BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 17, 2009

KERANA KITA PERLUKANNYA..

“Hai Nabi, gelorakanlah semangat para mukmin untuk berjuang. Jika ada dua puluh orang yang sabar dikalangan kalian, nescaya dapat mengalahkan dua ratus musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, nescaya dapat mengalahkan seribu orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.*Sekarang Allah telah meringankan kepadamudan mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar nescaya dapat mengalahkan dua ratus orang ; jika ada diantaramu seribu orang yang sabar (yang sabar) nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”. Al Anfal : 65-66

Ayat di atas membincangkan tentang 2 aspek yang sering menjadi ‘concern’ dalam gerakerja kita.. 2 aspek tersebut ialah –kualiti dan kuantiti.
Ayat diatas menekankan sabar sebagai kualiti yang perlu tentera Muslim miliki tanpa mengesampingkan, kuantiti iaitu jumlah pasukan yang ramai akan dapat mengalahkan musuh.
Menyorot sejarah muktabar kita, Sirah Nabawi menukilkan bahawa Perang Badar, jumlah muslimin hanyalah 313 orang tentera dan pihak muslimin telah berjaya mengalahkan pasukan musuh yang terdiri dari 1000. Pada lembaran yang lain, perang Hunain menyaksikan jumlah muslimin 12000 mendepani musuh yang sekali ganda lebih ramai-30000.Tidak lupa pada perang di Damsyik, (Damaskus) 24000 jundullah mengalahkan 180000 kuffar Romawi.
Renungan dan perhatian- sangat ajaib,kan?bagaimana jumlah yang kecil dapat mengalahkan jumlah yang besar?
Pada saya, itu yang dikatakan tentang kualiti. Sof tentera muslimin pada suatu ketika dulu, mempunyai kualiti dalam keperibadian sehingga membolehkan mereka memiliki kewibawaan dalam kehidupan. Itu hasil tarbiyah Nabi.
Bagaimana dengan kita? Adakah kita cukup bersedia dengan kualiti dan kuantiti jundi,daie yang kompeten untuk menangkis dan mematahkan segala ghazwul fikri, isme-isme yang makin hebat menular dan menyerang madu kita? Sedarlah bahawa umat Islam tidak diserang secara perang fizikal pada dasawarsa mutakhir ini, tetapi golongan kuffar menyerang kita secara diam,halus dan malangnya, tidak ramai yang sedar atas pencabulan ini.Minda, pemikiran kita dijajah, dibentuk, didoktrin sesuai dengan kehendak mereka.
Pada saya,(dengan meyakini bahawa pembaca juga turut setuju dengan saya), hanya institusi usrah menjadi penyelesaian terbaik untuk membina kualiti dan kuantiti seseorang. Sekali lagi,kuantiti dan kualiti dibangkitkan.Isu global yang acapkali menjadi perbincangan tak kunjung sudah dalam diskusi tarbiyah.
Usrah adalah wadah untuk mencetak jundi..mencetak in waiting leaders..usrah adalah wacana ilmiah yang paling berkesan, usrah adalah tempat kita berkongsi segalanya, usrah adalah tempat terbaik untuk membina team work dan membins team building.Usrah adalah dahan yang paling kuat dalam susuk pohon tarbiyah.
Abdurrahman Al Bani mengambil empat unsur terpenting dalam saol tarbiyah-pendidikan.
1- Menjaga dan memelihara sasaran
2- Mengembangkan bakat dan potensi sasaran
3- Menggilap dan memaksimumkan potensi sasaran kea rah kebaikkan dan kesempurnaan
4- Segalanya dilakukan secara bertahap dan konsisten
Semua itu adalah elemen usrah.
Kepada seluruh penggerak usrah, bersabarlah dengan segala ‘short comings’ yang berlaku dalam usaha kalian.Itu adalah tarbiyah untuk kita kerana dalam mentarbiyah, kita juga turut ditarbiyah sebenarnya.
Perkasakan institusi usrah!!Dari situ, ukhwah,qeemah dan izzah seorang Muslim akan tersemai!
Kepada adik-adik usrahku, sama-sama kita berjiwa besar, sama-sama kita mencabar diri untuk meletakkan diri ke tempat yang lebih baik dan disayangiNYA. Seeru ala barakatiLLAH.

1 comments:

Ayat Al-Akhras said...

Terbaik kak! teruskan menulis dan berkongsi