BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 2, 2008

Jadilah seperti kelip-kelip =)


Kenapa saya pilih untuk meng’iktibarkan’ kelip-kelip dalam entri saya kali ini?
Kerana :
Pertama - tertarik dengan kelip-kelip yang padanya ada cahaya.Cahayanya sangat indah.Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.
Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.
Kedua - cahaya yang ada pada kelip-kelip memberi arah dan sangat membantu kelip-kelip dalam pergerakan dan hidupnya (terbang).
Ketiga – tertarik juga dengan sekelompok kelip-kelip yang berterbangan. Di situ ada ‘kuasa’ cahaya. Kelompok kelip-kelip itu mampu memberi cahaya yang lebih kuat di kawasan yang dilewati, berbanding cahaya dari seekor kelip-kelip.
keempat, kelima dan keenam....seterusnya.(tak tersenarai hikmah kejadian kelip-kelip)
Praktikal
Langkah 1:Sediakan 2 balang kaca,6 ekor kelip-kelip.
Langkah 2 :Masukkan pada balang yang pertama hanya seekor kelip-kelip.Dan masukkan pada baling yang kedua,masukkan baki kelip-kelip yang ada.
Langkah 3:Lakukan eksperimen di waktu malam. Dan perhatikan, botol mana yang paling banyak cahaya yang dihasilkan? Saya yakin, anda pasti tahu jawapannya . =). Selamat mencuba!

..Kelip-kelip meneruskan ‘penerbanganan’, kehidupannya berpandukan cahaya yang dianugerahkan padanya..
Begitu juga kita..manusia,hamba,anak,mahasiswa dan sesiapa sahaja yang melafazkan kalimah syahadah..Al Quran dan Sunnah diberikan ,ditinggalkan, dibekalkan kepada kita sebagai ‘al-huda’ dalam kehidupan..Dari kedua-duanya kita akan terima pengajaran,nasihat,motivasi,petunjuk dalam kerjabuat harian.
Semakin subur kedua-dua ‘warisan’ ini dalam hati, kita menjadi semakin kuat.Kita semakin hebat.Kehidupan akan lebih berkat..
Dari individu muslim, kita mengikat hati kita dengan individu muslim yang lain..individu yang hidup hatinya..membina kekuatan sesama kita..membina kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan yang diwariskan oleh RasuluLLAH SAW kepada ummat akhir zaman.Dan tatkala itu,hati-hati kita akan bersatu,membentuk kekuatan yang luarbiasa! Sangat berrtenanga! Tenaga yang mampu menjanakan sistem Amar Ma’ruf Nahi Munkar . Seterusnya menjadikan kita khalifah yang ada kesedaran.

Kepada kelip-kelip, saya dan anda, teruskan bersyukur..gunakan segala ‘kuasa’,anugerahNYA kepada kita..Dan sentiasa cari peluang untuk cipta kekuatan dari anugerah yang dimiliki.

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.

*kepada adik-adik usrahku, terus ‘berkelip’ eh.. biar ‘botol’ kita bercahaya..=)

1 comments:

mujahidahputeri said...

salam tie...masyaAllah nice blog and nice entry.nak tiru mcm kelip2la pas ni,tp xnakla jd kelip2...hehe.tie syukran alaiki.sayang tie:-)