitab-kitab syarah sahih muslim, Riyadhus Salihin, Al-Adhkar, Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran, al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan al- Arbain. Antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al- Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan al-Adhkar.

Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Juga tidak sanagat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.


Seorang yang begitu bertakwa menurut erti kata sepenuhnya, wara’nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama’ yang amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah- buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah- buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.

Sepanjang hayatnya sentiasa istiqamah dalam menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping senantiasa beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.

AlhamduliLLAH, hati yang merindui Syam dan seisinya, terubat...Dengan membaca Al- Azkar LinNawawi, ALLAH SUBURKAN RINDU ITU...

0 comments: