BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 26, 2008


Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "Hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan."
Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

Hadis di atas menerangkan kepada kita tentang nilai masa dalam kehidupan kita. Semakin hari, terasa semakin cepat masa berlalu.Benarlah, ‘Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tuesday, October 7, 2008

MAAT TAUFIQ WAN NAJAH UNTUK SEMUA JUNDI…

Kaki yang melangkah gagah di jalan dakwah..turut melangkah gagah di atas pentas ilmiah..Selamat menempuhi Final Exam kepada adik-adik akak di Kampus Nilai dan PJ..Kami( Gombak & Kuantan ) akan menyusul kemudian..KITA TERBAIK!!

UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH =)

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH

Susah tapi boleh,insyaALLAH.

Riwayat Muslim :
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Islam telah menjulang tinggi martabat kaum wanita. Setiap yang kita lakukan sama ganjarannya dengan lelaki.

“Sesiapa yang mengerjakan amal kebajikan baik lelaki atau perempuan sedangkan mereka adalah beriman nescaya Kami hidupkan mereka dengan kehidupan yang baik dan Kami berikan kepadanya balasan dengan pahala dari usaha yang telah mereka lakukan” (An Nahl - 97) .

Siapakah wanita solehah?
1. Taat dan patuh kepada Allah
2. Mendirikan solat,berpuasa dan melakukan segala amal fardhu
3. Mendahulukan ketetapan Allah mendahului ketetapan yang lain
4. Tidak berdandan atau berhias seperti wanita jahiliyah
5. Pandai menjaga diri,menghindarkan diri dari segala tipudaya
6. Menyerahkan segala urusan hidup kepada Allah.
7. ……

Adakah kita tersenarai dalam insan yang ada sifat di atas???
Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri wanita solehah.Di atas hanya sekelumit cuma.. Apa yang saya mahu ‘pacakkan’ disini ialah, memang susah hendak nak jadi wanita solehah..tapi boleh jadi jika kita kuat berusaha..
ini yang dikatakan susah tapi, boleh,insyaALLAH..=)

EID MUBARAK!

Sumber as-sakinahku di hari raya..

*Dalam gambar nie-Ayah, Mak, Kak dan adikku



Siraj mengucapkan,Eid mubarak..
Selamat Hari Raya..
Minal a'idin wal Faizin..
Maaf zahir dan batin, sume..
Ilalliqa' ya Ramadhan..
Moga 'layak' untuk bertemumu kembali..
Apa yang penting, Ramdhan meninggalkan kita kerana hakikat alam berputar..
Begitu juga kita..maka beranikan diri anda untuk islahkan diri sempena Syawal yang mulia..

* Syukran, ayah. Atas pemberian 'Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah - Dato' Dr. Mohd.Fadzilah Kamsah& Ahmad Fadzli Yusof.

'Buatlah keputusan,Berubah dan berhijrahlah untuk lebih dekat denganNYA..'

Ayah dan Emak..


Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihihiku ketika aku kecil dahulu..

Sedikit tinta ringkas tentang 2 insan yang berdiri teguh di sebalik langkah kakiku, gerakan anggotaku, lontaran kata-kataku..Emak dan Ayah..

Haji Aziz bin Dun, seorang insan yang sangat aku kagumi..Insan yang memberi kepadaku 'cahaya kemuliaan'sebagai Muslimah. Ayahanda yang banyak bersusah payah untuk melengkapkan kehendakku. Ruang sempit ini, aku berbesar hati dan berbangga untuk memperkenalkan insan yang istimewa lagi berharga dalam hidupku ini selepas Allah, Iman dan Islam.

Haji Aziz,ayahandaku dilahirkan pada 17 Julai 1953 di Bukit Jenun, Kedah.Anak lelaki tunggal dari 3 adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga peneroka tanah. Atukku sibuk membuka(meneroka) tanah di Sik. Jadi,masa kanak-kanak ayah banyak bersama mak cik-mak cik beliau berbanding dengan ayah sendiri. Ayahandaku mendapat pendidikan sempurna dari sekolah rendah sehingga menengah. Seterusnya bekerja dengan Felcra sebagai kerani sehingga sekarang.Setelah 10 tahun berkhidmat di Felcra ibu pejabat, ayah sekarang sebagai ekskutif di Felcra Bukit Tampoi, berhampiran dengan kebun keluargaku. Terbaik=)

Emak,Hajah Rodzeyah binti Abdul Mutalib, seorang insan yang aku banyak terhutang budi dan nyawa dengannya. SubhanaLLAH, sangat agung pengorbananmu, bonda..Seraut wajah bujur sirih, putih,tak lekang dengan senyuman itulah ibunda kesayanganku. Penangan ‘kangkung masak kicap mak’ tetap jadi my favourite food sampai mati =)
Mak. Itu panggilan kami pada insan yang penuh kasih sayang ini. Yang banyak memberi kesenagan kepada kami adik beradik. Yang banyak mendidik, banyak memberi nasihat, banyak melayan kerenah dan kenakalan kami adik beradik terutamanya aku.huhu..
Emak dilahirkan pada 19 Mac 1955 di Jalan Kilang Ais, Alor Star. Dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Anak ke 3 dari 11 orang. Keluarga senang. Tokayah aku bekerja dengan kerajaan ketika itu. Mendapat pendidikan dari sekolah rendah dan menengah. Pada awal kariernya,emak bekerja sebagai kerani di Jabatan Pertanian Kedah. Seterusnya, dinaikkan pangkat sampai sekarang emak bertugas di Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Wisma Darul Aman. Sepejabat dengan YB Azizan , Menteri Besar Kedah.=)

Mak,ayah…k.ngah nak jadi anak solehah..nak jadi permata hati kalian..
Nasihat untuk sahabat-sahabat, sentiasalah bersembang dengan walidain..tanya apa salah kita, mintak diorang ampunkan..apa kekurangan kita, mintak diorang beritahu dan kita kena perbetulkan,minta bimbingan..Alangkah hebat dan berkat hidup kita bersama restu dan redha diorang. Itu bukti cinta tanpa syarat =)

Sahabat-sahabat, tanggungjawab kita untuk buat ayah dan emak tahu yang mereka memang sangat berharga untuk kita..Lahirkan kasih sayang dari setiap kata-kata, perbuatan, lirikan mata. Air muka, senyuman dan sebagainya…

SubhanaLLAH…Ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur atas nikmat ni..AlhamduliLLAH..

Awal pagi 28 Ramadhan bersama emak..

Setelah selesai bersahur, kakak, ayah dan adik bersiap sedia untuk menyambut Subuh. Sorang demi seorang meninggalkan dapur.Ayah di ruang tamu, adik di bilik.Hanya tinggal emak dan aku di dapur. Hari ini hari kedua aku di rumah. Hati sayu mengenangkan waktu mustajab doa berlalu sedetik demi sedetik tanpa aku duduk atas sejadah seperti kebiasaanku semasa Ramadhan di UIAM. Tetiba terlintas, lebih baik sambil mengemas dapur, aku bacakan doa kemudian emak ‘ameen’kan.. Menarik,bukan??
Aku : Mak, k.ngah baca doa, mak ameenkan eh..
Mak : ok. Cepat baca doa.

Aku mengambil peluang untuk berdoa dan ungkapkan doa yang sangat-sangat aku perlukan. Puas emak ameenkan. Sekejap aku sebut dalam bahasa Arab. Sekejap dalam bahasa Melayu. Aku doakan untuk semua.Termasuk yang telah meninggalkanku.
Akhirnya, emak pulak bersuara : Moga K.Ngah dikurniakan suami soleh.
Tergamam.Tapi mulutku terus melafazkan 'ameen'..=)

Pagi itu dan pagi-pagi seterusnya, aku dan emak terus 'berdoa' walaupun di ceruk dapur..Mungkin boleh dipraktikkan oleh teman-teman.Muslimat terutamanya.Cuma kena jaga adab-adabnya lah eh.(cth : menutup aurat)Sesungguhnya Allah Itu Maha Mendengar..

Ramai sahabat-sahabat memberitahuku bilamana balik ke kampung, 'manhaj ruhiyyah' berubah sedikit untuk meraikan suasana di rumah. Benar, aku turut mengalaminya. Tapi,terpulang kepada kita bagaimana kita nak ‘suit’kan suasana tanpa mengurangkan kerja buat, amalan istiqamah kita. Cubalah ye. Dan aku berjaya,alhamduliLLAH.

Pada entri yang lain, Siraj akan kongsikan saat-saat mustajab doa,insyaALLAH. =)

IstajibiLLAHumma du’aana,Ya Allah .